Ramadan dua Ahmad

Dah empat hari kita berpuasa ni, yang nampaknya seronok sangat dalam rumah ni pastilah dua Ahmad. Maklumlah, Papa N balik awal, jadi ambil diorang pun awal.  Mama pun balik dalam pukul 6, taklah gelap macam bulan biasa. Itu satu hal, masa mak paknya nak sediakan makanan  berbuka walaupun diorang seronok juga. Dibekalkan dengan makanan supaya tak mengacau proses masak. Alhamdulillah dengan menu ringkas, menjelang pukul 7, selalunya papa dan mama dah sama-sama boleh duduk bergelak ketawa dengan kedua-dua Ahmad ni.


Masa menunggu Papa N balik dari terawih pun, tak ada nak diam diorang ni. Sekali sekala Nazif tunjuk ke pintu sambil cakap, "Papa ayam" , yang maksudnya Papa pergi sembahyang. Dua ke tiga jam ketiadaan papa ni, ada pelbagai fasa. Ada masa diam, ada fasa riuh dan ada juga fasa super riuh. Itu baru dua orang anak bawah lima tahun.. hush, memang masa malam terasa lama.
Entah dari mana datang tenaga diorang ni. Main tak henti. Seronok sangat bila boleh gelak sama-sama. Nazif macam seronok saja berada di taska baru mulai Isnin lalu. Makin atap rasanya badan dia tiga hari ni. 

Cik Mat yang suka suapkan makanan kepada mamanya.
Mujur juga Nazif macam dah faham, hari pertama je banyak kali dia cuba nak suapkan makanan ke mulut saya. Ataupun hari yang lain kami jumpa dah lewat petang, jadi tak sempat Nazif nak tunjuk murah hati. 

Comments

  1. kalau diorang tak ade mesti rasa sunyi kan...

    ReplyDelete
  2. Memang jelas terpancar keceriaan si bujang2 ni semua. Hari2 dorang berdoa biar Papa ngan Mama balik awal.. now Allah dah kabulkan... maunya tak happy.

    ReplyDelete
  3. mmg seronok tengok telatah anak2

    ReplyDelete
  4. Kenapa tukar taska baru AN? ....
    Mestilah seronok dpt bersama mak pak awal kan...... kalau hari biasa jenuh dia tgk orang balik dulu baru mak pak ambik hehe....
    Baru dua yeh.....apa lagi proseslah yg ketiganya tunggu apa lagi hihi.....

    ReplyDelete
  5. tu la gelagat ank2 masa kecik..bila dah dewasa,kita lak yg merindui gelak tawa depa..kesunyian akn terasa...'papa ayam' hehe...

    ReplyDelete
  6. Seronok anak2 kan time puasa..boleh dah plan untuk gegirl pula pas ni

    ReplyDelete
  7. Nampak happy sgt muka kedua dua Ahmad ni...
    Happy dapat main sama-sama....
    Tapi betul lah, budak2 ni tak tahu penat...
    Saya pun selalu fikir, mana datangnya tenaga mereka yg byk tu.... hurm!

    ReplyDelete
  8. kalau tak da tersa sunyi nya kan.
    boleh bayangkan situasi dimlm hari mcm mna.. hihi

    akak, masak apa hri ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla.. duk tgh fikir lagi menunya. Hihi..

      Delete
  9. Nampak gembira je 2 Ahmad ni di bulan puasa. Memang sama ragamnya. Kalau saya, siap-siap suruh anak menonton TV, menyusun kenderaan sementara Mommy nak memasak di dapur. Kalau tidak, nayalah juadah berbuka tak siap :)

    Kenapa dipindahkan ke taska baru? Ada masalah ke dengan yang sebelumnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taska lama kena tutup, owner nak duduk kat rumah tu katanya.. jadi kami tukarkan jelah Nazif ke tempat baru.

      Itulah,;kalau tak diusahakan benda yg melekakan dorang, memang tak siap masak.

      Delete
  10. anak akak pun ada yg perangai mcm tu masa kecik dulu..suka suapkan makanan kat mak nya..namun yg disuap adalah ketika mak nya sedang solat

    ReplyDelete
  11. Meriah ..tggu diorg besar sikit dh boleh berpuasa..mcm2 permintaan..
    msk itu dn masak mini

    ReplyDelete
  12. Cerianya mereka berdua ni. Umah LM jd sunyi je time terawih. Suara syafiq je lah yg ada pun. Qila dah besar.. Maisarah pun dah besar.. Ummi x sihat x bunyik pun mulut. Kikiki

    ReplyDelete
  13. ceria je dua ahmad ni ye..seronok tgk budak berdua ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?