Kembong

Entah nak kata kena gastrik atau kembung perut petang tadi. Saya mula rasa kembung perut sejak pukul 4 lebih. Masa tu saya tengah mengajar di kelas yang paling menguji kesabaran saya. Dalam hati memang terasa gera, tensen dan tak tahan sangat nak menghabiskan masa 110 minit..

Itu yang pada mulanya saya ingatkan saya mungkin dapat gastrik sebab terlalu tertekan. Jadi, saya buat tak tahu ajalah. Ajar macam biasa walaupun perut rasa tak sedap dan mula rasa angin memenuhi perut. Dalam hati berkata mungkin nanti dah keluar kelas akan baiklah jadinya..

Tapi, sebaliknya yang berlaku. Makin lama, makin terasa kembung perut, berangin dan banyak kali saya sendawa. Menjelang masa nak balik paling tak tahan. Rakan lain tegur pun dah tak berapa nak layan.. masa tengah memandu pula makin mencucuk rasa sakit dalam perut. Hampir saya nak berhenti sahaja di tepi Lebuh Elite tu tadi. Namun sempat juga sampai ke rumah dengan selamat. Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga setelah sejam setengah berada di rumah ni sakit mencucuk, angin dan kembung mula hilang. Saya dah makan nasi, minum eno halia yang sedap tu dan Papa N tolong urutkan.... ngeri tul sakit dalam perut sampai terasa tak boleh nak berdiri tegak....menyusukan Nazif tadi pun cukup mencabar rasanya....

Comments

  1. Makan apa kat sekolah tadi sampai kembung2 ni?.
    I kalau makan nangka atau keledek mmg cepat
    kembung sejak tua2 ni.

    Kat handbag mmg selalu I sediakan actal utk saat2
    kecemasan. Itu je la cara nk hilangkan kembung
    perut... klu I la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada makan yang berangin pun rasanya.. pagi makan mee goreng n nasi aym tghari... mungkin sebab kul 3 lbh tu dah kembali lapar dan tak sempat nk cari makanan..tu yg jadi berangin

      Delete
  2. bertabah AN mengajar hampir dua jam ngajar budak2...
    mmg sakit bila kena gastrik angin... moga cepat baik....

    ReplyDelete
  3. ish lamanya masa..kesiannya..ada tersalah mkn tu.maklumlah br lps bersalin banyak lagi pantang larang.

    ReplyDelete
  4. silap makan agaknya.... jgn tahan kentut....

    ReplyDelete
  5. Kalau sakit perut yg tak boleh menahan tu boleh berpeluh2 jadinya An...Perut kosong tu angin dah masuk!

    ReplyDelete
  6. siannya Aisy..lama tu Aisy bertahan..drive sendiri pla tu..sy pn pernah kena sakit pertu sampai ras nak muntah..pening rasa nak pitam..

    ReplyDelete
  7. Mmg Kalu kembong kite tak Selesa kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1