Tak mengalami tak akan sangka!!
Hari ni, saya gembira sangat sampai menitiskan air mata semasa dan selepas bercakap dengan adik saya di kampung. Air makin surut katanya, dan hari ni sempat mengecas telefon di dalam kereta yang membolehkan beliau menghubungi saya dengan segera. Allah hu Akhar. Tak terbayang tak pandai saya nak jelaskan macam mana perasaan bila dapat mendengar perkhabaran dan mendengar sendiri suara mak dan adik saya tadi.
Alhamdulillah, rumah kami tak naik air. Malah, beberapa orang saudara mara datang meletakkan kenderaan di laman rumah kami kerana rumah mereka dinaiki air. Alhamdulillah. Namun, elektrik dan air paip dah lima hari tiada. Diceritakan oleh adik tadi, bekalan makanan di rumah dah semakin habis. Beberapa hari ni makan nasi dengan telur itik atau ikan kering sahaja. Kebetulan mak saya ada memelihara beberapa ekor itik. Memandangkan tadi tidak hujan, awal-awal lagi adik saya ke bandar Pasir Mas. Malangnya, adik saya balik tanpa beli apa-apa. Katanya tiada kedai yang menjual. Bekalan makanan sama ada habis dan ada kedai yang diceroboh oleh penduduk. MasyaAllah, macam tak berapa percaya saya dengan perkhabaran yang diceritakan.
Nak dijadikan cerita, saya kemudiannya bermesej dengan anak buah yang tinggal di KB. Alhamdulillah, kawan lelaki anak buah saya ni, dengan rela hati pergi belikan makanan di KB dan segera membawanya kepada adik saya. Harga makanan, masya Allah. Tak tipu ni, baru dibeli di kawasan Kota Bharu sekitar jam 12 tengah hari tadi, korang jangan terkejut.
Air mineral 1 litre rm8
Ayam rm35
Lilin rm5 sbtg
Sardin tin kecik rm12
Telur sebiji rm2
Ayam rm35
Lilin rm5 sbtg
Sardin tin kecik rm12
Telur sebiji rm2
Di saat macam ni, kalau ada duit pun tak semestinya boleh beli sebab makanan tak banyak. Kalau nak beli pula harganya mahal. Bayangkan macam mana kalau orang tak mampu nak beli? Bayangkan pula benda ni bakal berlarutan kerana bukan sehari selepas air surut, kedai-kedai akan beroperasi seperti biasa. Jadi pasti bekalan makanan dan harganya pasti tak kembali seperti keadaan biasa dalam masa segera.
Ya Allah, permudahkanlah urusan ahli keluarga kami di sana. Moga ujian yang Kau berikan ini bakal mengubah persepsi kami dan bakal menguatkan keimanan kami. Moga ikatan kekeluargaan antara kami akan lebih erat. Moga banjir cepat baik keseluruhannya. Moga dimudahkan buat mangsa banjir semua untuk kembali ke keadaan biasa.
Lega mendengar rumah ayah saya ini tak terlibat. Yang bezanya, tiga beranak di kampung tu terpaksalah bergelap. Kalau ada Naim, di ruang tamu yang nilah tempat kegemaran Naim. Boleh berlari sakan, siap main bola sepak lagi di ruang tamu. Apa pun, bersyukur mendengar khabar yang baik tadi. |
Masya Allah. disaat2 gini mereka ambil kesempatan pula..
ReplyDeleteAlhamdulillah tumpang gembira
Ya allah.. Mahalnya.. Sy yg mendengar pun terasa berat dugaan ni.. Apatah lg yg mengalami
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah AN..acik sejak berita banjir ni pun jadi sensitif sangat..mudah je sedih sebak.tak boleh nak bayangkan ..sedih dan kesian sangat
ReplyDeleteish...melampau gila harga..sgt2 x masuk akal..kenapa smpi mcm tu kena naikkan harga?
ReplyDeleteMemang. Itu kat KB. Di pasir mas lagi susah nak dapatkan bekalan makanan.
ReplyDeletealhamdulillah panjatkn kesyukuran pada Mu YA Rab
ReplyDeletemasih tk insaf manusia2 ini... dh di beri amaran dr Allah msih berani2nya..
Ya Allah, di kala ditimpa musibah, ada juga pihak yg mengambil kesempatan... Patutlah ramai kwn2 yg sanggup balik dgn 4WD dgn meredah banjir utk menghantar bekalan makanan kpd keluarga yg kelaparan...
