You and I memang tak ngamlah

Rasanya sampai di sini sahaja perkenalan kita ni. Lain kali kalau kita diketemukan lagi kat mana-mana, bolehlah kita bertegur sapa tapi kalau dengan tujuan nak bermesra macam sekarang tak bolehlah rasanya... 

Sekurang kurangnya itulah yang I rasakan sekarang ni. Memang I dah cuba nak sesuaikan diri ini seadanyanya dengan keadaan you, tapi keadaan semakin tak mengizinkan. Kalau akhirnya memudaratkan diri I ni, ramai yang nasihatkan I supaya berundur diri saja. 

Memang I tak nafikan yang You memang hebat, bila tak jumpa I jadi teringat- ingat. Walaupun usia perkenalan kita ni tak lama, I memang akui You memang hebat. I memang kena akui I suka You.. Tapi, demi kesejahteraan masa hadapan I, nampaknya setakat ini sahajalah hubungan kita ni.
Tolong maafkan I ye...

.............................................

Ayat ayat cinta yang saya karang ni adalah demi minat baru yang terpaksa dilepaskan.. 
tak sesuai nampaknya saya dan kopi (You).
Sejak saya suka minum kopi ni, saya memang selalu kena sakit kepala.
Memang tak tahanlah, macam ni, banyak kerja jadi tak siap.
Lepas dikaji kaji, betul juga kata Kak Intan, mungkin kopilah penyebabnya.
Jadi, setelah cuba bertahan lebih tiga minggu, memang asyik sakit kepala je jadinya, maka kenalah jauhkan diri dari kopi ni...

Pagi semalam pun sama, sampaikan saya tidur siang tiga jam walaupun berada di rumah mentua. Dah sakit kepala lepas makan sarapan pagi tu, apa nak dibuat, kan? tidur ajelah dengan Nazif..
Bangun je dah pukul 1.18 pm, baik tul menantu ni...
Mentua dah siap masak makanan tengah hari. Biras dan sedara ipar semua sedang bersembang di
ruang tamu. dengan selamba saya tolong hidang ajelah...

Menu tengah hari semalam, yang saya tolong hidangkan, sayur campur 12 jenis sayur....


Comments

  1. Sedapnya makan sayur mewah mcm ni. 12 jenis! Nasi kalau tak bersayur memang kurang sedap. Tapi, tak pernah sampai 12 jenis. Hihihi. Tetiba perut berbunyi lapar.

    Saya pun dah lama x minum kopi. Rasa nk minum. Suka. Mmg suka. So far ok. Lagipun time minum dulu, mmg secawan je sehari.

    Sekarang ni kawan baik dengan milo. Bff =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, maklumlah Temoh, dekat je dengan Cameron Highland, banyak stok sayur... kalau kat KL sana, tidaklah juga nak bli banyak macam ni...

      bestla MA macam tu, agaknya macam saya ni sebab baru nak try, tu yg buat ja di sakit kepala..nati dah bersalin, boleh minum kopi balik ye....

      Delete
  2. Bestnya jadi menantu kalau cenggitu AN.....hehe

    ReplyDelete
  3. Lupa lak nak komen pasal kopi....so nampak gayanya lepas ni agak agak kurang rajin nk tolong masak kat rumah mertua, minum kopi satu muglah haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Nape okje bagitahu kat public ni, lain kali kalau nak buat lagi, orang lain dh tahu la rahsia saya... Hihihi

      Delete
  4. Bestnya Aisy dapat makan sayur banyak macam ni... teringin nak rasa, tapi org rumah ni bukan kaki sayur... Ehh.. Aisy ada migraine ke? Memang coffee, chocolate & cheese antara mknn yg boleh trigger migraine ni... suami saya migrain teruk, dulu every 6 mths ada rutin check up.. tapi dia kalau minum kopi biasa (kopi kampung) tu ok aje, jgn yg instant or ekstrak mcm nescaffe, indocafe & seangkatannya tu... hehehe

    ReplyDelete
  5. kalau instant memang sakit kepala ain..kak intan baru ni try makan kopi instant cap apa ntah..huh, 2 hari sakit kepala...nyut2!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?