Selepas empat bulan

Korang dah tengok filem Istanbul Aku Datang ke belum? Entah apa istimewanya filem ni, semalam berjaya saya tengok sehingga habis filem ni.

Kami tengoknya kat umah je. Papa N download daripada internet sebab isterinya yang suruh. Nak keluar tengok wayang dengan anak kecil memang tak adalah.

Bangun pagi tadi sempat saya terfikir yang sejak ada anak dua ni, dalam empat bulan ni rasanya tak ada lagi drama atau filem yang saya tonton sampai habis. Biasanya separuh jalan je. Bahkan drama korea kegemaran saya pun banyak yang saya tengok sambung-sambung, mujur ada PVR. Bukan juga saya ni peminat Lisa Surihani atau Beto Khusairy.

Menarik filem ni mungkin jalan ceritanya yang sesuai dan macam comel. Sambil gelakkan fesyen pakaian Lisa, seronok tengok Lisa meluahkan masalah dia dalam blog.. Tapi bahagian yang Lisa berputus hubungan dengan Tomok tu paling rasa tak boleh diterima. Baru sekejab putus kasih yang dah bertahun-tahun, boleh pulak terima cinta lain.. Tapi cerita, sudah tentu nak kesudahan yang baik untuk penonton gembira..

Comments

  1. Tapi dia tak pilih tomok pun kan..last dia amik beto jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut dia terima beto...tomok curang...

      Delete
  2. akak tak tengok lagi..pun dah lama tak tengok wayang,susah nak pegi dgn anak kecik ni,takut mengganggu org lain pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak..dua hero ni nanti berkungfu dlm panggung kan payah lak.. Akak download je drp internet. Best citer ni.

      Delete
  3. wak pon X tengok jugakk.. aHHks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, apa lagi..wak ajak isteri n tengok sama2

      Delete
  4. salam, puteri belum tgk cerita ni.tp betul lah,mmg klu cerita akan happy ending.lisa nmpk comel dgn watak tu.teringin nk tgk

    ReplyDelete
  5. dah tengok dah,siap pi tgk kat pawagam
    ade kisah cinta mcm tu, skjb jea boleh jatuh cinta dengan org lain. tu la di namakan jodoh..hehe
    bertahun bercinta pun tak semestinya jodoh kita kan :)

    ReplyDelete
  6. tak tengok lagi..x tau nak komen apa..hehe..

    ReplyDelete
  7. mm..dah tgk. satu perkara yg sy perasan filem2 keluaran ReD Communication, semuanya ada back up dan happy ending. kan? cuba tgk pisau cukur dan gol n gincu.. sama mcm istanbul aku dtg. tp in real life, mmg takde yg secepat tu kan..? hehe..sekadar berkongsi pendapat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, kita sama pendapat
      .. Betul kan? Kejab betul lisa boleh berkenan dgn beto ...patutnya walaupun frust dgn tomok, kenalah amik masa nk terima org lain.. Konon dh kenal tomok sejak zaman sekolah lagi, sanggup pergi istanbul sebab tomok..
      Ai..part lain mmg dh best kecuali ni je..

      Delete
  8. tak berkesempatan nk tgk cerita nie lg....

    nota: Masa kt UUM dulu Sue duduk kt KOlej Proton dr sem 1 smpai sem 6

    ReplyDelete
  9. saya tgk dh citer ni..sweet jer lisa n beto

    ReplyDelete
  10. Tak bpe minat lak cite2 cemni . hoho.

    ReplyDelete
  11. tp mmg geram tgk watak tomk y curangsss 2 kan...hihi...sy pon suka tgk fesyen lisa y comel2 2...hihi

    ReplyDelete
  12. salam
    anak2 akak pun tgk kat rumah..donload ja...jgn harap le nak keluar tgk wayang hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?