Colek pauh & colek malas

Tadi jenguk ke dalam peti sejuk yang tak berapa banyak isi kandungannya tu ternampaklah sebiji pauh @ mangga nama bandarnya. Ni sebenarnya buah yang lebih daripada kerabu mangga yang saya buat minggu lepas. Elok lagi buahnya..

Sebiji pun sebijilah, daripada membazir elok dimakan, kan? Jadi, apa lagi, saya ambil pisau, kupas kulitnya dan potong kecil. Ni orang kelantan panggil colek. Colek yang mudah nak disediakan. Sebab malas dan buahnya sikit je, saya tabur je garam gula dan kemudian curahkan kicap manis ke atas mangga ni.. kemudian ngap je..

Habis citer colek pauh, jom kita tengok colek malas lak. Orang kelantan tahulah benda ni apa.  Korang  yang tak tahu, sila tengok gambar je. Yes, betul. Colek malas ni sebenarnya ialah cucur udang. Orang kelantan ni memang bagi nama makanan unik kan? Hehe, puji negeri sendiri lak. agaknya colek malas ni dapat namanya sebab mudah nak disediakan.. Tapi yang saya makan ni cucur udang segera je.. Memang sesuailah nama cucur ni colek malas sebab orang yang buatnya pun tak berapa rajin. Tak letak udang pun, sebab kami ni allergic seafood. Tapi, apa pun kombinasi kedua dua makanan ni memang sedap lah.. Dah makan nasi masa buka, malam macam ni makan benda benda macam ni rasa best sangat.

Comments

  1. owh colek malas ke nama dia?baru tau.

    ReplyDelete
  2. ooo cucur udang tu colek malas ke org kltn panggil.. br tau.. hihii

    ReplyDelete
  3. org kelatan ni mmg byk nama kuih yg pelik dan unik...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1