Permintaan budak sakit
"Mama, Naim nak makan"
Permintaan Ahmad Naim selepas dia tengok kupon-kupon Dominos yang saya bawa balik dari sekolah. Papa N bagitahu yang seharian tadi Naim tak nak makan pun, cuma minum sahaja.
Dah lama Naim tak demam sebenarnya. Kali ni kena demam sampai tak lalu makan, sedih juga rasanya. Memandangkan dia nak, ingatkan nak makan banyaklah. Rupa-rupanya satu keping pun tak habis.
Tak pe sayang, nanti kalau Naim dah baik kita pergi beli lagi ye.. Kupon kita ada banyak lagi ni. Kononnya RM 20 yang dibeli ni boleh jimatkan sehingga RM490 duit untuk beli pizza. Tak kisahla, yang penting tadi kami dah dapat satu pizza saiz regular percuma.. kira dah dapat balik nilai RM 20 yang beli kupon tadi..
Ai, satu lagi pembelian di sekolah. Kan dah kata, orang jual apa pun kat sekolah pasti akan laku....
Siiiiian demam!. Demam nak pandai la tuh!.
ReplyDeleteanak tak lalu,mamanya yg tolong habiskan...
ReplyDeleteHaha...mmg pun....3 keping mamanya telan semalam....
Deletesian naim yeakkkk....dpt pun mkn pizza ...hepi org demam hah heheheeh...
ReplyDeletelieya pun minat dominos compare ngan pizza hut...lagi2 pizza banana kaya die tu...sedap gilos!
sian naim...cepat baik ye sayang...
ReplyDeletesedapnya dominos...sedap dan murah kan dominos ni...berbaloi2...
Itulah dikatakan mama kan Aisy bila anak nak makan kalau boleh terus nak bagi apa lagi baru baik demam tapi alahai sikit je...
ReplyDeleteDekat sekolah ni sebab apa Aisy nampak kawan beli semua pun nak beli itulah apa pun di sekolah memang budak akan beli..
Sian naim....
ReplyDeleteTulah tekak macam teringin agaknya tu An tapi nafsu tak de tu yg tak lalu tu....
Lama tak pekena Domino ni asyik pekena Pizza je kan..
Naim...aunty pun demam... nk pizza sikit =)
ReplyDeleteDia nk mkn tu dah syukur kan
ReplyDelete