Wordless

Assalamualaikum semua..

Lama tak menulis ya. Alhamdulillah ada juga yang bertanya pasal saya semasa tempoh tak menulis ni. Adik manis ni dalam minggu ni sibuk sikitlah, Okje. Ditambah pula dengan rasa memendam perasaan, itu yang malas nak menulis entry baru. Haha, di samping tu, ada hati nak meniaga telekung ya? MD, entry pasal telekung tu saya dah delete, sebab takut tak sempat masa nak buat bisnes tu. Haha, saya sendiri gelakkan diri. Angan-angan nak cari duit lebih konon. Masa kemain mencemburui, nak ditambah lagi dengan kerja bukan kewajipan. Ish..memang cari nahas tu, kan?

Lagipun, tak ada yang buat pesanan pun dalam tempoh sehari tu. Kecewa saya. Bisnes pertama tak menjadi rupanya. Hihi.
Saya menaip di sekolah sebenarnya ni. Walaupun hari Sabtu, namun memang ramai cikgu yang datang buat kerja masing-masing. Saya pulak kerja sikit je nak dibuat, tapi disebabkan kena mengawasi murid yang ada sesi perkhemahan pada petang ni, maka tak jadilah balik tengah hari ni. Terus tinggal di sekolah sampai pukul 6.30 petang ni.

Mujur juga Papa N tak sibuk hari ni, maka dia yang jaga anak-anak masa saya di sekolah ni. Hari Khamis hari tu, Papa N sibuk,  tak dapat nak balik awal untuk ambil anak-anak dari sekolah dan taska. Maka sayalah yang kena ambil diorang ni. Naim macam tak nak balik je. Macam sedih muka dia bila papanya tak datang jemput. Nazif pula, tinggal dia sorang je pada pukul 7.30 pm tu. Sian pula tengoknya.

Tempat kami akan mula mengalami catuan air mulai esok. Entah macam mana, harapnya cukup dengan 4 tong besar yang ada serta 6 tong kecil air simpanan kami tu. 3 daripada tong besar tu, Opah Naim bawa bawa dari Tapah. Memang besar, rasa mengantuk nak tunggu air penuh bekas tu.

Dah tiga kali sambung menulis untuk satu entry ni, isu dah bercampur pulak. Sebelum mengundurkan diri, saya ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Okje.. Semoga panjang usia dan dimurahkan rezeki. Juga kepada Zahin, anak Zilla, kawan saya ni. Selamat Hari Jadi dan semoga membesar dengan sihat ya...

Esok dan lusa, kena pantau Si Ahmad Naim ni mandi. Biasanya memang mandi macam di taman tema, mulai esok kita kena berjimat ya. Balik malam ni, sesi basuh baju kali terakhir ya..lepas malam Isnin baru kita buat lagi sesi basuh baju ya..

Comments

  1. eh..guano tu..ganti saya ke?adik im ejah cane?

    ReplyDelete
  2. Salam hujung minggu dari bunda...
    tempat bunda belum kene lagi catuan air...tapi bunda stanby jer simpan air...

    ReplyDelete
  3. Oo...ingt bz ngan meniaga sbb senyap jer..hehe

    ReplyDelete
  4. eh lama juga menghilang ye AN,sy tgok dr bloglist tak berupdate.hari ni on baru cpt2 dtg komen..n dtg menyapa taksempat..sy pun busy juga.hri ni walaupun sy off ptg sgt br dpt on9..ni pun on kejap je..

    sian ye cikgu hari cuti pun kena bekerja,jaga perkhemahan la apa la..klu macam sy ni klu keje lebih masa dpt gak OT.hehe..

    pasal air kena catu ni la sedih dengar..org kata berat mata memandang berat lg bahu memikul.haha..

    ReplyDelete
  5. Acik nasa dok kuaters KLIA..memang ada masaalah air..selalu sangat
    acik harap AN tak lama hadapi maasaalah air

    ReplyDelete
  6. huk aloooh kenapa delete, memey la dalam sari takder orang order, parok demo hahahaa. Takper la..u know whats the best for u. Lecehnya takder air, tambah lagi ada anak kecik.

