Kebetulan atau berkat ramadan ?

Sebelum ni saya pernah menulis satu entry tentang sebuah drama slot cerekarama yang sangat mencuit hati saya. Tapi korang nak tahu tak? Antara babak yang terdapat dalam drama tersebut, baru-baru ini telah berlaku kepada saya juga.

Kesnya, lebih kurang 4 hari yang lalu, kakak saya di kampung menelefon saya untuk memaklumkan menerima satu bungkusan yang mana di dalamnya mengandungi sebuah telefon bimbit model lama, 3310.. Gelak saya dengar cerita ni. Kak Long memaklumkan lagi, telefon tu nampak terlalu usang dan tak boleh digunakan pun. Yang menambahkan kelakar lagi, nama saya dan alamat penuh saya pun tak lah lengkap. Cekap betul kakitangan Pos Malaysia ni, boleh juga sampai bungkusan tu.

Itulah yang buat saya terfikir sama ada adakah kejadian ni cuma kebetulan atau kerana berkat ramadan ni yang telah menginsafkan insan tersebut. Bila difikirkan, saya pernah kehilangan telefon model tersebut pada suatu masa dahulu. Hilang tu ketika solat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Tapi dah lama sangat, tak silap 11 atau 10 tahun yang lalu hilangnya telefon bimbit ni, ramadan kali ni baru pencuri tu nak pulangkan? Agaknya memang dia insaf setelah tengok drama tv3 tu ke? Haha....

Tak ape la, kita sama sama doakan insan ni dah insaf dan takkan ulangi lagi sikap yang tak elok ini...

Comments

  1. terbuka hati dia nak pulang balik kan..lama jugak tu..huhu,selamat hari raya akak..maaf zahir batin..sory lama tak singgah..akak pekaba?dah bersalin ke?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki..
    Slmt aidilfitri AN..
    Dah bersalin ke?

    ReplyDelete
  3. aik.. mksudnya.. tel yg hilang 10 11 tahun lalu, aisy dpt balik yer... lama sungguh tu... tergerak hati gak dia nak anto yer...

    ReplyDelete
  4. Lama tak update blog dear.. Ok ke?.. Sihat?.. Apa cerita?..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?