Bantuan di bulan puasa

Dah hari Jumaat ya. Macam cepat je berlalu hari hari di bulan puasa ni kan? Maklumla, seronok dapat balik awal. Lagipun kalau hari Jumaat macam ni, saya kerja cuma 3 jam lebih je. Tak caya? Apa taknya, masuk pada pukul 2.20 petang dan balik pada pukul 5.30 petang. Memang bahagia betul..

Itu masa bekerja rasmilah sebenarnya. Hakikatnya tak adalah seronok sangat pun. Saya ni hampir setiap hari tak kira Jumaat ke Isnin ke memang dah terpacak di sekolah pada jam 11 pagi. Lebih awal pun ada. Sebab tu kalau saya BW, saya buat pada waktu pagi sementara saya belum bersiap ke sekolah. Saya juga dah biasa kena perli nak dapatkan APC, cuma saya pekakkan telinga je. Bukan apa, tak naklah makan gaji tak berkat, kalau di rumah memang saya tak buat kerja pun sedangkan terlalu banyak sebenarnya apa yang patut dibuat.

Entah apa-apa pula intro saya kali ni. Sebenarnya saya nak ceritakan pembantu saya di bulan puasa ni. Maklumlah bila kerja di sesi petang di bulan puasa yang cuaca panas ni, mulalah rasa tak larat sedangkan saya sepatutnya kena ada lebih tenaga untuk mengawal kelas. Masuk kelas pun dah tercungap-cungap tapi murid-murid bising je, apa korang rasa ? Cikgu puasa, anak murid yang 40, 38 atau 35 orang tu biasanya cuma 1/3 sahaja yang puasa. Jadi mereka masih hyper macam biasa. Nak tak nak cikgu memang kena juga mengajar dan mengawal kelas seolah-olah hari biasa.

Nak dijadikan cerita, minggu ni saya tebalkan muka, saya masuk kelas dengan memakai mikrofon. Mengajar dengan mikrofon kau.. jangan tak tahu. Ada set mikrofon kecil yang boleh dibawa ke mana-mata dengan kuasa speaker untuk ruang kecil macam bilik darjah. Mula-mula memang saya sendiri yang gelakkan diri, rasa tak terkeluar suara disebabkan asyik nak ketawa sahaja. Rasa suara jadi lucu sikit. Lepas beberapa minit baru rasa stabil dan mula bercakap macam biasa.

Barulah rasa semangat sikit nak masuk kelas bila dah semakin petang. Bila suara cikgu dah dikuatkan, murid kuranglah nak buat hal. Lega bahagian tu. Ramai juga sebenarnya cikgu lain yang dah mula memakai mikrofon jenis ni semasa mengajar.  Memang membantu sebenarnya.

Gambar pembantu dan cikgunya..
Ada murid menegur rupa cikgu pakai mikrofon ni dah macam gaya pekerja Mek D.. ai, macam-macam korang. Sila abaikan tulisan buruk kat belakang tu ya. Entah siapa yang tulis....

Comments

  1. lol cikgu ke? hahaha.sy ingat telefonis..(masa mula2 tgk pic) .... sng mcm ni dh xpyh nak jerit2 kalo anak murid bising kn hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sebab tu ada yg kata nampak macam pekerja yg amik order drive through mek d..

      Delete
  2. hehe..bagus.think positive..ada eh perli2?in shaa allah.aminkan saja doa yg baik.jgn dipekakkan telinga..awak yg suara lemah lembut mmg sesuai pakai..ni suara dah mcm petir..rasanya tak perlukan mic yg comel tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib orang duk dpn pintu kot, padahal aje juga org lain dtg lebih awl kan.. kita yg duk depan ni, dengar jelah apa orang nk komen..

      ha,,pakai jelah kan?

      Delete
  3. eh pakai microfon ye sekarang ni

    ReplyDelete
  4. andai le cikgu dah biasa bersuara lantang dan kuat, camner erk jika pakai mic cenggini..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhaa.. yg dah sedia lantang tu xpayah la pakai.. kan budak2 kena masuk spital lak

      Delete
  5. Hehe...ada yeh AN..... tak tau mak tau ....betul jugak mereka kata tu mcm pekerja Mc D....mmg pun selalu tengok pekerja Mc D pakai tu hehe...
    Tapi baguslah idea tu AN...sebab bulan puasakan.....nak cakap kuat pun tak laratlah weyh! Tapi kalau time bulan tak puasa pun OK jugak tu...kuranglah kita menjerit jerit dlm kelas tukan....

    Harta sendiri ke harta sekolah tu AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harta sendiri Okje. Ada orang dtg jual jadi kami beli beramai2..

      Delete
  6. AN...okje tak tumbuk pun jintan tu main campak jer hehe....

