Naim Nazif ke Pameran Big Bad Wolf
Sampai juga kami ke BBW ni. Selama ni tengok orang lain je pergi pameran ni. Tapi, saya balik dengan sedikit kecewa sebab tak jumpa buku-buku agama dan motivasi yang saya idamkan. Kecewa ya, padahal bukan rajin menelaah pun sejak beberapa tahun ni. Sesiapa yang pernah pernah pergi ke pameran ni, memang tak ada jual buku macam tu ke atau saya saje yang tak sempat jumpa?
Bila dah penat Nazif minta saya heret bakul dengan dia pula masuk kat dalam tu...sabar jelah |
Masa kami pergi tu taklah ramai sangat orang. Agak selesa juga nak memilih buku dan mengheret bakul tu. Tak adalah berlanggar atau sesiapa kena heret sama dengan bakul tu. Maklum sahajalah, pada saat-saat kecederaan je saya boleh heret bakul tu. Sejak dari awal, Naim dan Nazif yang beriya-iya heret bakul ni sorang satu. Masa dah penat berjalan, mulalah Nazif minta nak masuk ke dalam bakul, "Adik dah penat" katanya. Ingatkan bila Nazif dah masuk bakul ni lagi senang nak memilih buku-buku kanak-kanak yang terlalu banyak dan kebanyakannya bawah RM 10, tapi rupanya tak boleh berhenti pulak menarik bakul tu. Kalau berhenti nak pilih buku, maka mulalah Nazif marah, katanya, " Mama, cepatlah tolak adik ni?". Ingat kita tengah main skate board ke apa ni? Jadi saya kenalah tarik bakul tu perlahan-lahan sambil mata tinjau apa buku yang sesuai.
Buku kanak-kanak memang banyak |
Apa pun, memang berbaloi Naim ke BBW ni. Sepanjang malam dia minta saya bacakan buku Thomas and Friends yang dibeli tu. Sampaikan macam mengigau pun ada. Masa Naim dah tidur, tetiba dia buka mata, dicuit-cuit saya dan bertanyakan kisah dalam buku tersebut. Lepas saya jawab, barulah dia tutup mata semula. Bukan sekali dua dia buat macam tu. rasanya 5 kali. Rupanya anak saya ni tengah tak sedap badan sama. Pukul 4 pagi saya perasan suhu badannya naik, maka terus bagi Naim ubat masa tu. Dia pula ambil kesempatan nak sambung lagi membaca buku Thomas and Friends tu sampai ke pukul 7 pagi, baru tidur semula. Sekarang masih lena lagi tu.
bila dah besar nanti mesti minat membaca tu AN
ReplyDeleteamalan bawa anak ke kedai buku sgtlah bgus..
ReplyDeletebuka sikit minda anak2 ni cintakan ilmu..
biar diorg jadi ulat buku..
happy jer anak2 tu..
comel sangat nazif duduk dlm bakul tu..dah penat ye dik xpe duduk dlm bakul sambil baca buku ye..bagus naim sempat pula tu buat tapisan buku mana yg betul2 dia nak..bijak2 takde la susah2 mama nak tengok,lagipun naim yg nak baca kan jadi bagus naim yg pilih mana yg naim berkenan
ReplyDeleteMemang saya suka tu.. mulanya risau kot bayar beratus ratus...mujur 9 tu je dia nk beli
Deleteakak juga lah yang tak penah sampai sini.. padahal dekat sangat ngan rumah.. isyh seronoknyerkan dapat beli buku2 ... yer akak suka gak buku motivasi...
ReplyDeleteank2 akak dok ngajak kecni dah lama..comey la nazif dok dlm bakul tu!!hehe..
ReplyDeletepergilah, sempat lagi, sampai 21hb ni....
DeleteUsia macam ini dah kena mula kena sama-sama baca buku Aisy. Walau belum pandai membaca tapi kalau dah minat pasti satu hari jadi ulat buku. Percayalah sebab kakak dah alaminya...
ReplyDeleteAdik tu buat auntie gelak sendiri tau. Pandai ye dah letih masuk dlm bakul. Bijak! mama pun taklah susah nak pimpin/dukung. Macam ini lagi senang:)
haha, betul kan Kzakie.. daripada dukung sejam lebih letih juga saya.. kalau gini, tarik je, kurang tenaga yang digunakan..
Deleteseronokkan pergi BBW :)
ReplyDeleteWah bestnya naim dan nazif..
ReplyDeletebagusnya dia suka baca buku....comel pulak dia dok kat dalam bakul tu kan...hihihi
ReplyDeleteSeriously, saya tak pernah sampai ke BBW. Kalau dulu main pesan kat kawan je. Senaraikan buku yang saya hendak, dia tolong cari. Sediakan duit aje. Teringin nak pergi sebenarnya tapi saya tak sanggup bawa superheroes. Abang tu okeylah tapi si Adik mahu keletah lebih nanti. Ingat nak minta HD turunkan saya seorang dan biar saya yang cari buku. Kalau pergi dengan HD memang tak sempat nak jelinglah nampaknya. Memang orang tak ramai sangat ke, AN?
