penangan nasi lemak.

Ai..korang buat apa hari ni?
Kononnya kami empat beranak nak pergi jalan-jalan ke Taman Tasik Cyberjaya pagi tadi. Semalam dah buat rancangan baik. Pagi beli sarapan nasi lemak tepi jalan je dan pergi makan kat sana. Tapi bila bangun pagi tadi Papa N ajak makan nasi lemak di Alam Megah.. Dapat nasi lemak kat kedai, dua orang makan tadi RM 13.50, apa lagi mengantuklah jadinya. Kalau ikut plan asal, beli nasi lemak siap bungkus yang RM 2 tentu tak jadi macam ni, kan?

Kononnya lepas balik makan nasi lemak, nak singgah ke rumah sekejab ambil stroller yang terlupa tadi terus tak jadi keluar sampai sekarang.. Terpaksa tidur tadi sebab mengantuk betul rasanya. Memang jarang saya makan berat pagi-pagi. Selalunya makan roti dengan air dan kalau makan nasi goreng pun ciput aje kuantitinya..

Ni kena tukar plan lah nampaknya. Kena tunggu masuk waktu zohor dulu baru keluar. Nak beli seluar track untuk Naim. Isnin ni taska Naim buat sukaneka.. Macam dah besar lak, taska pun ada aktiviti macam ni. Mamanya lak yang excited lebih, siap tanya cikgu Naim, boleh tak mama datang tengok...

Comments

  1. Kalau boleh dtg, mestilah nak dtg.... Best tu dpt tgk anak kita participate :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, sementara saya tak kerja lagi nimmg ingat nak datang tgk.. Harapnya adik Nazif tak buat hal time tu.

      Delete
  2. dasyat penangan nasi lemak tu kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..mmg dasyat..boleh lak tertidur hampir dua jam tadi..

      Delete
  3. seronoknya...nasi lemak sedap kan..kadang2 bila diet pon jadi terbabas..bestnya bawak anak2 jln2 kuar..bila la nak merasa macam tu..uwaaaaa

    ReplyDelete
  4. Sorry..reply msg td fail pulak.
    akak pg imegresen td online kejap je..
    Tu dia penangan nasi lemak..
    Oh nak jln2 ye best tu

    ReplyDelete
  5. so, cikgu kasi tak mama tgk? masa Irfan dulu, sempat tgk gambar2 yg cikgu ambil jer... tu pun dah terlebih rasa excited.... kalau dapat peluang tu, pergi tau! mmh best tgk anak2 kecil main sukaneka :)

    ReplyDelete
  6. makan nasi lemak mengantuk lej jawabnye kan.. salam kenal :)

    ReplyDelete
  7. penangan nasi lemak. sampai boleh mengatuk mcm tu yea

    ReplyDelete
  8. hehehe..penangan nasi lemak sampai tak jadi plannya..
    nasi lemak sedap..salah datu kesukaan hati..:)

    ReplyDelete
  9. Fuuhh, dasat penangan nasi lemak :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?