Komen yang menyentuh hati
Bila jenguk ke blog popular tadi, saya terfikir, saya pun ada perasaan berterima kasih yang sama. Cepat-cepat karang entry ni.
Terharu saya kerana luahan saya dalam entry semalam, dapat banyak komen yang membina dan memberikan semangat. Sedih hati saya semasa dua hari kejadian dan masa nak karang entry tu pun saya masih lagi sedih. Terbayang muka anak-anak, sambil tu doakan semoga hari-hari seterusnya dimudahkan urusan saya dan suami. Pastinya saya kena keluar sekolah selepas pukul 6.50 petang, dah kerja di sesi petang. Papa N, saya harap semoga lepas ni kerja akan cepat selesai dan dapatlah kiranya ambil dua beradik tu awal sikit.
Antara banyak komen tu, saya akan ambil tindakan dengan komen Miss Mirror.
Terharu saya kerana luahan saya dalam entry semalam, dapat banyak komen yang membina dan memberikan semangat. Sedih hati saya semasa dua hari kejadian dan masa nak karang entry tu pun saya masih lagi sedih. Terbayang muka anak-anak, sambil tu doakan semoga hari-hari seterusnya dimudahkan urusan saya dan suami. Pastinya saya kena keluar sekolah selepas pukul 6.50 petang, dah kerja di sesi petang. Papa N, saya harap semoga lepas ni kerja akan cepat selesai dan dapatlah kiranya ambil dua beradik tu awal sikit.
Antara banyak komen tu, saya akan ambil tindakan dengan komen Miss Mirror.
Kesiannya... bersabarlah menghadapi.
Kena deal dgn org taska tu utk simpankan
biskut2 atau roti (kita bwk dari rumah) supaya bagi bebudak tu makan
sementara tunggu Papa dia ambik.
Kena deal dgn org taska tu utk simpankan
biskut2 atau roti (kita bwk dari rumah) supaya bagi bebudak tu makan
sementara tunggu Papa dia ambik.
Betul juga tu, kalau minggu yang Papa N dijangka sibuk, kena sediakan satu tin biskut kering.. minta cikgu yang jaga tu bagi anak-anak saya dan kawan-kawan makan kalau diorang tak diambil lagi pada pukul 6 lebih. Kan? Kalau biskut kering pun, bila dah ramai-ramai tu pasti budak-budak akan makan je... semuanya jadi sedap je...Terima kasih Sam, memang bijak cadangan ni..
Perkongsian daripada Mila@Rimbun pun, saya rasa sangat terharu. Tumpang gembira dengan penyelesaian yang baik untuk masalah semasa Mila menguruskan anak-anaknya.
Doa banyak2 kepadaNya, moga Allah permudahkan urusan harian kita.
Masa anak masih kecil dulu pernah juga rasa down terpaksa ambik anak lewat, pernah doa sungguh2 moga Allah permudahkan. What happen lepas tuh dapat kerja yang agak dekat, dan agak kurang kerja di ofis, sharp pukul 5 dah balik, just nice jer dengan waktu anak balik sekolah agama, moralnya, kena percaya sungguh2 Allah akan bantu kita...
Masa anak masih kecil dulu pernah juga rasa down terpaksa ambik anak lewat, pernah doa sungguh2 moga Allah permudahkan. What happen lepas tuh dapat kerja yang agak dekat, dan agak kurang kerja di ofis, sharp pukul 5 dah balik, just nice jer dengan waktu anak balik sekolah agama, moralnya, kena percaya sungguh2 Allah akan bantu kita...
Geng MamaNaimNazif ni pun, juga menceriakan saya, komen yang dekat di hati. Memang meluahkan perasan saya masa mengalami kes ini. Awak, saya saja je lupa tulis.. hihi..saya ni, jenis kalut ni payahla, itu yang asyik kena marah sebab lupa...
Bila tengok macam tu memang rasa kesian sangat kat anak-anak. Memang sayulah hati ni kalau tengok reaksi anak yang dahaga perhatian dan kelaparan. Nak buat macamana AN. Hidup jadi mak bekerjaya macam nilah. Tak semua dapat dilakukan tanpa ada pengorbanan. Moga kita tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang demi anak-anak dan keluarga tercinta.
Kepada Knor, Rozita dan Acik Erna yang mengingatkan saya pasal AMANAH Allah ni, juga terima kasih ya... insya Allah, akan sentiasa saya panjatkan doa terbaik untuk anak-anak amanah daripada Allah ni...
Sesungguhnya, terima kasih kepada semua... Zilla, Kina, UmiAlya, Mar, Nina, Ct Nuraishah dan Tihara juga ..
