Rutin yang semakin ok !

Dah makin membiasakan diri dengan rutin harian sebagai surirumah sepenuh masa. Pagi-pagi macam ni anakanda saya yang berdua tu masih lena. Apa taknya kalau malam, jam dah masuk putaran hari lain baru nak tidur. Siang hari memang tak tidur pun. Jadi pagi, saya biar je diorang bangun sendiri, setakat ni lebih kurang antara jam 9.30 hingga pukul 10.00 pagi diorang akan bangun dengan mood yang cukup baik.

Sementara anak tidur, saya dah jemur baju. Dah masak agar-agar. Dah keluarkan lauk dan kuih frozen untuk digoreng jika diminta.. kentang pun dah siap potong, kejap lagi boleh goreng. Memang kena ada stok banyak bila anak kat rumah ya? Makan mulut kecil ni takla sebanyak mana, tapi lepas diorang buat aktiviti, diorang akan minta makan. Payah pulak tu nak bersabar lama-lama. Ingat mama diorang ni ada kuasa ajaib ke apa, bila petik jari terus siap apa yang diminta. Jadi, kalau dah sedia awal-awal dapatlah kurangkan masa penyediaan makanan tu.

Setakat seminggu ni saya rasa tips yang paling berkesan saya nak kongsikan kat sini ialah elakkan bagi anak makanan siap beli atau segera. Mengisi perut anak-anak saya dengan makanan yang dimasak sendiri nampaknya lebih memudahkan proses mengawal diorang ni. Memang diakui, kalau masa kerja, bila dah balik dengan penat tu, saya bagi anak makan biskut, roti, ais krim atau jajan sekali sekala. Dah penuh perut diorang dengan benda tu, mana diorang nak makan nasi kan?

Dengan kesedaran tu, saya tak beli makanan biasa tu, sebaliknya saya memang masuk ke dapur berkali-kali untuk sediakan makanan anak seharian, alhamdulillah, Naim yang susah nak telan nasi sebelum ini dah nampaknya ada perubahan sikit. Jadi, taklah rasa malu nak bagitahu orang, anak tak nak makan nasi kat rumah, sedangkan kat tadika makan elok saja. Nanti orang fikir Mama Naim tu tak pandai masak ler tu!! Haha, ye tak?

Ok, dah rasa lapang sangat ni, nak pergi kejutkan diorang lah.. sunyi rumah rasanya...

Comments

  1. puas hati bila dapat membesarkan anak-anak depan mata sepenuh masa kan?

    ReplyDelete
  2. SERONOK dpt jadi suri rumah sepenuh mase...tgk anak membesar dpn mate....siapkan makan pakai mereka....tahniah aisy..... in sha Allah mule2 kekok, lame2 sure seronok kan....

    lieya pun setuju dengan aisy..sebab tu walo lieya ni bekerja tetap curi mase utk masak utk bekal anak2....weekend baru bekpes atau mkn luar....

    ReplyDelete
  3. lapang rasa kan bila kerja rumah dah setel :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...sumer yg dilakukan mendapat keberkatan jika dibuat dgn penuh keikhlasan..in sha allah.

    ReplyDelete
  5. Sesekali dapat sepenuh masa di rumah bersama anak-anak, penat pun rasa seronok. Kiranya rutin dah makin seronoklah ni; anak-anak dah kurang meragam minta perhatian ya. Kalau anak merengek memang siksa nak menyiapkan kerjarumah. Saya pun kalau hujung minggu tu, kalau rasa banyak kerja nak buat, pagi lepas subuh tu memang tak tidurlah. Siapkan semua sebelum mereka berantakankan rumah dengan perangai masing-masing. Kalau dah ada kat rumah, bapaknya pun manja. Nak towel mandi pun main panggil je, tak reti ambil sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha... betul istilah tu MERAGAM masih ada, tapi dah kurang.... itu yang saya makin seronok ni.. bila dah sedia awal-awal takkan stress macam awal minggu dulu.. budak-budak lagi pun kan? takkan lah nak 100 ikut apa kita kata...

      wah, manjanya HD.....

      Delete
  6. seronok kan dpt jadi surirumah sepenuh masa ni..walaupun pening dengan kerenah depa,at least anak2 depan mata.sedap tidak tak pandai msk ke tu lain kira..yg penting bg anak2 mkn air tangan sendiri..disitulah keberkatan..n pengukuh kasih syg.cheewah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cewah.. setuju dengan PK.. itulah kan, kalau tak fikir kos hidup, memang tak fikir panjang dah kot.. tapi kos dan minat saya mengajar tu, kenalah imbangkan masa yang ada.. masa cuti gini, bagilah peluang untuk anak2 buli mama.. pengukuh kasih sayang....hihi

      Delete
  7. Alhandulillah, saya yang baca pun boleh rasa perasaan lega dan bahagia AN tu...
    Satu kepuasan bila dapat uruskan keluarga dengan baik, kan?

    Setuju sgt dengan tips tu.... Kalau anak2 saya balik sekolah, kena terus beri makan nasi baru mereka boleh main dengan balik... Kalau tak, asyik nak ber'kekoh' jer sebab masing2 lapar.... lepas makan nasi boleh boleh makan makanan segera lain (biasa roti dan buah lah jajan budak2 ni)

    ReplyDelete
  8. betullah kak..lya perasan sejak lya mula memasak tiap2 hari ni, fasya mmg akan mkn nasi jugak..berbanding sblm ni mmg xmkn terus.. lya pon sekarang semakin rajin nseronok sediakan makanan. penat..mmg x diakui, letih sgt.. tp seronok

    ReplyDelete
  9. best nya... kalau la aida dpt dok umah tiap ari besarkan anak sendiri :( sedih la plak... apapun, aida cuba sedaya upaya masak tiap ari. nak bagi diorang membesar dgn air tgn kita...

    ReplyDelete
  10. budak2 kurang makan.. pelan2 kayuh akak nanti dorang makan bertambah bila makin besar

    ReplyDelete
  11. Lupalah macamana jaga anak kecik hihi.....
    Betullah yek org cakap air tangan ibu adalah yg terbaik. Untung mereka ada ibu yg cepat sedarnya , kalau dapat ibu yg mcm org tgh menaip ni ....huh.... kesian hihi... memanjang malas...

    Wah....sure hebat kalau dapat jadi suri rumah sepenuh masa tu, kerja rumah semua teratur.....

    ReplyDelete
  12. seronok rasanya kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa,dapat tengok dan jaga anak2 dengan tangan sendiri,haaa...bab makan tu kalau boleh memang nak masak sendiri untuk anak2 kan,lebih terjamin dari segi kebersihannya

    ReplyDelete
  13. pening dengan karenah anak tu perkara biasa
    budak nak membesarkan, ada ajelah ragam memasing
    mak saya selalu pesan, layankan aje, nanti dah tua kita sunyi =)

    bab masak tu saya setuju, kalau saya bercuti, bebudak cari benda makan aje
    anak-anak saya dekat rumah mak tak mahu makan nasi
    tapi kalau kat rumah sendiri, banyak makan walau takat dengan kicap aje
    seronok sebenarnya dok tengok anak makan hasil air tangan kita

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?