Rentung lagi
Terpaksa pinjam tagline MamaZir pula hari ni. Minta pinjam ya..bukan sengaja nak rentungkan roti pita ni, kalut pula pagi ni bila Nazif bangun awal. Semalam timbang berat dah jadi 47kg, terus rasa nak kurangkan makan nasi. Hihi.. kononnya kan.
Tengah saya menyiapkan sarapan dan kemas baju anak-anak tadi, Papa N turun sambil mendukung Nazif. Terus dihulur Nazif kepada saya. Nak mama katanya. Sambutla saya dengan penuh gembira. Si comel mama ni, kalau dia bangun awal, tak nak je dia duduk kat bawah pun.
Jadi, nak tak nak saya dukung Nazif sambil buat kerja yang perlu. Tetiba masa saya masukkan baju Naim saya terbau sesuatu. Bila pergi ke dapur, saya tengok roti pita saya dah hangus sikit. Padahal saya nak panaskan saja roti ni. Tapi, masa tu saya terbalikkan roti tu dan kembali mengemas baju Naim. Ingatkan dah ok masa saya tu tapi bila saya datang balik sebelah lagi pun hangus juga jadinya. Haha.. nak elak tak bolehla. Penyelesaiannya, saya bakar yang lain untuk sarapan Papa N dan yang hangus tadi saya sendiri yang makan. Solehah tak isteri Papa N ni? Hihi..
Pagi ni juga Naim guna kaedah psikologi supaya mamanya jahitkan tanda nama di bajunya. Malu.. saya jahitkan sehelai je baju dengan tanda nama Naim tu pada awal tahun. Baju lain, sampai ke sudahnya saya lupa nak jahit. Pagi tadi, Naim ambil nametag tu dan tampalkan dengan gam.. mau terkejut saya tengok hasil tangan Abang ni. Terus saya cari jarum dan benang, jahitkan nametag tu di baju Naim yang ni. Senyum dia bila saya siap lekatkan tanda nama tu. Ai, Abang ni, saja je tau.
Lega juga, kawasan rumah kami langsung tak terjejas dengan catuan air. Alhamdulillah tak perlu kami mandi atau memasak dengan air yang ditadah. Tapi, Naim pula yang mengada-ngada. Di hari taskanya kena catuan air, bila balik petang, dia tak nak mandi, sebaliknya nak tukar baju je. Tau apa dia kata?
" Mama, tak ada airlah. Kita tak payah mandi. Tukar baju je,".
" Mama, tak ada airlah. Kita tak payah mandi. Tukar baju je,".
Haha.. dia tak tahu sekolah dan di rumah tak sama.. rumah kita ada air, boleh mandilah Abang ooi..
roti pita hangus sikit dengan inti sardin untuk bekal kami ke sekolah dan ke pejabat hari ni. Kata nak kurangkan makan nasi ya, jadi tak salah saya makan roti pita sekeping dan bawa lagi sekeping untuk bekal di sekolah ya. Sedap walaupun hangus ya. Yang nak dibawa ke sekolah pun hangus juga sebab sengaja buat macam tu..
hihi..yg hangus tu ler yg sodapnya puan Nasiha ooi..!kreatif pulak si abang tu ye..
ReplyDeleterentungpun rentung le, janji sendiri makan..
ReplyDeleterumah kena catu air..
ReplyDeletetak ada apa nk mengeluh dah..
Hangus2 pun nampak sedap :-)
ReplyDeleteSalam kenal...
ReplyDeletekawasan rumah liya 2 hari ada air 2 ari tak ade air... :(
ReplyDeletehihihi same laa mcm lieya aisy nie...penah goreng nugget tapi terhangus sikit jee sebab ralit buat keje lain...nak buang sayang, kite jugak la makan...utk anak2 goreng yg elok sikit kan heheheehehe.....
ReplyDeletesedap plak tgk menu roti pita aisy tu...ye laa hari2 makan nasi bosan gak...ok gak kalo tukar2 menu kan......
alhamdulillah lega tak kene catuan air....
Hangus pun nampak sedap je...:-)
ReplyDeleteTak rentung sangat pun...rentung sikit jer tu....hehe
ReplyDeleteApa 47 kg dah tak mo makan nasi...kalau dah berat mcm OKje ni agaknya terus tak makan kot hehe....
Bagus Naim tu kan pandai psikologi...mentang mentanglah mak dia cikgu belajar psikologi jugak hehe Dia tak mo susahkan mama sebab dia tengok mama bizi tu
Nuffnang dah tak de yeh?
ReplyDeletepandai ambik peluang taknak mandi yer. Eh kita kita as isteri selalu macam tu kan, yang burok2 belen2 kita telan, nak hidang yang cantik elok jer kat tok laki, tapi macam tok laki ambe, tak pandang pun buruk lawa, dia telan cenggitu jer kadang2 sentap ai tau.
ReplyDelete47 kg ajek? Wah, sangat berat tu sampai tak mahu makan nasi :) Mana pulak penimbang kita nih ek... Dah lama tak naik... Bukan berat tak naik, kita yang tak naik-naik atas penimbang!
ReplyDeleteTakpa AN kalau rentung janji boleh makan. Tapi memang ibu-ibu mithali, yang rentung waima hangus terbakar abis memang milik kita, yang elok-elok sifatnya tu milik suami dan anak-anak. Aaaiiii alahai....memang besar pahala jadi ibu/isteri mithali nih!
okay lah tu..tak lah rentung sampai hitam... masih bolih makan tu..
ReplyDeleteada je alasan x nak mandi. hihi
ReplyDeletetak da la renting mana tu kak.boleh lagi kan..
kalau sy pon mkn jga sayang..
umah saya dh 4 hri xda air.huhu..
air tadahan makin susut
katanya catuan 2 hari ada air, 2 hari xd air..
hangus pon nampak sdap ain..:) hehehe
ReplyDeletehahaha hangus pun hangus la..
ReplyDeleteakak lg ringan dr nina rupanya.. hehehe.. hangus pun nmpk ranggup je
ReplyDeletehmm...hangus pun takpe janji sedap.. 47kg je...dah ringan la tu..
ReplyDeleteyg hangus tu yg sedap..tp klu rentung htam mmg tak lalu sy nk mkn.macam ni oklah..nk bagi suami mkn msti la yg cantik kan..sy pun sama juga padahal laki jenis tak kisah pun.dh namanya solehah ye tak..hehe
ReplyDeletekreatif naim letak gam..nk tak nak kena la jahit nametag dia..:)