Uhuk uhuk.... tersedak2 plak tetiba.. di pagi jumaat yg mulia lg tgh hujan ni.
ReplyDeleteRupa2nya namaku menjadi sebutan...
Thanks Aisy kerana menghargai cadangan itu.
Moga Allah mendengar doa Aisy, moga Allah permudahkan. Aamiin.
semua kata-kata semangat dari mereka itu betul..saya pon terharu bila tiap kali terpaksa pulang lewat kerana perlu menyiapkan kerja..dulu hampir saban hari pulang jam 8 malam (prijek tengah byk).sekarang ni, sanggup bawak balik keje x claim ot.janji keje siap.bila pulang lewat, anak pula bersama pengasuh, rasa bersalah dengan anak dan sentiasa berdoa agar anak dilindungi. bersyukur sangat2 dapat pengasuh yang baik dan memahami..
ReplyDeleteLajunya type entri, kalah minah Potamayo tu :)
ReplyDeleteAlahai, AN....gelak besar tak bersopan saya bila dipanggilnya blog picisan blog popular pulak. Manalah ada...in fact nak kopipes cam AN buat pun tak pandai...pecah rahsia blogger tegar kononnya...
Yalah, AN dalam hidup ni memang begitu kan, adakalanya di atas adakalanya di bawah. Pelbagai perasaan tu datang-pergi kadang-kala memang tak boleh nak dikawal :) Macam acik ni eh ah kak...(huhuhu...ngaku ah kak akhirnya...) sekejap lara, sekejap meroyan, sekejap gembira tak ingat dunia. Dah jangan sedih-sedih. Anak-anak tu buah hati kita, milik sementara kita makanya jagalah sebaik mungkin walaupun kadangkala memang siksa jiwa raga bila memikirkan mereka.
Alhamdulillah, komen yang tak seberapa ada inti pati tu dapat juga melegakan hati AN, tak banyak sikit pun jadilah. - tanggungjawab sebagai kawan-kawan alam maya :)
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.” (az-Zumar:10)
ReplyDeletekita saling berpesan kpd kebenaran..kan..
eh,nama akak pun glamer gak?sama2 AN..kasihmu ku terima..
ReplyDeleteInsyaa Allah AN kuat untuk menghadapinya..anugerah seorang ibu..hati mesti kuat
ReplyDeletebesar pengorbanan awak buat anak2,
ReplyDeleteinsha Allah besar ganjarannya, moga Allah permudahkan :)
alhamdulillah...ramai yg memberi idea bernas..
ReplyDeleteassalam aisy...hai la bizi sekarang sampai terlepas cerita apa ni? nanti jap lagi akak baca ye, apapun bertuah punya kawan2 yg sentiasa memberi sokongan kan...semoga segalanya dipermudahkan
ReplyDeletesama2 la kita, saling ingat mengingati dan saling nasihat menasihati :>
ReplyDeletealhamdulillah.dpt kawan blog yg sedia mendengar luahan hati dan membantu dr pelbagai sudut :)
ReplyDeletesmga dipermudahkan hendakNya..aamiin
kawan2 alam maya yg menyentuh hati semuanya..bila kita down,kadang2 kata2 semangat mereka byk membantu..sory sy dah terlepas keretapi..hehe..
ReplyDeleteAin, salam ain..InsyaAllah, Allah pasti ada membantu Ain dan hamba-hambaNya yang lain
ReplyDeleteDlm semua hal kena percaya dgn ketentuan Allah dan perancanganNYA afalah yang terbaik.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada sahabat yang prihatin yang sama2 memberikan cadangan dan pendapat.
ReplyDeletekadang2 mengadu di blogni ada juga baguihnyer.. ada cadangan dari kawan2 yang bermanfaat untuk kita juga...
ReplyDeletealaaa....i terlepas keretapi. I am pretty sure u all fine by now kan.
ReplyDeletekata2 semangat dr blogger memang membantu kan :)
ReplyDeleteUntung kitakan AN ada sahabat sahabat yg ikhlas memberi pendapat dan nasihat. Kadang tu kita mmg kosong betul sehinggalah baca pandangan mereka. Itulah perlunya teman dalam perjalanan hidup kita ni
ReplyDeleteSyukur..cadangan n kata2 semangat dr teman2 mmg amat berguna n mampu buat kita terharu.
ReplyDeleteInsyaAllah ...idea2 dan pendapat rakan2 akan menguatkan semangat AN...
ReplyDeleteSalam ain..sememangnya bila kita down kita perlukan kata2 semamgat dari kawan2 yg dekat dgn kita..
ReplyDeleteitu lah guna nya kenalan yg baik.. mmberi semangat dan membantu setiap masa :D
ReplyDelete