Anak o anak

Malam ni lebih dua jam saya berusaha nak buat dua anakanda ni tidur. Bayangkan sejak pukul 10 malam, Nazif mengajak naik ke atas, nak tidur katanya. Mulanya macam betul nak tidur, tapi lepas setengah jam masih lagi dia menyusu. Naim pula, mula bosan, memang bukan masa dia tidur lagi pun. Tapi dia nak mengikut saya masuk ke bilik tadi. Naim mulalah tunjuk tahap bosan dia tu dengan buat macam-macam bunyi. Akhirnya, Nazif pun buka matanya besar-besar.

Bila dah tak jadi tidur tu, saya bawa turun kedua-duanya. Sambil saya menonton Women's Room, Nazif elok je bermain, sementara Naim pula berhimpit tepi saya, sama-sama menonton drama. Pukul 11, adik sekali lagi mengajak tidur. Kenyang minum air milo dan sayur agaknya, saya terfikir macam tu sebab sambil Nazif main tu memang saya suapkan dia makan.

Kali ni, Naim pula yang buat hal. Dia selama ni tak menunjukkan minat oada drama yang saya tengok pun. Hari ni bila bahagian yang Hee Soo makan banyak sampai muntah tu dah buat Naim seronok sehingga tak nak tidur pulak. Bila dipaksa juga naik ke atas, di dalam bilik, saya jadi mangsa buli. Diugut nak serahkan mamanya kepada polis lagi. Dia juga kata tak nak kawan dengan mama. Ditariknya adik yang sedang menyusu supaya menjauhi mama.

Akhirnya, turun lagi kami tiga beranak untuk sambung kisah Kyung Chae. Naim tengok sambil bermain dengan adik namun mood dia memang kembali baik bila kembali tengok drama tu. Siap minta maaf lagi dengan mamanya.

Akhirnya bila habis kami tengok rakaman tu, pukul 12.05 kami naik tidur lagi. Lepas membaca doa, mudah je Naim terlena. Nazif pula hanya tidur selepas pukul 12.30. Tapi mamanyalah pulak, tak dapat nak tidur. Mula terfikir yang walaupun anak-anak ni pelbagai karenah ada kalanya, namun bila dah berakhir, kita memang rasa lega. Anak-anak hanya nak bermanja dan nak perhatian.

Mulalah saya berfikir nak dekat dengan diorang selamanya. Kalau boleh anak-anak mama ni kahwinla dengan orang dekat je, bolehla jenguk mama selalu bila dah tua nanti. Takdelah nanti mama sedih bila korang tak ada bersama di hari raya.. padahal saya sebenarnya yang sedih ni, memikirkan tahun ni raya di rumah mentua. ....sob sob uwaaaa.... raya ketiga baru kita kelik kamoung wei..

P/s : Saya baru perasan yang ini entry saya yang ke 900 sejak tiga tahun lebih ni. Dah banyak benda yang saya tulis kat sini rupanya. Tetiba nak target dapat tulis entry ke 1000 menjelang akhir Disember ni, kalau dapat capai baguslah kan. Masa selalu mencemburui padahal..apa pun tingkatkan prestasi, jauhi masalah, pasti jaya...

Comments

  1. letak je tv kat bilik xpyh nak naik turun tangga AN!redha je la bila ada mentua kena gilir2.

    waah well done AN,n3 dah ke 900 tu!!akak baru 6bulan,hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...tak boleh macam tu kak. Nati lagi banyak memori decoder tu sb saya bakal rekod macam2 cerita dan to ton sepanjang malam nanti. Tv lama sengaja saya bagi orang supaya bila ada satu kat bawah, saya tengok tv sikit je.. haha.. ada ke cita2 tak selari perbuatan?

      Delete
  2. kerenah anak2 akan menjadi kenangan indah bila mereka dah besar nanti AN..acik bila dok smaa anak2 suka ceritakan ragam masing2 masa kecik..boleh buat gelak ketawa bersama..yang banyak ragam yang abang long..abang masa kecik baik..dah remaja baru pandai buat hal sikit..budak remaja kan..yang adik dengan kerenah manja dia..masa kecik..cakap2 dia memang boleh buat kita gelak

    ReplyDelete
  3. Sejak bulan puasa ni asyik tertidur je AN bila menonton The Women's Room ni. Berbulu je si Abang tu bila tengok Mommy menonton sekerat jalan terus ditutupnya tv. Bapaknya pulak time orang sibuk nak tengok cerita Korea, dia sibuk nak ajak tengok movie. Kalau tak ikut, mulalah tazkirah panjang!

