Masjid Terapung, Tanjung Bunga

Entry pasal tempat di Pulau Pinang lagi nampaknya. Korang bertahan sahajalah ya.. kalau mood elok, esok ada lagi entry pasal family day kami ni. Diana, PK dan korang yang dari Penang, buat-buat layan jelah orang yang dua tahun sekali sampai ke Pulau Pinang ni, jakun katakan.. Semua rasa seronok bila bercuti ni..

Masjid Terapung namanya. Rasanya lapang dan cantik masjid ni kerana kedudukannya yang berdekatan laut dan binaannya yang menarik. MD, bolehla bawak Mami ke Penang lain kali, singgah solat kat masjid ni dan boleh makan-makan di kawasan sini yang memang banyak pilihannya.

Pemandangan pintu depan


Kawasan tepi masjid, boleh nampak tepi pantai. Naim paling suka, dia duduk kat atas kerusi tu sambil termenung melihat pemandangan. Berangin agaknya, itu yang dia suka.

Ada beberapa vending machine kat depan pintu masuk masjid. Rezeki budak-budak, anak-anak saudara saya ni, sementara saya menjaga diorang kat luar kerana tak solat, sorang demi seorang datang minta aunty belanja air dari mesin ni. Tapi, murah je airnya, RM 0.70 secawan, yang disertakan sekali dengan ais pulak tu. Menarik juga konsep air macam ni. Ada pilihan air tak bergas pulak tu.

Pemandangan dari pintu masuk sebelah tepi. 

Kat tepi ada pula tempat untuk berehat dan berbincang. Menarik, kan? 

Comments

  1. Memamg menarik AN..acik last pi penang tahun 2006..ada kenduri kawen..tapi tak jalan2 pun..cuma pi bukit bendera sebelum balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, banyak tempat menarik di Penang ni tapi bila musim macam ni, ramai orang, tak lalu nk jalan banyak2 tempat sekali gus

      Delete
  2. Besar dan cantiknya masjid....
    Memang menarik konsep vendor machine tu....
    Harga pun sgt berpatutan :)

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah lalu jer.. tak berkesempatan nak masuk dalam solat 2 rakaat..
    Moga ada kesempatan lagi nak lihat masjid yang tersergam indah ini :D

    ReplyDelete
  4. Memang menarik Aisy!.
    Tambah menarik lg sbb bercuti bersama keluarga.
    Happy holiday!!.

    ReplyDelete
  5. Lain kali gi penang boleh singgah sini. Hari tu tak pergi pun :)

    ReplyDelete
  6. akak yg dok berjiran dgn Penang ni pun baru sekali kesana...walaupun biasa lalu depan masjid tu hehe

    ReplyDelete
  7. Alaaa... awak tu pergi Penang dua tahun sekali. Nanti sat, kita nak kira dua belah tangan bila last pi Penang ni! Tak tahu pun kat Tanjung Bungah ada masjid terapung. Okey, I take note lagi. Manalah tahu tetiba pagi Sabtu sesat jalan terus ke Penang nak cari makan ^_^ Boleh jalan-jalan makan angin terus!

    Murahnya air satu cup RM0.70. Ada ke agaknya kat KL ni? Rasa macam takda je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak jumpa lagi kat KL... ke kita yang tak tahu..

      Delete
  8. Ohhhh....ok...ok...tak jumpa pulak masa gi Penang hari tu....

    ReplyDelete
  9. cantik masjid tu.. tepi laut.... Ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kagum saya tgk masjid ni. Rasa damai je

      Delete
  10. Bestnya dapat jalan2. cerita banyak2 psl tempat lwtn ye, kalau best kami pun nak terjah juga.. Hehe

    ReplyDelete
  11. cantik sgt permandangan ni..
    kat sini pon ada masjid terapung..

    ReplyDelete
  12. seronom apa layan cerita jalan2 AN dipenang..biasanya org penang sendiri pun tak layan nak jalan2 tempat sendiri..yg jauh dia nmpk,tempat sendiri pun tak byk lagi diexplore...

    ok jugak dua tahun sekali.sy ni rasanya dah 3 tahun tak jalan2 png..:)

    ReplyDelete
  13. sepanjang saya dduk penang satu masa dulu, tak pernah pon ke sini.. huhu. ke blm siap lagi.ntah lupa dah..

    saya keluar dr penang bulan mac 2008

    ReplyDelete
  14. camno AN tercampak ke penang ni?cantik gak masjid ni..

    ReplyDelete
  15. sangat menarik dan cantik...haii akak ni ntah bila la nak ke penang nih

    ReplyDelete
  16. masjid yang ni pun tak tahu kewujudan dia...hehe
    tapi penang ada banyak masjid tau
    itu yang pasti

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1