    ReplyDelete
  7. Lupa pulak tulis letak bawang potong tu sebenarnya

    ReplyDelete
  8. Okeylah tu, AN pakai mic masa mengajar. Nampak cam professor yang nak kawal pelajar satu auditorium tau... Saya rasa bila tengok AN ni, agaknya suara pun tak kuat mana, cam lembut je orangnya :) So kasi settled bab tu dengan penggunaaan mic ni. Murid-murid pun jadi excited nak tengok muka cikgu dah macam pekerja McD dan suara cikgu yang dah berubah jadi 'besar' tu.

    Insya Allah, mana tahu dapat Anugerah Khidmat Cemerlang tahun ni. Ada cikgu yang dedikasi cam ni memang bagus. Oh, time puasa balik pukul 5.30 ya... Abang habis sekolah pukul 5.50 petang. Penat omak menunggu kat depan gate sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai sek rendah lagi lewat balik.. ok juga bolehla maknya rehat2 sambil tunggu abang keluar sekolah.

      Haha.macam profesor ya? Haa. Tak jadi professor tapi ada gaya

      Delete
    2. Bulan puasa ni omaknya tak dapat jenjalan kat shopping mall. Sampai sekolah pun lambat sebab jem. Nak main Candy Crush ke, baca novel ke, mata ni layu sikit punya cepat. Boleh tertidur lagi gitu :)

      Delete
  9. bgus sgt mic ni..
    sy pun kalau cikgu suara slow sgt.. sy ngntuk.. hu

    ReplyDelete
  10. Good idea..tk pyh jerit2 lgi..
    klu mengantuk cikgu..ajak ramai2 anak murid lagukan 99 nama2 Allah asmaul husna..msti diorg suka..

    ReplyDelete
  11. haha dah rupa peg khidmat pelanggan macam sy dah.hehe..apa pun bagusnya teknologi dpt membantu pembelajaran..

    samalah kita,,klu duty petang dibulan puasa,masuk pukul 3,balik pukul 6.30.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. syok kan? Mmg kalau setiap bulan pun macam ni kan bagus...

      Delete
  12. keh keh keh.. mcm2 la budak ni... dikatanya pekerja McD... apa2 aje lah, janji kita bahagia dapat mengajar guna microfon.... tambah2 bulan puasa ni... jimat sikit tenaga...
    Bagus ada pembantu peribadi lagu tu... AN, mic tu beli sendiri ke? ke pihak sekolah ada sediakan?
    Baca entry ni, tetiba rasa rindu nak pegang microfon.. saya tak suka yg jenis portable ni.. Kalau dalam kelas kuliah, memang pasang microfon jenis besar mcm artis tu... baru puas hati nak mengajar... Lepas tu suka hala mic kat pelajar utk jawab soalan... hahaha, nasib la sapa yg kena jawab tu..
    saya pun sama... rasa lucu dengar suara sendiri guna microfon... itu masa mula-mula aje laa... dah ralit mengajar, hilang pula rasa lucu tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tau saja budak2 ni nak usik cikgu. Ada yang suruh buat konsert la.. kalau saya lak, mmg fobia dengan mikrofon besar. Mula menggigil nak bercakap. Yang ni ok je saya guna. Tapi tadi, budak2 komplen kuat sgt suara. Badan rasa segar jadi suara tak perasan kuat pulak..

      Delete
  13. Haish x kisah la cam pekerja mekdi ke apa janji x habis tenaga nk kena jerit2 dlm kelas. Letih ooo

    ReplyDelete
  14. Hihi pandai la Bdk2 tu nk perli, agak2 kt Dewan Mkn pun blh ke pkai mic ni? Tak larat nk jerit kt Murid yg 150 org tu tiap Kali Mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk dewan makan, rasanya besar sikit kena guna mic besar kot.. takut yg jauh sikit tak dengar nanti..

      Delete
  15. Ooo pakai mic jenis ni...
    I sangkakan yg bercorong tu.
    Yg ni nampak lebih cumil and ekslusif.
    I loikeee...

    ReplyDelete
  16. mcm pekerja mcd pon mcd la kan akak.janji ank murid terkawal. dri nk.mnjerit terkeluar anak tekak. ye dok!

    masak apa hri ni !

    ReplyDelete
  17. heheheingatkan cikgu dah mula mengajar secara talian tadi, teleinfo katanya hehehe. ramainyer murid dalam satu kelas tu yer, hadoiii memang salut la uols.

    ReplyDelete
  18. kalau akak pun tentu seronok dpt pembantu ni, sbb bila dah petang suara mcm taknak keluar dah akak ni,sampaikan abg adam tanya..mama kenapa suara mama slow je ni??? hahaha mama penat la nak bercakap..

    ReplyDelete
  19. dulu cikgu math ada gak pakai.. msuk lab pun ada cuma mcd punya kecik lg la akak. hehehe. boleh la tu. janji nampak comel

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?