    ReplyDelete
  7. assalam akak
    xlist dpt juga memo kan.
    mcm sy ni xda notis apa pon.huhu.bgn subuh pagi tadi dh xda air.nasib la ada jgak myimpan air.tapi brapa lama ajenya nak bertahan.air ni buk kegunaannya.

    bersabar je la

    ReplyDelete
  8. byknya tong simpanan air!akak pun kena bli lagi ni...ingt lama menyepi sbb bz meniaga..hehe

    ReplyDelete
  9. Kalau wordless pun mcm cerpen pendik....kalau ' word' macamanalah agaknya yek hehe....
    Tulah....mcm pelik pulak bila adey manis tade muncul muncul....hehe...
    Biar jelah entri tu....manalah tau ada org berkenan...bisnes sambilan katanya....
    So far tak kena catu.....harapnya tidaklah dicatu sampai catuan pulih....Tumpang simpati tak cukupkan....emm... Bukan Naim je nak kena tengok bila mandi tu.....mama pun sama, kalau nak mandi lama 2 hari lepas tu hehe
    TQ AN......Dah tua dah weyh....semakin menghampiri..... takut yek!

    ReplyDelete
  10. kat rumah akak pun dah kena catuan air,semalam dan hari ini,nasib baik ada air tangki,masih dapat guna la utk kami anak-beranak,taska juga minta dibawakan air utk setiap anak 5liter...hahaha ikutkan je la kan,yg penting ada org nak jagakan anak2..

    ish nape tak teruskan je jual telekung tu, lama2 nanti ada la yg nak membeli tu...tp kalu takut tak terkejar susah juga ye

    ReplyDelete
  11. sibuk2 pun masih sempat nak up n3 yer...

    ReplyDelete
  12. Ehhhhh jgn ler kecewa dgn bisnes tu!!.
    Mari kita meniaga sampai jd BILIONAIRE!!!.
    Takpe.. klu skrg ni busy, tunggu pulak cuti sekolah.
    Ya ler, kita pun fhm priority Aisy tentu pada tanggungjwb yg dah sedia
    digalas kat sekolah kan..

    ReplyDelete
  13. saya pun tringin nak buat bisnes tp takut xmenjadi gak...hihi

    ReplyDelete
  14. oo Naim suka mandi... anak pompuan akak pulak jenuh nak marah sebab mandi tak berapa nak elok.. ala kadar. .kalau dimarah katanya ibupun mandi tak lama.. ha.. ha..
    tu sebab walaupun catuan air kat rumah akak dah sebulan tapi semuanya berjalan lancar semaupun tak suka mandi lama2..

    ReplyDelete
  15. Tiap kali ank masuk bilik air sy pesan suruh jimat. Sian anak2

    Laaa upload la gmbr telekungnya

    ReplyDelete
  16. Alahai, AN. Kenapa delete? Letak sehari aje mana cukup. Kena bertabah bila buat bisnes ni. Kalau cepat makan hati, susah nak maju jaya. Chewah, bukan main bagi nasihat. Perfecto. Bila kena kat muka sendiri baru tau... Tapi kalau masa begitu mencemburui, lebih baik fikir semula. Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Kita ni supermak tapi tak cukup power. Kerja pula memang infiniti sesaja. Air dah kena catu ya... Bertabahlah bila mandi tak basah ni ye... Errr, tak kelentang kelentung awal pagi macam orang tu ke bila air ada? Hahaha....

    Kalau sehari bolehlah. Kalau lebih daripada dua hari, pening kepala. Letaklah berapa tong nak, tadahlah banyak mana. Kita asyik rasa macam tak cukup aje... Sampai la ni kat rumah saya masih tadah air lagi walaupun catuan kali ni macam tak kena. Dah lama gak kita orang mandi kat taman tema. Maklumlah, bila air kena catu nantikan mandinya tak basah. So kenalah mandi bersungguh-sungguh bila air ada. Sila jangan tiru family saya ni kerana ini membantu mengurangkan air di empangan dengan lebih cepat lagi :)

    ReplyDelete
  17. liya pun dh lama gak tak mengupdate... hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1