Janganlah buat orang lain jadi tak ikhlas

Janganlah buat orang lain jadi tak ikhlas menolong kita....

Hidup kita ni kalau tak berkaitan dengan orang lain agaknya boleh tak? Mustahil rasanya dalam kehidupan kita seharian ni kita sorang je, orang lain langsung tak terlibat, kan? Bila melibatkan orang lain, selalunya akan ada tolong menolong, kan? Adatlah tu, sebabnya kalau seseorang tu SuperMom atau SuperBos sekalipun, dia tetap perlukan orang lain untuk melakukan urusan yang lain..

Semalam, memandangkan saya mula puasa ganti, Papa N bermurah hati tolong memasak makanan untuk berbuka puasa. Walaupun makanan tu siapnya pada pukul 7.35 malam, tak apalah kan, yang penting dapat juga makan tu.. Sebagai balasan terima kasih, bahagian kemas saya pulak yang buat. Kemudian, urusan anak-anak pun saya juga yang buat semalam.

Nampak tak? Adat meminta pertolongan orang lain. Janganlah kita mengada-ngada contohnya komplen tak sedap ataupun nak minta yang macam-macam. Semalam masa suami tanya nak makan apa, saya cuma jawab terpulanglah apa yang mudah dimasak. Kalau saya nak mengada-ngada tentu dah pesan suami masak yang bukan-bukan. Tak ada pula saya komplen yang makanan lambat siap.

Kadang-kadang saya tak faham, ada orang yang beriya-iya semasa nak minta pertolongan daripada orang lain. Tapi, gaya meminta tu macam dia pula bos yang mengarah. Bukan aje nak orang yang diminta tolong tu buat sesuatu ikut sesuka hatinya, malah siap komplen macam-macam yang tak kena. Pelik betul. Lagi geram pula, langsung tak nak ucapkan terima kasih selepas selesai urusannya. Payah ke ungkapkan dua patah perkataan tu? Mementingkan diri sendiri betul, kan? Kalau kena macam ni, kita yang mula-mula ikhlas nak tolong pun boleh jadi tak ikhlas...saya betul tak?

orang macam ni, lain kali kalau minta tolong lagi, belum tentu saya akan tolong....

Comments

  1. sabar ja la Aisy..memang ada orang akan macam itu..
    minta tolong tapi ucapan penghargaan tidak ada..apapun sabar ja..next time nanti dia trkena jg

    ReplyDelete
  2. Memang pun ada orang macam tu, saya pun dah biasa kena, redha jelah..Yea perkataan terima kasih tu sangat penting dan sangat dihargai!

    ReplyDelete
  3. Salam..setuju dengan awak.puteri kalau minta tolong mls nk cerewet.dah syukur sgt dah org nk bantu

    ReplyDelete
  4. Usah kata org lain andai anak kita buat pun tak salah kita ucap terima kasih dan puji.

    ReplyDelete
  5. betul,
    nak mintak tolong tu tak salah
    tapi biarlah kena dengan adab dan kesanggupan :)

    ReplyDelete
  6. memang ada yg berat mulut sgt nak ucap terima kasih, tak tahu menghargai namanya tu

    ReplyDelete
  7. ramai org susah ucap tima kasih sekarang ni...tak tau lah kenapa, agaknya budaya terima kasih dah pupus agaknya....huhu...

    ReplyDelete
  8. betul tu..nak minta tolong pun ada caranya kan

    ReplyDelete
  9. masa nak minta tolong kita, lembut gigi dari lidah tapi masa kita perlukan bantuan pula, HARAM nak dibantunya, geram tak??

    ReplyDelete
  10. nak mintak tolong tp tak kena gaya...mmg pantang sue...jgn harap nk tolong org tu

    ReplyDelete
  11. Betul tu, nanti kalau kita buat pun dah tak ikhlas kan..

    ReplyDelete
  12. betul la tak semua tahu budi bahasa... dan saya perasan, mmg budaya kita susah sikit nak ucapkan Thank you atau Please bila minta tolong... Jom kita mulakan di rumah, sejuk hati tau bila anak2 minta buat sesuatu dia akhiri dgn perkataan, Pleaasssse! dan bila dapat sesuatu mereka kata, Thank you Ummi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur...mmg sekarang ni saya train naim cakap terima kasih setiap kali nak sesuatu stau dpat sesuatu, alhamdulillah dia mmg ikt... yang tolong je dia tak berapa pandai ikut lagi.. sikit2 kan? lagipun naim belum cukup 3 tahun lagi..

      Delete
  13. kan, nadia sangattt setuju dengan entry akak ni.
    hidup, mestiii ada give and take. nak take sesaje, duk dalam hutan lagi bagusss ;p

    ReplyDelete
  14. Begitulah gayenya...manusia ni bermacam ragam perangainya......
    Muhasabah diri...(✿◠‿◠)

    ReplyDelete
  15. Mcm2 jenis manusia...
    Sabar aje la byk2...
    Tak nk tolong, je trus terang x bleh tolong...
    Dari kita tolong, tp.x ikhlas,kita pun sama je mcm dia nnt

    ReplyDelete
  16. hurmm begitulah dikk
    memang kalau membantu kena ikhlas barulah kita akan rasa lega dan suke kan ;)

    ReplyDelete
  17. bila org dah tolong harusnya redha, terima seadanya...nanti lama2 org tu mesti x berat hati nak tolong next time kan..

    ReplyDelete
  18. itu la selalu terjadi... Time minta tolong beria2, lepas tu x reti nak hargai langsung.. Kita bukan harap balasan apa pun, ucapan terima kasih seikhlas ati pun dah cukup, bukan minta disanjung pun... Tiba2 emo lak..

    p/s; akak..rindunyer kt akak... =)

    ReplyDelete
  19. Salam aisy...eh nampak lain ni,comel la

    ReplyDelete
  20. pernah terjadi..
    lagi2...lps kita dah tolong terus senyap & buat tak tahu.. at least meghargai kan

    ReplyDelete
  21. Kalo ada yg mcm tu, nxt time mmg xnk tlg la. Hihihi. Org dh tlg, kena la terima seadanya. Bukan kita bayar pun ..

    ReplyDelete
  22. salam perkenalan....
    comel je writer nye...ingatkan lom kawen lg..hehe..

    kalau sudi, jalan2 la kat blog kite ek..

    http://aeidahlatiff.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?