Nasi juga pujaan
Korang dah sarapan? Makan apa? Pagi ni, awal pagi lagi saya dah bangun buat macam-macam. Mulanya saya taip surat sumbangan dengan penuh khusyuk. Bila Naim mula merengek nak donut, saya dah mula resah. Mana mama nak buat donut tetiba ni. Saya tawarkan dia benda lain, semua tak nak katanya. Dah tak macam sebulan pertama, sekarang Naim dah tak nak bersarapan sangat sebelum ke sekolah.
Bila tiga hero dah pergi, saya mula sambung kerja, tapi tak dapat nak khusyuk. Perut mula berbunyi. Tengok roti macam tak lalu. Akhirnya saya potong sayur kailan kecil dan goreng dengan cendawan. Makan pula dengan nasi semalam dan sambal belacan serta ikan goreng. Untuk sarapan ni, korang jangan tak percaya perut orang ni. Beberapa hari lalu beriya kata nak kurangkan makan nasi. Bukan apa, saya cakap nak kurangkan je, bukan tak nak makan langsung tau. Sebabnya masa naik 2kg berat tu, saya memang makan banyak kali. Di saat asyik lapar memanjang, 3 kali nasi dan dua kali menu sampingan pun masih boleh buat saya rasa perut masuk angin. Kan bengang tu jadinya. Memang patutla naim berat 2kg. Itu yang buatkan aaya beriya nak makan nasi sekali je sehari.
Lagipun dah dapat pengajaran masa hujung minggu yang lalu pasal tak makan nasi ni. Kisahnya, kami ke Cameron Highlands Sabtu pagi dan balik Ahad petang. Dua hari tu mula dari pagi Sabtu hingga pukul 5 petang Ahad, kami tak makan nasi. Bukan tak makan, tapi makan macam-macam selain nasi. Mulanya biasa je, tapi bila dah masuk petang Ahad tu mula rasa tak sedap hati.
Dalam kereta ada je biskut, ada strawberi dan limau yang kami makan dalam perjalanan turun ke Tapah, rasanya dah penuh perut masa turun dari Cameron Higlands tu. Tapi lepas singgah berehat di rumah Opah Naim, masa kami kembali meneruskan perjalanan nak balik ke KL ni, memang dah tak boleh tahan lagi. Saya dan suami memang tak tunggu sampai ke KL dah.
Kami berhenti di sebuah kedai dalam perjalanan tu, pastikan sesuai walaupun kali pertama makan kat situ dan mula pesan nasi. Tak pesan lauk pelik-pelik pun. Menu kami petang tu ialah nasi putih, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar dan sambal belacan je. Makan pada pukul 5.30 petang tu rasa seolah-olah dah dua hari tak makan. Habis licin benda dalam pinggan. Berdua je kami makan, dua Ahmad ni makan sayur je sikit dan minum air. Dalam kereta diorang sambung makan biskut selepas tu.
Antara menu yang dimakan sepanjang dua hari. Namun, nasi juga menjadi pujaan. Syukur, minta dijauhkan sebarang penyakit pada masa hadapan.
Assalam AN..sama la ngan acik..bila semua baju dah seluar dah mengecut..acik pun berazam TAK NAK MAKAN NASI.tapi perut tak mau terima rundingan..dia berkeras nak nasi jugak.
ReplyDeletelepas tu..ah..tak pe la..makan je la..buat apa nak diet2 bukan muda lagi..nikmati lah semasa masih hidup..itu kata hati..sabo je la acik AN.
Haha.. tak nak terima rundingan ya.. mmg perut melayu
Deletekena rajin mkn nasi dgn ulam...la plk...
ReplyDeletebetul...makan la sedp mcm mana pun..last2 nasi jugak yg dicari
ReplyDeleteTerbalikla kita Aisy... family saya pulak tak nak nasi... jadi nasi tu menu sampingan je, kalau tak semua org termenung je time makan... Nasib baikla saya pun dah boleh adjust dengan cara makan diorang (diorg terikut perut suami yg tak suka nasi)... Apapun makan nasi pun okay je, asalkan hidangan lengkap kan...
ReplyDeleteDua Ahmad tu mmg tak suka nasi juga.. mak ayahnya yang kena makan juga sekurangnya sekali nasi.. rasa tak lengkap kalau tak ambil sekali sehari
Deletenasi jugak pagi ni..nasi goreng...main campak2 ja...alas perut anak2 kesekolah..
ReplyDeletetak boleh kan kalau tak mkan nasik
ReplyDeleteakak ni peminat nasik kerabu plak tu, ehee :)
Eh...saya pun peminat nasi kerabu juga..masa remaja, kalau mak saya masak nasi kerabu, saya boleh makan nasi tu berulang kali...dasyat tul.. penah 3-4 kali makan tau..j
DeleteNapa dikecik2kan gambo yg tudung leopard tu?. Pemalu ea?. Hahahaha..