    Anak-anak memang begitu gayanya. Masa mereka buat hal, mulalah rasa panas hati tapi bila tengok mereka balik, terasa macam tak cukup je masa yang ada. Si Adik tidur awal semalam, Tengah menyusun kenderaan tetiba tengok terlentok kat sofa. Kepala atas sofa, kaki elok je kat lantai. Tidur berdiri. Penat puasa kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..berdiri pun boleh tidur.. mmg penat tu. Sekali sekali bolehla juga tgk Naim buat macam tu.. jenis payah tidur ni.

      Saya pula dlm bulan puasa ni yg kerap tgk tv. Masa sahur dan malam masa menunggu papa n balik terawih.

      Delete
  4. Akak x mampu tidur lewat krg ni, nnt tak bangun sahur lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mula rasa pening tidur pukul 2 tapi dah bangun utk sediakan sahur pada pukul 4.30 pagi..

      Delete
  5. wah ye ke? aida da lebih 5 tahun blogging baru capai 800 post :-)
    yes yes sama la kita. nak anak-anak kawin org melaka aje. apa-apa hal senang.

    ReplyDelete
  6. saya Alhamdulillah setakat ni anak2 pakat nurun umi..umi tido pkat tido blako.umi bangin pakat bangin blako..hehe..
    alah.setakat 1000 tu benda kecik je bagi blogger tegar ni.i rasa you boleh buat lebih 1000 nak habis bulan 12 tu..lama lagi tu.3000 pun boleh.kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai 3000 tu mustahillah dlm masa 5 bln.. nak maintain 20 post sebulan je skrg.. haha..

      Delete
  7. Psstt2.....Tahun ni raya rumah mentua ye?. Takpe... kita sama, cuma bezanya... pagi raya ai dah tercegat rumah bonda sendiri... haha......
    Inshaallah.. Allah kabulkan doa Aisy utk dpt menantu org dekat2... doa bulan posa ni selalunya makbul, apatah lg dtgnya dari sorang ibu.

    ReplyDelete
  8. Rajin hero mama teman mama tengok drama korea..anak2 ni mmglah..macam mana pun peel tetap comel..cuma kena byk sabar..klu hilang sabar tu kadang2 kena juga..pastu menyesal..sy la tu..:)

    ReplyDelete
  9. biasalah tu kak..anak2 ni kalo nak perhatian mcm2 dia buat. cuma kt kenalah sabarkan..lya lagilah anak sorang..mmg hrp smpai ke tua bersama lya..mudahanlah..

    ReplyDelete
  10. Patutlah dah fikir pasal future menantu... tahun giliran rumah mertua rupanya... Ala, at least dpt juga balik raya ketiga nanti... Kami ni lagi kesian... huhuhu
    Sempat lagi tu nak capai target.... semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  11. heheeheh kelako plak lieya bace turun naik turun naik sudahnye tak tdo2 jugak yeak.... siap leh layan korea drama same2 lak tu....mcm anak lieya kalo masing2 tdo ptg tu lama mmg bercinta nak suruh tdo.... bilik dah gelap pun leh main gak...mcm2 bunyi jugak laa keluar heheeheh berhangin je kite dibuatnyer....

    ReplyDelete
  12. sonok baca kisah yg dah ada anak2 & keluarga ni hehe
    mudah2an jodoh sy cepat & cpt dikurniakan anak2 ehee

    ReplyDelete
  13. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
  14. rajin sungguh akak naik turun ye..
    tu la kan kerenah anak2..
    saje lettew dorng nk.tman mama nengok tibi kot..

    ala, jgn la sedey akak.. xlist blik jga kan..
    selamat hri raya ye.
    maaf zahir btin kalau ada salah silap dr saya sepanjang kenal akak di alam maya sama ada sengaja atau tak sengaja smasa menulis dan mengomen entri di sini..

    ReplyDelete
  15. Penyabarnyalah awak ni AN..... turun naik, keluar bilik berkali kali....
    Memang gitulah bebudak sebenarnya nak layanan dan perhatian kita....untung anakanda berdua dapat ibu yang penyayang dan penyabar....
    Eh..... jauhnya berangan sampai kisah kawen kawen pulak anakanda tu baligh pun belum hehe....
    Gitulah agaknya mak kita kan AN.... kalau boleh tak yah kasi kawen kot haha....sama je macam mak okje kat kg tu....
    Udah lepas pun turn Raya belah sana....so tahun depan panjang umur Raya Kelate pulak.....kelik awal deh!

    ReplyDelete
  16. ahahaha.. lawak la 2 hero ni. dh besar nanti mcm mana la agaknya. comel je akak kena buli kan. lepas ni kena letak tv dalam bilik. dh ngantok tidur terus.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?