Musim semua nak tiru adik

My dear Ahmad Naim ni, kebelakangan ni kembali tunjuk manja dan gelagatnya betul betul mengingatkan saya pada ketika dia mula dapat adik bulan Ogos tahun lalu.. Macam sama je perangai dia sejak dua minggu ni..Tingkah laku dia yang banyak nak tarik perhatian saya ni, serta cuba mengatasi adiknya memang ketara..

Cuma bezanya kali ni, adiknya dah sedikit besar, dah mula nak melangkah sendiri pun, situasi jadi sikit berbeza. Si adik menyusu, dia pun minta dibuatkan susu.. Sebab adik sedikit besar sudah, kalau bersesuaian masanya, saya letakkan dulu Nazif dan bancuhkan susu formula untuk Naim ni. Kalau adik ni saya riba pula, ada masanya selamba je Naim pula tolak adik dan dia pulak yang gantikan tempat adik tu. Sebab adik dah sedikit besar dan terror dah bangun sendiri, maka Nazif pula yang berdiri kat tepi saya sambil sebelah tangan masih berpegang, ada masanya dia tengok je gelagat abangnya...Sabar je lah dik ooi, sian abang ni tak cukup masa bermanja..

Permainan yang adik pegang, dia pun nak ambil yang sama untuk main. Kalau adik makan biskut, pernah juga dia rebut dan makan biskut tu.. ai, budak bertuah ni.. memang semua nak ikut apa yang adik buat.. adik merangkak pun, dia ada juga tiru merangkak macam adik.....

Haha, itu tak tengok lagi, masa diorang nak tidur. Nazif ni sah sah la akan tidur dengan upahnya. Abang Naim yang tak menyusu badan pun, tak nak biar macam tu je, dia akan ambil peluang nak tidur berhimpit tepi mamanya... Ada masanya rapat betul dia sampai tangan saya nak usap kepala dia pun rasa terhimpit... Lagi satu, kalau dihantar ke taska, adik kena hantar dulu, dia pula tunggu je kat dalam kereta, nak juga dihantar sendiri oleh mama, tak nak jalan sendiri macam masa dihantar oleh papa.. 

Ai, tak pe sayang...Moga moga fasa ni cepat berlalu.. Mungkin juga sebab kedua dua anak saya ni dalam minggu ni agak kurang sihat kerana hidung berhingus yang menyebabkan diorang meminta lebih perhatian, kan? Lagipun, gelagat budak budak ni memang berubah-ubah, kan?

Comments

  1. hihi..macam kembar pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betul juga.. Mcm manalah orang yg beranak kembarjaga anak2 pada masa yg sama, kan?

      Delete
  2. alorrrrrrrr comelnya 2 beradik tu

    ReplyDelete
  3. hahaha...ai dah rasa..memang menguji vokal betul lah...hati..kering kan ajer...n until now pun sonetimes episod tuh akan berulang... moga cikgu bertabah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg menguji ketabahan jiwa cik azue ooi..
      akan berulang ye.. Hoho ho

      Delete
  4. Naim nak tarik perhatian tu.

    ReplyDelete
  5. Agaknya ada satu lagi adik yg bakal keluar kot hehe...tu yg jeles semacam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.....no!! tak lah okje, belum lagi setakat ni....tak de plan lagi nak tambah ahli..

      Delete
    2. Laju je jawab No tu hehe

      Delete
  6. haa memang fasa minta extra perhatian abang nyer ni.. mama nyer kena layankan jer la. Sekurang2 dia tunjuk affection dia kan, takder la duk menung menyendiri kat penjuru. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nas, setakat ni rasa lega dia asyik ada depan mata... mmg mengekor je ke mana mama dia ni pergi...

      Delete
  7. nak minta perhatian tu hehe..sama mcm yusuf la Aisy..Maryam merangkak dia pn ikut merangkak hehehe

    ReplyDelete
  8. Hihihi.... seronok nk perhatian. Nk uji mama dia sayang sapa lebih.... penat kan? Harap2 fasa ini cepat berlalu

    ReplyDelete
  9. memang mcm tu kot,kdg2 diorng pun nak perhatian, sbb mgkn terasa mama lebihkan adik kot.

    ReplyDelete
  10. hahah…best baca entry ni ain,..terhibur akak..pastu duk imagine sorang2 gaya naim tolak adik pastu adik bangun sambil tgk gelagat naim..cian nazif..hahah…

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?