Early celebration

Meh, publishkan mana-mana entry yang ada dalam draf. Al kisahnya seminggu yang lalu, kami buat lawatan mengejut ke Cameron Highlands. Alasan pergi mengejut ni, Papa N nak gembirakan hati anak-anak yang cukup gemar makan strawberi. 

Ha.. sukalah korang, satu malam dua hari sana sini makan strawberi ya. Masam ke manis ke, semua habis je. 

Mama tumpang seronok bila anak-anak seronok. Sempat beli pelbagai jenis sayur sebelum balik. Bila dah sampai sini, saya tanya Papa N ,"Pa, untuk anniversary kita nanti nak pergi mana pulak?" . Kononnya bakal mendengar jawapan yang best. Tapi Papa N jawab , " Yang semalam tu kira sempena anniversary kitalah".

Huhuhuhu.... apa apa jelah ye.. Dah enam tahun, moga Allah berkati kami selamanya. 

Comments

  1. assalamualaikum Aisy..
    Happy teacher's day..
    Oh.. bila anniversary?. Happy Anniversary utk Aisy and Papa N.. moga berbahagia hingga ke syurga. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sam..
      Thanks for hati guru's wishes..
      Anniversary kami hujung bulan ni... dah alang2 xda kerja ni, publishkan mana2 entry yang ada dlm draf..
      Terima kasih juga utk doa kebahagiaan kami tu..

      Delete
  2. Selamat hari guru AN..
    hehe.. xpe la celebrate awal.. seronok gak dpt jln2.. x semestinya celebrate pd tarikhnya kan..
    semoga bahagia hingga ke dalam syurga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. terima ksh Ira.. untuk kedua2 ucapan ni..

      Delete
  3. Assalam Aisy...wah sama pulak dengan anak2 akak ni suka juga makan stoberi..tapi nak membawa ke cameron tu ntah bila la agaknya nih.. seronoklah dua ahmad dapat makan stoberi fresh ye..

    haa..mesti ada surprise untuk mama dorang pulak lepas ni,kadang2 lelaki ni dia cakap je macam tu,tapi mesti ada sesuatu yg special lepas ni..hehehe

    Selamat hari guru juga utk aisy...dan semoga terus tabah mendidik anak bangsa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak.. budak2 suka benda masam manis kan..biasa kami beli kat supermarket r pasar tani je.. nak ke Ch selalu tak dayalah

      haha, entahla ada surprise tak nati, tak pelah, saya dah gembira sebab hujung bulan nanti kami balik kg saya. dah dapat jumpa mak pun seronok besar tu..

      Terima untuk ucapan hari guru ni... insyaAllah

      Delete
  4. Assalamualaikum aisy
    Selamat hari guru..moga jadi guru terbaik utk anak bangsa.

    Bestnya anak2 suka mkn strawberry. ? Msm mnis pun ye..
    Byk vitamin tu..klu bdk2 kt rmh ni msm trus rejec

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak, terima kasih atas ucapan hari guru ni... insyaAllah sedang mencuba sebaik yang saya mampu..

      anak2 saya ni buah masam manis mmg diorang suka.. saya lak kadang2 risau diorang akan sakit perut walaupun diorang elok je makan..

      Delete
  5. happy anniversary in advance..selamat hari guru juga AN..

    oklah tu early celebration..seronbok naim nazif makan stoberi puas2..kami ni tak sampah lagi CH..aritu semangat dah nak makan starwberi coklat..hasrat tak kesampaian
    lagi.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for two lovely wishes....

      kalau kami, nak bercuti di masa singkat, Melaka dan Ch jadi pilihan.. budak2 ni tak jemu2 g dua tempat ni.. ok juga kan.. kala jauh2 penat badan dan kos pun tinggi

      Delete
  6. Celebration in advance tu Aisy. Padu ingatan sampai dah tak sabar nak celebrate
    Alhamdulillah semuanya happy

    Dari kakak happy anniversary!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yeke padu ingatan.. saya rasa Papa N tak ingat pun, tapi bila saya bertanya tu dia kelentong celebrate awal...

      haha, apapun terima kasih kzakie

      Delete
  7. hehhee..kiranya celebrate awal lah ye smbil gembirakan hati anak2 yg suka mkn strawberry....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tak sangka jadi satu celebration..

      Delete
  8. happy anniversary,, semoga bahagia till jannah,, amin ^__^
    selamat hari guru juga,, jasamu di kenang ,,

    ReplyDelete
  9. wow.. terkejut kejut pegi camereon.. best kan. hahah Happy becoming anniversary ;)

    ReplyDelete
  10. Hahaha... janji anak-anak gembira makan strawberi *_* Nasib baiklah juga dibawa ke Cameron Highland, AN. Buatnya beli strawberry kat Aeon jerk pastu cicah coklat makan depan TV kat rumah, lagi haru hati.

    Apa-apa pun Happy Anniversary yang ke-6 nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bli strawbery mkn dpn tv dah selalu.. mmg xpatut la kalau gitu... kan?

      Thanks ......

      Delete
  11. Happy Anniversary AN.....moga kekal bahagia hingga ke jannah. Seronoknya dpt jalan tempat sejuk sejuk... lepas ni nampaknya beradiklah budak soleh dua orang tu hihi....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?