ReplyDeleteAda iras2 Tok T la Aisy dlm gambo tu.... pwewitt..
*menyebut psl mkn.... I skg tgh risau ni sbb utang posa blom ganti2 lg... (sigh).
Haha.. Tok T ya? Sebab tengok separuh. Kalau tengok gamba penuh pasti bukan Tok Ti lagi jadinya...
Deleteme too.. belum habis lagi ganti
Terkejut baca 'tiga hero' ... terlupa pulak pada PapaN yek :) Saya kalau tak makan nasi 2 hari aje dah rasa macam nak merangkak dalam rumah. Letih tak bermaya. Apalah yang sebab sangat nasi putih ni yek.... Orang selalunya masak sendiri memang tak terliur nak makan tapi saya sebaliknya. Bukan apa kadang-kadang tu HD tetiba nak diet lepas kita siap masak, mahu tak nangis saya sorang-sorang kena habiskan lauk pauk. Anak-anak setakat nasi putih + ayam/ikan goreng + kicap dah rasa haven sangat.
ReplyDeleteOh, pergi CH ya hujung minggu.... jeles I mendengarnya tau.... nak pack barang ler malam ni esok mak EL..gi bercuti :)
Haha.. mestilah 3 termasuk bapaknya sekali...
Deletesaya pun, tak payah lauk gah, ada lauk biasa tambah sayur sikit dan kicap manis, memang habis sepinggan...anak2 MD makan nasi kat rumah, senanglah gitu..lega pu lega diorang makan tu. Dua Ahmad ni bermusim, banyak musim tak makan. Haru jadinya masa nak pujuk makan..
betul ke esok cuti ni? Tengah minggu pergi bercuti, dasyat tu....
Ada ni hah kat pejabat : ) Bosses menyeru-nyeru nama hari ni sampai tersedak. Lupa plak yang kita tengah minggu aje memang tetiba banyak kerja. Tak leh nak 'window shopping' :D
DeleteHehehe... samalah dgn liya... cam ne pun msti nak nasi gak...
ReplyDeleteHihihi, nasi juga yang dicari.. baru perut rasa penuh, kan?
ReplyDeleteSama la kami satu family pun… kena makan nasi juga baru kenyang even dah melantak beberapa keping pizza….
Betul tu AN… mmg kena control makan nasi… bukan tak makan langsung, tapi sekadar isi perut…. kalau makan nasi tak ingat hingga kenyang dan bertambah lagi, berat mudah sgt naik…
Tulah.mdah masuk 30an ni mmg kena mula jaga dah.. tak boleh makan tak fikir apa2..sekali sekala takpe..
Deletesama macam saya..perut orang asia kan!
ReplyDeleteEh eh, dan dan cam awak lak.. bukan ke rumah u sekarang musim tak masak nasi? Diet katakan..
Deletesaya pulak naik 3 kilo.huhu.
ReplyDeletemsa pi ch melantak aiskerim, stobeli, blk kg siang malam mkn nasi.mkn lwat pulak tu lebih jam 8mlm.
cba hadkan makan manis n nasi.
acaner nk buat kak nasi adalah makanan ruji kita.hihi..
Cantiknya warna baju hijau awak dan Naim tu AN....Cantik hijaunya...Ohhhh...tak makan nasi makan ala ala Johnny le ni yeh....sedap jugak tu...
ReplyDeleteSama AN .....okje kalau tak ambik nasi dlm sehari pun perut rasa lain...loya pun ada hehe....walaupun dah makan macam macam...Ambik hotel apa?
hehe memang nasi jadi pujaan. tak dapat sehari memang tak senang duduk :>
ReplyDeleteperut org melayu kalau xmakan nasi sehari memang xsah.. berat bdan dh naik melampau akak. seluar pun dh xmuat. haih
ReplyDeleteakak tak sah kalau sehari tak dapat nasi,boleh ketar lutut dibuatnya
ReplyDeletensi juga jadi pujaan ye..nk wat cmna dah jadi makanan ruji kan..kklu nk turunkn badan bukan sbb nasi kan..kalori yg kita makan tu AN..eceh pandai nasihat org,yg sy ni do ketagih kek je apehal..pastu risau badan makin naik.hehe
ReplyDeleteSaya pulak lately ni makan nasi habis seperiuk sorang pun, still nak kena makan manis2 lepas tu. Haishhh sebelum ni mmg tak suka manis pun, need energy mungkin.
ReplyDelete