Sakinahlah arwah Sakinah

Saya tak tahu macam mana nak menulis pasal ni. Dari tengah hari tadi saya terfikirkan pasal ni. Nak memulakan ayat terasa serba tak kena.

Sebenarnya lepas makan nasi ayam Papa N tengah hari tadi, kami sekeluarga pergi ke Putra Perdana untuk menziarahi kawan yang baru kehilangan puterinya yang baru sahaja berusia 8 bulan 4 hari. Kawan saya ni, menunggu kedatangan puteri setelah mendapat dua anak lelaki, namun tak sangka hayat puterinya tak lama.

Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Saya terasa terkilan juga sebenarnya tak sempat langsung nak jumpa arwah Nur Sakinah ni. Sememangnya sejak 6 bulan dalam kandungan ibunya, arwah telah disahkan ada masalah. Saya dan Zilla sebagai rakan yang duduk di meja sebelah, sangat bersimpati dengan kawan saya ni. Selepas kelahiran arwah, banyak kali kawan kami ni kena bercuti untuk menjaga arwah yang banyak kali kena menghuni wad hospital. Namun, itulah, berat mata memandang, orang yang memikulnya pasti beribu kali lebih terasa.

Saya dan Zilla banyak kali berhasrat nak mengunjungi arwah masa beberapa kali arwah sakit sepanjang 8 bulan usianya. Beberapa perancangan pernah dibuat untuk menziarahi arwah bila dapati kawan kami ni tidak hadir kerana anak sakit. Namun, tak sangka langsung, sehingga arwah dikebumikan, kami langsung tak sempat nak menatap wajah penghuni syurga ni. Semasa saya dan keluarga sampai ke Surau Al Sakinah tadi, jenazah arwah baru sahaja siap dikebumikan. Inilah yang membuatkan saya terkilan.

Apa pun semoga damailah arwah di sana sebagaimana maksud namanya iaitu damai atau aman. Pemergiannya dalam tidur langsung tak disangka, menunjukkan perancangan Allah ni tiada dalam pengetahuan kita.

P/s : Arwah Nur Sakinah disahkan ada air di dalam kepala sejak dalam kandungan ibunya lagi. Sepanjang 8 bulan, arwah tak bergerak aktif sebagai mana bayi lain malah cuma terbaring di tilam memandangkan saiz kepalanya yang besar. Arwah pernah menjalani pembedahan untuk memasukkan wayar ke dalam bahagian kepalanya supaya air yang ada dapat dikurangkan.

KepadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali..

Comments

  1. sedih sangat jumpa zu tadi..Saya sempat tengok masa baby baru lahir..
    sekali tu je lah:(

    ReplyDelete
  2. Perancangan Allah itulah yang terbaik. Innalillah...

    ReplyDelete
  3. Moga dia membawa ibunya ke syurga jua kelak

    ReplyDelete
  4. innalillahiwainnailaijiroojiuun...Inshaallah,syurgalah tempatnya..

    ReplyDelete
  5. salam takziah untuk famili arwah
    moga mereka tabah hadapi ujian ini

    ReplyDelete
  6. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    ReplyDelete
  7. Innalillahhiwainnailaihirojiun....sedih dengar baby2 sakit ni.

    ReplyDelete
  8. Bidadrai syurga arwah nikan AN..... Moga ibunya tabah.... betul ibu mana yang tak sedih atas kehilangan puterinya, tapi perancangan Allah itu adalah lebih baik....

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah buat penghuni syurga ni! Mungkin itulah perancangan yang terbaik dari Allah buat dirinya dan ahli keluarga. Hiba rasa hati bila teringatkan yang pergi itu hanya anak-anak kecil walaupun tahu mereka ni bakal menjadi penghuni syurga.

    ReplyDelete
  10. semoga ibunya tabah menghadapi dugaan yg hebat ini.
    sekurang2nya dia berpeluang juga menjaga arwah selama 8 bln..
    kawan ofis ira, anaknya bertahan sejam shj slps dilahirkan.
    tp mcm AN ckp.. berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya..
    smga ada hikmah disebalik dugaan ini..

    ReplyDelete
  11. salam takziah utk keluarga Nur Sakinah…

    ReplyDelete
  12. innalillah
    salam takziah
    alfatihah

    ReplyDelete
  13. Innalillah..sayu hati..lebih kurang macam kes bos IbuNoey...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1