Nazif ooo Nazif
Alhamdulillah.. berakhirnya satu malam yang sya rasa sangat panjang. dah masuk pagi Isnin pun.
Malam semalam, Nazif entah apa tak kenanya. Kuat betul dia menangis, dah kategori meraung, dengan air mata air hidung semua pun keluar. Saya dah sapukan minyak ke perut dia. Takut kembung perut ke apa. Tapi dia tetap menangis sampai dah tak tahu nak buat apa. Menangis je. Tak nak menyusu dan tak nak main pun dari pukul 9 lebih.
Hampir nak bawa dia ke klinik dah sebenarnya. Dah pasang ayat-ayat Al Quran sama pun dia masih lagi sama. Hampir pukul12.30 dia mula tunjukkan tanda nak tidur, mula nak menyusu. Legalah.
Pukul 3.40 pagi, Nazif terjaga , apa lagi sambunglah menangis. Bila dipasangkan bacaan 3 kul dan azan, dia kembali tidur. Berkali-kali juga dia terjaga antara kul 4 hingga subuh pagi ni. Mujur boleh lena kembali dengan ayat ayat suci yang diperdengarkan.
Agaknya apalah sakit Nazif ni. Kena kacau ke? biasa dia tak macam ni.. Mama bawa ke klinik nanti ye...
assalam AN..kena bawak jugak klinik dulu..apa kata doktor ..
ReplyDeleteanak meragam waktu mlm mmg seriau..akak mmg fobia..hihihii..tapi ayat ayat suci mmg kena baca n hembus kat dia...
ReplyDeleteItulah... pasang ayat ruqyah n 3 kul di ipad n hp sekali
Deleteelok perdengarkan ayat Ruqyah kalau anak tiba2 menangis waktu malam.
ReplyDeleteboleh rujuk entri ni : http://www.ciklaili.com/2012/07/ayat-ayat-ruqyah.html
Ada kami pasang ayat2 ruqyah juga semalam...
DeleteTakut dia terganggu atau tak sihat
ReplyDeletePsst sy beli acuan bear dkt katalog homelife membe jd dealer
Hurm... aritu kami pun pasang utk Aleesya. Dr maghrib sampai esoknya dia nangis
ReplyDeleteItulah..budak2 ni kalau nangis kita tak tahu dia sakit ke apa kan. Dengan bacaan aayt quran sahajalah penenangnya
DeleteOwh sama la JJ last 2 weeks, satu malam tak tidur kejap2 jaga I dah buat semua baca itu ini, offer itu ini siap kena lempang la ngan I sebab kot2 dia tak sedar diri kan. hahaha rupanya2 nak demam.
ReplyDeleteHaaa...sian JJ kena lempang... ni mesti macam nazif semalam..lama sangat buat pasal sampai papanya naik angin... naim pun sama, dia bangun dan lempang nazif yang tengah nangis tu...mujur slow je
DeleteHehe..kelakar si MJ melempang JJ hehe...tp kalau semua tak kena mmg naik angin jugaklah...kalau OKjelah hehe
DeleteHaa... kalau dah serba tak kena macam2 boleh jadi.. saya pun naik angin juga
DeleteHahaha takder la, kadang2 dia macam ngigau, dah cakap hembus elok2 pun tak guna,lempang jer yg menjadi. At least dia menangis sebab kena lempang, pastu tidur. Tapi yg baru2 ni mmg rasa bersalah la sebab dia demam. huhu
DeleteAnak sedara Okje masa dia kecik selalu gitu AN.... kalau balik malam sikit je nanti dia nangislah tak boleh tidur....ada yang ngusik kot...Selalu ke gitu?
ReplyDeleteRasanya setakat 14 bulan nazif ni.. ni kali ketiga kot dia menangis kuat macam tu. Masa dua kali sebelum ni kebetulan opahnya ada.. dah lama sangat nangis, opah naik atas. Ketuk bilik kami dan dia ambil nazif..pujuk, mengaji dan tidur dwngan dia..
Delete