Tak boleh berhenti makan

Semalam kali pertama saya buat kuih untuk bulan puasa kali ni. Memang rajin ya, nasibla tahap rajin datang sekali sekala je. Itu pun hampir tak jadi buat. Saya dah suruh Papa N pergi mencari tepung pulut sejak tengah hari lagi, dia asyik menghadap kerja je kat laptop je. Dua hari cuti tapi dia kerja, ai panas tul rasa. Sabar, bulan puasa  kena sabar. Nak jalan pun tak sesuai kan.

Bila saya dah mula buat mata bulat dan besar, akhirnya Papa N pergilah ke kedai. Takut dia, kang isteri mogok kan, kena makan kat luar lagi. Bila ke kedai pula, katanya tak ada dijual tepung pulut. Saya ingatkan tak jadilah buat kuih. Tunggu Papa N balik selepas panggilan tu punyalah lama. Rupanya diusahakan juga cari di kedai-kedai lain. Bimbang takut saya kecewa katanya. Iyalah tu kan?

Jadi, diam-diam saya mengguli tepung pulut dengan air pandan. Dah uli, masukkan nisan kat dalam hampir tiga suku habis, baru anakanda berdua perasan aktiviti mamanya. Mulalah diorang nak membantu. Melihatkan dah ada banyak yang siap, saya pun bagilah anakanda berdua tu pula yang sambung. Seronok diorang main dengan tepung tu. Siap jadi bentuk star lagi. Ha, jangan tak tahu kreativiti budak-budak ni. Lepas tu bersepah tepung tu sampai ke ruang depan, entah macam mana boleh jadi gitu.

Masa buka puasa, Papa N makan dalam dua biji onde-onde saya tu, komennya kenapa nisan tak cair. Saya jawab nisan dari Thailand, mak saya memang bagitahu keras banyak sekarang ni. Kalau balik lain kali kena hati-hati supaya tak terbeli yang macam tu lagi. Ingatkan bila komen macam tu dah tak nak makan lagi. Bila balik dari terawih, Papa N keluarkan dari peti sejuk, dihadapnya sorang-sorang. Tiba-tiba dengar satu ayat, "Eh, tak boleh berhenti makan la". Saya jeling tengok, ada suku je lagi. Eleh, yang komplen tadi tu siapa?

Comments

  1. Hahaha...mulut suami. Kejenya nak komplen tp bila mkn, sedap je. Samalah kita. Hehehe....

    ReplyDelete
  2. Komplen manja minta perhatian lebih tu :)

    Rajin ya buat onde-onde. Setakat ni saya belum pernah buat kuih untuk berbuka. Dapat buat menu juadah yang simple-simple je untuk berbuka. Hujung minggu kita ke luar rumah :) Semalam bila iftar di rumah adik lelaki, teringin pulak nak buat popia simple berinti sosej+cheese+telur. Terasa sedap pulak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh itu pun menarik. Saya nk buat jugala. Tapi bila tu.. hihi. Popia inti sosej cheese ya

      Delete
  3. wah..bestnyer,sedap lah maknanya tu hehehe

    ReplyDelete
  4. msti sedap kan dia ulang makan ter
    oo kalau hok keras tu dari thailand eh
    baru la tau :)

    ReplyDelete
  5. kira ok la tu..sekali buat terus papa N tak bley berenti makan..tak payah saya sebut sedap pun dh tau.hehe..

    tu la kan bulan posa ni malas sikit nk buat kuih..sbb bukan nk makan sgt..lgpun ada anak kecik klu peel baik takpe,sekali dia buat perangai comel mmg tak bley buat apa..sy so far buat popia je..tu pun guna inti karipap MIL yg buat..terlanjur dah ada inti, gulung popia pun waktu afia tido..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yekan.. dah balik masa nak masak tulah anak2 nak minta macam3. Yg kecil gaya si kecil, yg besar pun sama je mengadanya..ini hari ke 8 masak kuih, yg seterusnya entah hari ke berapa pulak

      Delete
    2. takpelah ada masa buat,takde masa pending dulu permintaan yg kecil n besar..tak pun beli je buat menunaikan permintaan.setel!hehe

