Berhutang tapi malas bayar

Terfikir nak menulis tentang berhutang ni selepas membaca Kosmo Online tadi.. Kalau ikut kenyataan Kosmo tu, ramai anak-anak muda yang jatuh bangkrap sebab berhutang dan tak nak bayar. Korang tahulah kenapa, sebab hutang kad kredit, kan?

Kalau ikutkan nafsu semua pun nak beli, semua pun nak ada, kan? Tapi, kenalah ikut logik juga. Kalau tak mampu kenapa nak bersusah payah sampai kena berhutang dan tak mampu bayar. Yang susahnya diri  sendiri juga..

Itu statistik yang kita boleh nampak..Yang tak nampak sebenarnya banyak lagi.. Kalau pinjaman wang yang melibatkan rakan, ada masanya sampai bermasam muka dan  tak baik hubungan pun sebab masalah tak nak bayar ni. Bahkan ada yang berhutang wang dengan ahli keluarga tapi sampai hati tak nak bayar lalu menyebabkan hubungan kekeluargaan jadi tegang.. Kesian kan? Tak faham pun ada juga kadang-kadang.. Dengan rakan sendiri atau ahli keluarga, sanggup tak nak bayar wang yang dipinjam..ai, macam-macam ragam manusia ni..

Kalau saya sendiri, pengalaman bagi pinjam duit kepada kawan yang kononnya pada waktu tu dia ni sesak sangat, perlu sangat guna duit, tapi akhirnya dia tak ingat nak bayar buat saya sampai sekarang berwaspada bab bagi orang pinjam ni. Seingat saya dia cuma bayar separuh je dari jumlah yang dipinjam tu..Tak apa lah, sebab dah lama, saya jadikan pengajaran kepada diri sendiri..

Comments

  1. saya berhutang dgn ptptn..hehe

    hutang dgn abah ada jugak..ye la..dapat offer interim hari tu, mana ada duit kan...tiket flight, makan terpaksa la loan dgn abah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..yg ptptn tu biasa, jgnlupa byr bila dh posting nati.. Dgn abah tu, hehehe...

      Delete
  2. assalam AN..kalau acik bila kena macam tu..nak mintak pun segan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan....kita yg bg pijam tp kenapa kita lak nak kena mitak..dia sdiri kena tahu la

      Delete
  3. salam aisy nasiha
    Pd tirana aduka ..yg penting niat..kalau x de niat kompom x terbayar..kena ingat lima sblm dtgnya lima..tu petua ta...masing2 dah matang..perlu di ingat
    DISANA DUIT DAH TAK LAKU..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduka,, saya ingat org yg mcm ni pikir nk senang diri dia je...org lain susah xkira dah.

      Delete
  4. kalau tak mau byr jgn la berhutang kan...muda2 lg dh muflis...nie tgh pk hutang ngan PTPTn n loan umah bila la nk settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..mujur saya takda loan ptptn...tp loan umh, entah bila la nak settle...

      Delete
  5. nik kalau blh nak elak dari berhutang, takut tak dapat nak bayar
    setakat beli perabot tu, simpan dulu duit baru beli.

    kalau yg mmg kena hutang tu, tak blh nak lari la.mcm beli umah or kete.kita bukan kaya nak beli cash kan..hehe

    ReplyDelete
  6. Jahatnya org tu..pinjam banyak langsung taknak bayar... Smoga Allah bagi dia keinsafan nanti.. Mana tahu dia cari semula utk byar nanti..

    ReplyDelete
  7. Kakak susah nak bagi pinjam pada org selain keluarga. Tapi keluarga pula tak pernah pinjam. So senang kata kalau nak pinjam kakak susahlah nak dapat. Tapi kalau kakak bagi bermakna bukan pinjamlah tu - terus bagi sebab tak banyak.

    ReplyDelete
  8. fuh x suke org macam nie
    dah lah kita pu jenis x der duit sgt ..
    dpt kawan macam nie huhuhu
    akk kalau pijam , jarang pinjam ngan kawan2 nie
    selalu ngan family lah ;)

    ReplyDelete
  9. betul tu aisy..dgn family pun mcm tu,en.azmi akak tu la pemurah orgnya,semua org minta dia nak bagi,last2 masa kami susah dulu xder sapa pun ingat..bila tny bole buat citer lain pulak,nak sambut raya lak maa tu..sedih3..

    ReplyDelete
  10. mmg klu org nk pinjam duit kt kite plg utama kite ingat org tu leh byr blk ke x?

    ReplyDelete
  11. Berhutang ni susa kan
    kena selesaikan semuanya skali kalau tak nnt kita plak kena soal kat sanee .


    Tgh pk ni hutang dgn PTPTPU .. T-T
    harap dapat lar selesaikn semuanya lepas abes blaja nnt.
    eh . lambat lagi =.=

    ReplyDelete
  12. Saya takut bab hutang..siyes takut.tp geram bab org pinjam tp wat2 lupa xmo byr.ok,klu ratus2 leh halal lg.klu riban2 ni ampun... Saya x larat nk halalkan.sbb dia janji kata nk byr ni dah bertahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknya LM bagi pinjam.. smoga Allah berikan balasan yg setimpal utk org2 yg jahat hati mcm ni ye..

      Delete
  13. sebut psl hutang, tiba2 sy tingat kwn hubby sy nk pnjam duit dgn hubby, hubby gtaulah sy kan... sy ni dah gtau hubby, alasan yg org tu bg mcm x logik.. tp time tu hubby dh bg lah duit kat org tu..

    smpai skrg xbyr2.. dia jumpa hubby buat cam xda pe2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, sian hubby ina ... mcm saya n bebrapa rakan kita kat atas tulah.. takpe, dh terkena ni, kita boleh beringat dn takkan semudahnya bagi pinjaman lagi nati..

      Delete
  14. Ada org, bila nk pinjam bulan main lg. Time nk bayar, liat. Mcm kita ni pengemis pulak. Pakai bukan main vogue. Jln2 oversea. Hutang xleh byr... rasanya bukan x mampu. Tp mmg jenis xnk byr

    ReplyDelete
  15. serba salah kita kan...kekadang makan hati..nak mintak kita opulak yg segan...yg berhutang tak segan pun..

    ReplyDelete
  16. hati2 kalau berhutang dan memberi hutang..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1