Ini bukan buku Acik. Ni pamplet saya amik dr Pejabat Pos. Kalau nk waqaf kepada anak2 yatim, boleh isi borang dan bayar di pejabat pos. Ada akad kena tandatangan
Baru tau juga ni. Antara cara untuk bersedekah ya. Kalaulah dapat terus berjumpa dengan keluarga miskin/yang memerlukan, lagilah saya suka nak bersedekah terus.
Assalamualaikum semua.. Masih dalam mood raya kan semua? Saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri tahun 2024.. alhamdulillah saya menyambut perayaan kali ni dengan penuh gembira walau sederhana sambutannya. Awalnya memikirkan raya kali ni saya memang tak berniat nak beli baju raya atau tudung raya. Konon sedihnya kali ni beraya sebagai yatim piatu. Bulan puasa pun kali ni saya lalui dengan penuh kerinduan kepada arwah terutamanya mak. Saya teringat kalau biasanya pada bulan Ramadan selalunya mak akan menelefon bertanya apa menu saya masak atau beli untuk berbuka. Di saat mak dh tak berapa sihat pun dia mitak kakak telefon untuk tanya apa menu saya hari tersebut. Kadang kala menu saya akan ditiru oleh mak atau kakak pada hari berikutnya. namun, tahun ni tak dapat lagi panggilan sebegitu. Al fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah meninggalkan kita , moga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Walau apa pun, akhirnya saya beli juga...
Malam semalam badan Nazif sikit panas. Tapi dia dapat tidur macam biasa. Pagi ni dia bangun lambat. Anak saya ni memang jenis payah tidur, biasanya kalau mamanya bangun , dia pun terus je bangun. Sesekali tidur lama sikit memang sebab tak sihat atau terlalu letih pada hari sebelumnya. Tetiba pagi tadi saya teringat petua dari blog Pondok Ajib . Terus saya bancuh semanguk kecil air asam jawa. Kemudian, apa lagi, saya tanggalkan baju dan seluar Nazif, tinggalkan pampers je. Kemudian saya lumurkan air asam jawa tu ke seluruh kepala dan badan dia. Alang-alang nak mandikan dia nanti, tak pe comot pun. Biarkan kering air asam jawa tu, kemudian lepas 15 minit baru saya mandikan Nazif. Alhamdulillah, badannya dah tak panas lagi. Memang asam jawa dapat serap kepanasan dalam badan. Korang pun cubalah petua ni kalau anak kecil panas badan ye, in shaa Allah dapat tolong turunkan suhu dengan cepat.. Tadi, saya periksa suhu badan dia, 36.1 je... Legalah mama ye, adik tak panas...
Salam keberkatan di hari Jumaat ni. Ai, senangnya dalam hati, sesi 2015 dah nak habis. Anak-anak dah nak mula peperiksaan hari ni.. maka pagi ni masa cikgu nak berhoray-horay.. Ai, lupa pulak nak tanya, korang sibuk ke semua? Alang-alang ni masa bergembira sebelum menerima bungkusan kertas soalan pepeiksaan, semalam saya minta suami muat turun cerita Hindustan. Dah lama betul tak tengok filem hindustan ni sebenarnya. Kesnya, semalam masa saya dan rakan-rakan buat kerja-kerja pengurusan di bilik kerja guru, kami buat kerja sambil mengimbau kenangan lalu. Kebetulan masa buat kerja tu, salah seorang rakan pasang radio. Channel lupalah namanya, tapi langsung tak ada iklan sepanjang dua jam lebih masa kami kat situ. Ketika terpasang lagu lama hindustan, maka kemainla masing-masing cakap seronok dengar. Itulah dengan tiba-tiba salah seorang rakan bagitahu antara cerita terbaru yang sedap, katanya BAJRANGI BHAIJAN ni. apa lagi, balik je semalam, mintaklah suami muat turun. ...
assalam AN..kena beli ke buku tu..untuk wakaf
ReplyDeleteIni bukan buku Acik. Ni pamplet saya amik dr Pejabat Pos. Kalau nk waqaf kepada anak2 yatim, boleh isi borang dan bayar di pejabat pos. Ada akad kena tandatangan
DeleteBulan sedekah
ReplyDeleteOh.....bagus jugakkan .....terjamin kot kalau bersedekah dgn cara tu
ReplyDeleteIn Sha Allah...smoga dgn byk bersedekah mendpt keberkatan dibln mulia ini..
ReplyDeleteCara galakkan orang ramai bersedekah.In shaa Allah
ReplyDeletein shaa Allah.thanks sis berkongsi.
ReplyDelete**la ye ke.. hihi..
Baru tau juga ni. Antara cara untuk bersedekah ya. Kalaulah dapat terus berjumpa dengan keluarga miskin/yang memerlukan, lagilah saya suka nak bersedekah terus.
ReplyDeleteterima kasih berkongsi
ReplyDelete