      Delete
  6. waah bangga gitu AN bila kuih yg kita buat habis dimkn cik abe tersayang..!nxt time letak dlm peti ais pas buat tu baru best bila sejuk...kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau siap awal boleh la letak dlm oeti sejuk, semalam saya siapkan pun dah pukul 7. Lewat ke kedai mencari bahan nya. Itu yg saya bulatkan mata..hihi

      Delete
  7. Nisan?. Dari tadi cuba memahamkan perkataan itu. I rasa mungkin inti?.
    Tepung pulut mmg tak semua kedai ada jual Aisy. Tepung beras pun sama, 'sampai skrg ai kempunan nak beli tepung beras tak jumpa kat JJ tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nisan tu macam gula melaka je. Beli kat kelantan dipanggil nisan. Penah tengok kan?

      Delete
  8. tentang nisan kalau yg 'kerek' besar dan tak brp coklat tu malaysia punya..kalau yg tebal dan kerek kecil serta warna lebih gelap thailand punya..malaysia punya lagi sedap..hihi..i nih kan org kampung..petua ni my mum dah turunkan masa kecik2 dl..ehehe..belagak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya guna semalam mmg yg kerek besar n warna lembut dah. Entahla.. chefnya tak mahir kot

      Delete
  9. Sedap..

    Haah kan kdg tu ada yg jenis keras giler gulanya. Nk buat bentuk kiub pun berpeluh2 x jd lawa. Apa pun kuih onde2 aka buah melaka ni klu buat sendiri mmg sedap. Klu beli walau mudah cara buatnya kena yg x sedap tu mmg x sedap. Mungkin adunan doh keras dan sukatan garam x betul jd kelapanya x sedap.

    Air tgn isteri.., x kanlah papa N mkn dua bijik je kot. Dia bg ruang utk terawih je dulu. Hihihi

    ReplyDelete
  10. eh patut la lama dulu pestime saya try buat onde2 kat sini, nisan nyer tak cair. terus tak buat lagi dah, sooo salah nisan la ni yer hehehe.

    ReplyDelete
  11. sedap jugak yg jenis keras tak cair tu..
    rasa cam gula2.. suka letak besar2.. x kedekut nisan mcm yg dibeli.

    ReplyDelete
  12. kalau kena yg gula melaka tu cair lagi sedap mengunyah...mmg kalau makan tak leh berenti..

    ReplyDelete
  13. tu le..lieya punskrang ni kalo buat selalu tak cari gula tu...frust jugak..sebab sedap cair kan bile gigit tu meleleh2 dlm mulut....

    heheheh tule, air tangan bini kan..sekali kene mulut teringat2 kate org hahaahahah... lieya pun suke onde2...kuih wajib kalo bulan puase nie...syok buat sbb anak2 leh join same...tgu cuti2 weekend ke leh le gentel kuih onde2...tapi semalam lieya beli kat param kuih onde2...sedap plak...kang ade yg malas dok pi beli kat makcik tu jek kang hahaahahah

    ReplyDelete
  14. Air tangan isteri masak mmg sedap kan , selepas mskn ibu ;) , sy blh msk bila sempat je, masih tggl dgn mil, tak pindah umah lg

    ReplyDelete
  15. oh buat buah melaka yeh..... jenuh dari awal teka nak buat apalah adey manis sorang ni hehe...ingatkan nak buat bubur kelonsong sutera hehe.....
    Boleh kata tiap hari jugaklah Okje beli kuih ni AN.... Sebenarnya senang sangatkan nak buatnya tapi tulah.... rajin sangat pulak orang yg buat hehe....
    Makan sikit masa mula berbuka kan sunat tu yg Papa N makan 2 ketul dulu tu... lepas terawih belasah separuh pinggan haha...sedap sangat tu rasanya hehe

    ReplyDelete
  16. hehe.. ni mesti sedap smpai xleh behenti makan

    ReplyDelete
  17. hahaha. biasa la tu kak .suami suami slalu gitu bila merasanya.last alst dorng juga yg habiskan.suka kan..
    saya tak buat lagi buah melaka..
    dgn air tak da tak lalu pulak nak menguli tepung bagai.. h uhuhu..

    ReplyDelete
  18. hahaha.. saja nk test akak tu. walhal sedap. kt rumah pun begitu la. baru ada masam manis

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?