Roti nan - menu diet sahur atau menu malas masak?

Ai semua.. dah bersahur ke belum? Ada ke yang tak terbangun sahur? Selepas lima hari bersahur makan nasi, pagi ni saya sediakan menu ringkas kononnya, nak mudah iaitu roti nan dengan telur dadar je. Asalnya beli roti nan tu dengan rancangan nak dicicah dengan kari ayam. Tapi, disebabkan tak rajin, jadi macam sandwic telur pulak kaedah makannya. Haha. Nasibla Papa N, bini kamu ni kalau dah beberapa hari rajin dah mula tiba angin rasa malasnya.

Inilah juga kesan kalau makan berbuka kat luar. Maka, bila tak ada makanan, nak merajinkan diri memasak di pagi buta ni payahla kan? Kalau nak masak sebelum tidur sepatutnya boleh, tapi saya ni patuh pada arahan suami, kononnya nak makan roti jelah pagi ni. Haha. Harapnya tahan perut sampai ke petang ya..

Korang makan apa ya kalau terasa malas nak makan nasi masa bersahur?

Comments

  1. Kalu dpt roti nan berkeju best jugak..

    pagi ni bersahur ngan nasi goreng n mee kolok (ntah betul ke tak resepinya, hentam jer labu...)

    ReplyDelete
  2. kalau akak memang kna makan nasi sahur
    kalau berbuka takpe makan kuih aje :)

    ReplyDelete
  3. Tekak ai masih tekak jawa Aisy..... tak reti makan benda lain selain nasi (waktu sahur) kecuali kalau dah desperate sgt (contohnya kat overseas).
    Tapi andai ditakdir terlambat bangun ... ai dah beli beberapa koleksi kari2 dlm tin dan stok telur mesti wajib ada... agak2 terlambat bangun.. goreng je telur mkn ngan kicap.. Nasi dah masak seawal malam.

    ReplyDelete
  4. Janji dpt mkn alas perut sahur jadilah..

    LM masak nasik goreng je td utk dorang sahur. Tu pun liat nk bgn 4.30. Jam bunyi lama pkl 5 br larat nk bgn. Potong bawang pun mata rasa berat x blh bukak. Huhu..

    ReplyDelete
  5. xpe la AN...at least bangun gak bersahur,pahala berganda tu!

    wealls xmiss amik nasi wat bersahur..

    ReplyDelete
  6. roti nan pon kenyang kak..
    *saya kalau x masak nasi.makan roti gandum cicah air panas, kurma, kismis...

    *akak, sya pon bab nak tunggu buat kulit sampai hbs pon bercinta. siap dduk atas kerusi sambil menggulung sebab x lalu nk diri lelama. kalau x kerna anak tekak yg teringin xda nya nak pulun buat..

    ReplyDelete
  7. Roti nan pun oklah tu, AN. Bukan sebab malaskan, sebab permintaan si suami tersayang :) Saya suami isteri lagilah sempoi. Bangun untuk minum Milo sorang, minum green tea sorang. Bila tanya, nak makan anything? Jawabnya - geleng kepala 18kali. So mudah betul kerja saya. Setakat ni memang sahur saya tak makan. Cuma telan kurma je dan apa ada dalam peti sejuk yang cepat dan pantas nak makan. Si Abang pun mamai-mamai bangun sahur. Pun tak mahu makan setakat minum Milo dua tiga sudu dan makan yogurt. Dah tu boleh pulak mengadu haus di siang hari dan tanya saya samada dia bermimpi ke semalam minum milo :)

    ReplyDelete
  8. akak mesti makan nasi..hehehe

    ReplyDelete
  9. Wah! Cikgu, sy x boleh sahor roti nan. Angin! t perot pedih. Nak2 khadeeja full bf, kena mkn nasi + oat gak. Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  10. roti nan telur pun sodap gak..kira rajin gak kan..dari mkn nasi mamak.haha..

    sahur tadi sy msk ayam goreng kunyit,daging kicap n telur mata..macam byk plak lauk.katanya bangun pukul 3.30 pagi.hehe

    ReplyDelete
  11. makan nasi dgn lauk berbuka.. panaskan aja.. semua tak der selera

    ReplyDelete
  12. kami walau berbuka pkl 9.40 lepas tu bangun sahur pula pkl 2, tetap cari nasi.. Tak makan banyak, sikit pun jadi lah... yg penting sahur kena makan kurma...

    ReplyDelete
  13. kami ni sahur ker tak macam sama jer tak banyak beza huk huk. Roti senwis ngan nutella pun dah cukup. roti nan buat senwis belum cuba lagi hehehe.

    ReplyDelete
  14. i kalau malas suh hubby gorengkan nasi..setakat ni dah 2 kl nasi goreng utk sahur..roti telur pun kadang jadi side dishes..request from my ain

    ReplyDelete
  15. Okje lagi teruk dan malas...makan kurma aje boleh? Haha
    Tp so far lum lagilah....mmg masak nasi lebih tuk sahur sekali....tak de lauk sangat okje goreng telur ajelah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?