Ai si wira kelabu

Orang duk kecoh pasal CDM 25 tu, saya pun nak tumpang cerita pasal kes kecuaian semasa memandu juga. Baru berlaku pagi ni.

Masa saya keluar dari kawasan lorong rumah tu, dalam pukul 9.30 pagi,  masa melewati lorong depan, saya dah nampak sebuah kereta model wira berwarna kelabu sedang memasuki lorong lagi depan. Mulanya saya ingat dia nak memasuki lorong tu, rupanya pemandu tu berhenti di tengah jalan, yang saya boleh faham orang tu nak membuat u-turn kat simpang empat tu. Sabar jelah, nak jalan mudah ye..

Jadi, saya tekan brek siap-siap untuk bagi laluan pada dia. Tapi, dia tak menunjukkan tanda-tanda nak buat u-turn pulak, saya pun ingatkan dia nak bagi laluan kepada saya dahulu. Saya pun kembali gerakkan kereta. Bila kereta saya melalui belakang bontot kereta wira ni, tetiba pula kereta tu bergerak. Panik betul saya masa tu. Memang nampak kereta tu bergerak ke belakang, ke arah kereta saya. Memang sah orang tu nak buat uturn tapi dia tak tengok ke belakang. Tengah panik tu, saya pula tekan brek, ai tak patut. Tapi, alhamdulillah, si wira tu sempat sedar kehadiran kereta saya, dia pun brek juga, jadi tak ada apa-apa berlaku.

Dah sampai di kawasan lorong ke sekolah pula, lagi satu kes dengan wira kelabu juga. Ada ke patut, masa masuk ke lorong, tiba-tiba kereta ni brek di tengah jalan dan berhenti terus. Walaupun saya tak laju saya sekali lagi brek mengejut. Alahai, kenapalah tak berhati-hati ya? Suka hati je korang nak pusing, suka hati je nak berhenti di tengah jalan..

Malang memang tak berbau. Tapi, apa pun, kena berhati-hati semasa memandu. Baca doa sebelum naik kenderaan dan minta dijauhkan daripada kejadian yang tak diingini.
Ini bukan kereta saya ya.. saja pinjam gambar kereta kat google. Kalau ada kereta mahal sekali pun, adat kena ada.

Comments

  1. apapun kena berhati-hati..bawa kereta tu kena beringatlah kan,jalan tu bukan kita punya,kdg2 tgk pemandu kat malaysia ni ada yg buat sesuka hati je,lane laju bawak slow...klu yg jenis laju sgt pun ada..hehehe

    ReplyDelete
  2. Apa kisah sbnrnya? Cina tu langgar perempuan tu ke? Emmm...mcm2 ragam orglah. Tapi apapun, jgnlah malukan diri sendiri menjerit dpn org rmi mcm tu...sobs!

    ReplyDelete
  3. Baca doa naik kenderaan dn baca ayat kursi.satu lagi ayat pendinding yg saya ajar.wajaalna tu..in shaa allah.tapi kalau kita dah beringat benda nak jadi juga nak wat cane kan!

    Bukan ke kereta baru awak eh gambar bawah tu?nampak parking elok je sebelah pengetua.Oo tak nak ngaku yea!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi..specialnya saya parking tepi kereta pengetua...

      Delete
  4. Belum tengok lagilah video tu. Kecohlah ya...

    Erk, saya takda wira kelabu. Pasti itu bukan saya :) Saya pun menyampah dah lama dengan pemandu yang selalu fikir macam kereta mereka je atas jalanraya kat Malaysia ni. Kita ni nak berbuat apa-apa pun fikir 18kali takut menyusahkan pemandu lain tapi mereka buat rileks je. Pernah gak kena driver yang memandu slow dan tetiba tekan brek berhenti tengah jalan sebab silap jalan kot. Yang kita dibelakang ni, lurus bendul ikut je slow-slow. Orang berhenti, kita pun tekan brek cepat-cepat lah takut terlanggar belakangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. MD takkan pakai wira, mestila kereta besar sb nak isi barang2 shopping tu..

      Delete
    2. Pandai-pandai je, AN ni. Wira pun sedan, kira besarlah tu :)

      Delete
    3. Haha.. ye tak ya? Tapi saya imagine MD pakai starex atau estima atau .... hihi..

      Delete
  5. kecoh gak pasal cdm25 tu
    ntahla nak komen lebih2 pun x tahu sgt
    tp mmg nasib dia nak kena
    kalau apek tu yg lggar dia, mgkin lain jalan citernya. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. betul juga tu. Kalau orang kita buat, kecihnya lebih..

      Delete
  6. Tak sampai 24 jam, video tu jadi viral kat FB.. tapi rasanya dah settle sbb dia dah minta maaf kat pak cik tu... pak cik itu pun tak nak besar-besarkan...
    Kadang2 kita memang beringat, tapi ada juga ujian2 kecil masa memandu... Memang bahaya la kalau buat u-turn lagu tu... dah banyak kes yg melibatkan kereta u-turn ni...

    ReplyDelete
  7. AN..Alhamdulillah selamat.itu yang penting kan

    ReplyDelete
  8. ish sy yg bc entry ni seriau tau.
    mcm mcm akrg ni
    hti hati ye kak..

    ReplyDelete
  9. Mujur xde apa2.. Kdg2 kita berhati2 pihak lain pulak yang x jaga etika.

    Ye.. Kereta mahal ke murah ke, besar ke kecik ke kena ada adatlah bila memandu

    ReplyDelete
  10. Kadang tu kita jer berhati2 dan berhemah semasa memandu...tapi ada pulak pemandu lain yang buatkan kita hilang sabar ...
    Jangan sampai tahap road bully dah lah...

    ReplyDelete
  11. aish..asyik kita je kena brhati2 tp org tidak!apa-apa pun kena byk bertolak ansur la..
    patut pun nak amik lesn keta skrg dah rm2000 n motor rm1050..

    ReplyDelete
  12. Semoga semua pemandu di Malaysia nie sentiasa ada sikap tolak ansur,jgn ingat sorang2 je yg menggunakan jln raya.

    ReplyDelete
  13. hati2 memanda kak.. nina dh lama xpegang stereng. takut nk drive. pemandu skrg bawa kereta semua nk laju je

    ReplyDelete
  14. Tulah kita kena sentiasa berhati hatikan AN....sebab malang tak berbau. Nasib tak berlaku apa apa. Allah masih selamatkan kita lagi mungkin berkat buat baik pada orang agaknya. Itulah driver zaman sekarang ni..... main sembrono aje, tak fikir orang....tp Okje pernah mati engine kat traffik light tgh berjalan AN...panik tak panik masa tu....

    ReplyDelete
  15. btl tu kak..malang mmg tak berbau..sama mcm kes menimpa lya beberapa bln lps.. kna sntiasa bhati-hati.. tp kdg2 kt dah bhati-hati..tp jd mngsa kecuaian org lain..

    ReplyDelete
  16. trending betul kes cdm tu kan..tak pasal2 kurang pahala puasa bila ramai2 dok kutuk beliau..kes dh mintak maaf..uncle tu pun tak kecoh org lain plak lebih..almaklum rakyat malaysia terlebih prihatin.hehe..

    bab macam ni yg buat kita takut nak drive..lg2 pemandu wanita cam kita ni..selalu juga kena buli..tp dlm kes AN ni maybe dia teragak2 pastu tak perasan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?