bercakap dengan bayi meransang perkembangannya

Kalau waktu petang, selalunya Nazif ni memang tak nak tidur. Kalau dia tak nak tidur, maknanya memang mamanya tak boleh buat kerja lain lah. Kena duduk dekat dia, dukung dia dan yang paling senang nak buat dia tak gelisah adalah dengan berkomunikasi dengan dia.

Kelakar tak kalau korang tengok saya sembang beriya-iya dengan Nazif ni. Bersembang dengan budak 3 bulan, apa yang dia faham, kan? tapi saya gigih sembang dengan dia sebab saya tengok dia pun bagi respons yang baik. Nazif akan tersenyum bila mendengar celoteh saya. Memang saya sedia maklum yang Nazif tak memahami lagi apa yang saya cakapkan kepada dia, tapi saya seronok tengok dia pun mengeluarkan bunyi-bunyi sambil tersenyum seolah-olah nak jawab apa yang saya cakapkan kepadanya..Sambil-sambil dia berkata-kata bahasa bayi tu, kaki dia, tangan dan badan dia pun kadang-kadang semua bergerak-gerak.. banyak tul respons dia bila mamanya ni sembang dengan dia..
si tembam kesayangan saya

"Adik, cepat besar dengan sihat ye... jadi anak yang soleh dan pintar..adik kawan baik-baik dengan abang, adik kena dengar cakap mama, adik rajin baca buku tau, hormat orang tua...mama sayang adik"... tu antara kata-kata yang saya pernah cakap bila sembang dengan Nazif... kata orang kata-kata ni doa, semoga Allah makbulkan permintaan saya tu..

P/S : Papa N lak bimbang, katanya tengok pesen Nazif bagi respons ni pun macam nak jadi cakap banyak macam abg Naim.. Abis la, katanya... bagi saya lak, apa salahnya kedua-dua anak saya ni kecoh dan banyak cakap kan? meriah la rumah walaupun anak dua je..

Comments

  1. setuju dikk ..
    even dari dalam perut punn ibu2 disarankan bercakap2 dgn bayi dalam kandungan :)

    ReplyDelete
  2. bestnya mun ada anak nie..:)

    ReplyDelete
  3. betul tu..maa kecik2 dulu saya suka sembang gitu ngan adik2 saya....bila tgk diaorg membesar skrg nie..terasa rindu semasa diaorg kecik2

    ReplyDelete
  4. Lebih baik cakap dengan Nazif daripada cakap yg belum tentu apa. Seronok lagi dapat gomol pipi dia yg montel tu. Kakak geram sebenarnya Aisy - montel betul pipi dia:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pipi nazif ni aset yg bt ramai geram..ms raya aritu asyik kena cubit je dgn makcik dia.

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    Seronok la kalau anak2 ni rajin berceloteh..,pi sekolah nanti tak lah dia jadi kera sumbang,mesti semua kawan2 suka kawan dengannya pasai dia ramah kan he.he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya gitu lah..jgn nati dh besar tak ramah lak, xnk gtu.

      Delete
  6. as salam.. salam ziarah... n follow blog anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsaalam.. Trima kasih, jenguk lah selalu ye.

      Delete
  7. salam singgah & follow....

    seronok bcakap dgn baby, seolah2 mereka mengerti apa yg kita bualkan...
    comelnya......

    ReplyDelete
  8. Baby tgh umur2 mcm tu mmg sedap diajak berbual, paling best bila mereka tergelak2, cumil!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun comel sgt...dia kluar lidah n senyum lebar

      Delete
  9. bercakap dgn baby mmg best kan

    salam kenal dr wani aka ibuqalief :)

    ReplyDelete
  10. Seronok membesarkan anak ni Cikgu.. Walaupun penat.

    Comel nyerr baby Cikgu ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KakYa... Kembang hidung mamanya bila org puji anak comel..hehe

      Delete
  11. bila baca ..macam teringin jugak nak cakap dengan baby sendiri eheh :D

    ReplyDelete
  12. comel...3bulan ae...masih baby..

    ReplyDelete
  13. Ha ah, seronok bila anak2 kecoh.... kalau diam jer memanjang pun kita risau jugak, kan? ekekkeke
    Kat sini, saya perhatikan mat salleh suka cakap dgn baby mereka. Sbb tu anak2 kecil lagi dah dapat cakap dgn petah :)

    ReplyDelete
  14. Alahai bam bam nye budak tecik niiii..

    ReplyDelete
  15. dr dlm perut lg akak dh berckp dgn ank walapon mula2 tu malu

    ReplyDelete
  16. seronok bercakqp ngan anak2 ni ada saja benda diorg nk ckp dan bertanya kdg2 x terlayan kita dibuatnya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?