ReplyDeleteAlhamdulillah, lega bila dpt dengar suara insan2 yg dirindui... Rumah mak saya pun dapat juga amaran banjir, tp air belum masuk dlm rumah... Banjir kat sana pun masih bertahan, belum surut
harga mahal barang ketika banjir memang dah dijangka kan... tapi nyawa selamat tu sangat2 tak menentu... syukur semua keluarga selamat
ReplyDeletebila kita tidak tahu situasi atau khabar mereka disana selagi itu hati tak tenang kan,pernah alami suatu ketika dulu.cuma situasinya berbeza waktu tu.. tak dapat nak diceritakan atau digambarkan dengan kata2 kan perasaan kita kan,sebab kita tak dapat nak bantu mereka..syukur semuanya selamat,tapi kenapa lah harga barang mahal macam tu sekali.. moga semua ini pulih dengan segera,bersamalah kita doakan
ReplyDeleteAlhamdulilah semua family kat sana tu ok dan selamat....nasib baik ada haiwan ternakan...kalau terdesak boleh dijadikan makanan...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua family selamat
ReplyDeleterindunya nak bc n3 AN!
ReplyDeletemereka sumer insan2 terpilih utk menghadapi ujian ini..wallahu'allam..
Ya Allah.. ujian brat sungguh .. apa pun harus bersyukur sangat sebab nyawa selamat.. itu yg lebih penting.. moga sentiasa tabah seisi keluarga..
ReplyDeleteSubhanallah... dlm keadaan mereka di uji ada juga yg menangguk di air keruh. Sedih kakak baca N3 Aisy ni. Namun bersyukur sebab keluarga Aisy sekadar tempias banjir. Melihat mereka yg terlibat secara langsung mengalir airmata kita dibuatnya..
ReplyDeleteBantuan ada yg tak sampai itu yg sedih...
Salam. Hee semoga dipermudahkan mangsa2 banjir semua.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU 2015
Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....
Mak sy juga cakap mmg mahal sangat barang-barang..kesian pada mereka yang mmg dari keluarga susah..
ReplyDeletemoga2 ujian itu datang beserta dengan rahmat...
ReplyDeleteya ALLAH mahalnya!
ReplyDeletesebab susah dapat bekalan ke yang menyebabkan harga naik
berlipat kali ganda tu?
ke ada yang mengambil kesempatan?
saya doakan semoga keluarga cikgu AN tabah ye
tak lupa juga buat keluarga lain yang terlibat
alhamdulillah
ReplyDeletelega kan bila mndegar perkhabaran dikg
smga semuanya cepat pulih sama sama kita doakan..
selamat tahun baru kak :)
mahalnya
ReplyDeleteSorry Aisy.. baru sempat jenguk blog Aisy. Alhamdulillah air x naik ke rumah family Aisy. Kengkawan ai yg lain entah apa khabarnya.. ada yg terpaksa bermula dr zero. So sad. Moga Kalian Tabah.
ReplyDeleteMahalnya barang².. Masa ni lah org nak bg naik harga tinggi².. Kesian mangsa banjir..
ReplyDeleteMasya Allah! Mahalnya harga barang. Keperluan tu dalam keadaan genting begini. Memang ambil peluang nak naikkan hargalah tu. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah semuanya okey. Pasca banjir ni lagi teruk dan sayu hati tengok keadaan di sana.
ReplyDeleteMasyaallah.. mahalnya segala keperluan kt sana.. mcm mna la org yg xmampu nk beli. Syukur rumah mak akak selamat..
ReplyDeleteada juga dengar berita pasal telur ayam sebijik 2 ringgit tu..tak patut betui la..apa pun syukur rumah keluarga AN tak terlibat...walaupun turut sama merasai tempias banjir,at least dpt makan n dpt berteduh dirumah sendiri..
ReplyDeletebetul kata AN.yg mengalaminya saja merasa..bak kata pepatah,berat mata memandang, berat lg bahu memikul..:)
hanya yang melalui tahu perasaan ni..
ReplyDeletelya dah lalui semua ni tahun lepas..peritnya tuhan aje yang tahu..
air mineral jual sehingga rm8 sebotol kecik, selipar jepun pon rm14++..tp ramai y ambik kesempatan waktu tu.. thn lps kat rmh lya x smpat selamat apapun.. sbb x jangka air naik begitu cpt & kaw rmh lya bkn la kaw banjir.. tp syukurlah thn 2014 baru2 ni x teruk sgt kat kemaman ni n kat rmh lya just kna dapur sikit.. cuma tahun ni, ujian untuk Kelantan.. smoga semua org2 kelate dpt bangkit semula..insyallah..ada hikmah disebaliknya
Alhamdulillah..... cubit peha kiri, peha kanan pun terasa kan AN....lega bila keluarga kat kg tak naik air..... Boleh bayangkan betapa peritnya putus bekalan air dan letrik tu....Kita yg sehari tak berletrik pun bersungutnya bukan main.
ReplyDeleteMoga urusan mereka dipermudahkan hendaknya.
Mereka ambik kesempatanlah tu jual barang mahal.....hish....