ReplyDeletesemalam ok je, takla sampai tak leh nak jalan macam yang dikatakan oleh orang yang dibuat tengah tahun dulu,,
DeleteMalaslah nak pergi AN..... Mana mana blog pun ramai yg pergi ni....Mereka promote punyalah murah katanya buku kat sini.....So dpd membazir tak dibaca eloklah Okje tak pergi hihi....
ReplyDeleteTeringat dulu dulu si kecik suka duk dlm bakul tu...lepas tu sikit sikt dah berjalan sendiri...ohhh cepatnya mereka besar
Haha.. Okje beli benda lain saja la.. saya pun kalau tak beli buku budak kecil ni, bosan juga ke sini
Deleteakak nak tahu kat mana bbw ni ye..
ReplyDeletethe mines ke?
tak pernah lg pergi
pandai dia tapis tapis ye hihi
gws dear
Aa.. di mines BBW ni.. sempat lagi.. sampai ahad tgh malam.
DeleteTeringin nk pergi. Aritu ada ckp dgn husben dh lm x ke pesta buku. Kalau ada rezeki mgkn nk pergi jgk tp next year je la.
ReplyDeletePandai plak dia sortingkan buku2 yg x jd beli.. haha.
ReplyDeleteKami pun selalu mcm tu, biar je dia nk letak byk mana dlm bakul.. sampai kaunter buat sessi "taklimat ringkas" mana2 yg penting utk dibeli atau sebaliknya. Sebenarnya bukan apa.. kdg dorang ni rambang mata je.
best nyer shopping kat BBW....
ReplyDeletesaya skrang ni pun banyak duk shopping buku2 anak2 utk bawa balik.... krismas sale katakan, byk sgt promosi sampai kita pun rambang mata... ekekke
Bagus Naim pandai pilih buku yg dia nak jer... Lepas tu berbaloi beli bila dia tunjukkan minat baca buku... Memang bijak Naim ni... Nazif lagi bijak, bakul pula dijadikan stroller.... Takde lah mama pun sakit belakang nak kendong dia :)
Tak bertembung pula kita ye? Saya rasa ada buku motivasi dgn agama kot. Tapi jauh bertebtangan dr bhgn kanak2 (dinding berdekatan entrance, sblh kanan).. Tapi x banyak sgt mcm buku BI. Pandai betul Naim ye, jimat duit kan.. Hehe..
ReplyDeleteOh yeke? Saya tinjau juga tapi macam tak nampak pula. Itu yang pulang dengan kecewa tu..
DeleteDah lama tak pegi.. Last pegi masa study kat seri kembangan dulu.. 4 tahun lepas.. Tp mmg best, sampai sekarang tak lupa.. Excited nak beli buku.. . Bacanya kurang juga.. Hahaha
ReplyDeletehuhuhu.. tak pergi pun BBW kali nih.. (aceh.. mcm selalu pun pergi kan..) haha
ReplyDeleteMuat lagi setakat ni
ReplyDeleteNazif ni ada masa nampak bulat tapi orangnya baru 10kg.. berat masa setahun dan dua tahun lebih lenih kurang je.. orang lasak kot
teringin nak pg tp jauh nung di kl hahah..lagipun skang kelate banjir, mmg xleh berjalan gi mana2 la
ReplyDeleteMoga semuanya ok deh. Rusing juga fikirkan parents kat kampung. Tapi kampung saya setakat ni taklah banjir
Deletesygnya jauh dgn tempat lya..
ReplyDeletekalo dekat confirm pergi..
puas hati la beli buku bacaan
tak pernah llagi pergi tempat ni. xpa maybe tahun depan kot :)
ReplyDeleteLM x pernah g lagi. Nantilah tgu akan dtg. Skrg ni x blh g tempat sesak2
ReplyDeletenazif comel betul dalam bakul..klu lama2 nak dok dalam tu ok apa senang sikit nak usha buku takdelah risau dia kesana sini jalan.klu sy fikir macam tulah..ada anak kecik ni mmg susah nak membelek apa pun.
ReplyDeletemasa UIA dtg tempohari dekat ada banyak lelong buku baby n kanak2..tp ssh nk membeli dengan keletah afia.en suami pun takde klu tak bley la tolong jaga.geram je sbb harga dr rm1..menarik juga bukunya tu
aida da 2 kali gi bbw di melaka.
ReplyDeletebuku agama aida x brape perasan plak, mcm takde!
buku motivasi ada gak, tapi sikit... but ok jugak buku yg ada.
byk kpd bahan bacaan anak-anak kecil ke remaja.
aida ke bbw memborong buku english utk bacaan nurin & syuhada :)
english short stories.
saya tak berkesempatan pergi
ReplyDeleterugilah pula rasanya tak pergi bila ramai yang bercerita
Tu belum tgk kartun thomas n friends mesti naim lg suka. Adik pun dh pandai posing. Hehe
ReplyDelete