Pengalaman bersalin secara pembedahan kali kedua
Pengalaman bersalin kali ni memang penuh dugaan . Namun bagi saya syukur banyak kepada Ilahi kerana masih merahmati saya dan memberikan kekuatan kepada saya untuk menempuhi detik detik ini.
Saya mula mengalami kontraksi pada malam menjelang 5hb. Pada pukul 12malam saya tak dapat tidur kerana mula rasa sakit. Bila sakit yang dirasa ni hilang sekejab saya dapatlah melelapkan mata sekejab. Tapi bermula pada pukul 2.45 pagi saya mula merasa sakit yang tak boleh nak tahan lagi. Dalam hati mula berfikir adakah detik yang dinanti dah tiba. Sakit yang dirasakan ini berterusan sehingga pukul 5 pagi, lalu saya buat keputusan untuk ke hospital. Sebelum tu, saya dah pastikan suami bersahur supaya ada tenaga untuk menghadapi hari esoknya.
Bila tiba di hospital, sakit masih lagi berterusan, tapi belum lagi keluar air ketuban atau pun darah. Doktor yang bertugas memaklumkan bahawa baru 2cm bukaan, lalu saya diarahkan masuk ke wad sementara menunggu bukaan lebih besar. Sakit on dan off ni berterusan sehingga ke petang. Menjelang pukul 4 petang rasa sakit mula hilang. Saya dah risau dah. Ai, si kecik ni tak jadi nak keluar ke? Saya pun apa lagi, sementara terasa sihat tu, beramah mesralah dengan dua lagi ibu yang kebetulan berada dalam bilik wad yang sama.
Menjelang waktu malam, rasa sakit mula menyerang lagi. Tapi kali ni sakitnya yang manja-manja aje..Taklah sesakit yang dirasa pada sepanjang pagi tadi.. Waktu ni mula turun sedikit darah. Doktor yang melawat wad cuma tersenyum melihat saya dan sempat berpesan supaya memanggil jururawat jika merasa kontraksi yang berterusan atau pecah air ketuban.
Hari Nuzul Quran saya masih lagi berada di wad. Seperti hari yang pertama, hari ni masih lagi saya menganggung sakit on dan off sejak dari pagi ke petang. Menjelang petang boleh pula bersukaria sebab mula hilang sakitnya. Ai, bengang lagi.. Terasa dah tak tahan sakit hampir dua hari.. perut saya pula dah mula dimasuki angin, yang menyebabkan setiap kali berlaku kontraksi, memang senak dan sakit sangat.
Namun menjelang waktu isyak di hari kedua saya mula menanggung sakit yang berterusan. Memang kali ni kuat sangat rasa sakitnya sehingga tak tertahan lagi rasanya. Kali ini doktor bertugas bagitahu telah ada bukaan 5cm, lalu saya terus dibawa ke bilik bersalin. Dalam hati ini, saya sangat berharap kali ini saya dapat melahirkan bayi secara normal..
Namun mungkin bukan rezeki saya untuk melahirkan secara normal. Sakit yang ditanggung sehingga 6 pagi, tapi bukaan masih lagi 6cm je...Saya dah makin tak tahan dengan kesakitan yang dirasai sejak semalam tu. Doktor juga mengatakan denyutan jantung bayi semakin tidak baik..Sekiranya saya masih ingin cuba melahirkan secara normal, mereka akan tunggu tapi tidak digalakkan untuk tunggu untuk jangka masa yang lama supaya bayi tidak bermasalah.
Lalu saya bersetuju untuk melahirkan secara pembedahan. Hati lebih kecewa lagi bila doktor di bilik bedah tu mengatakan semasa ingin mengeluarkan bayi, agak susah kerana kedudukan bayi dah terlalu ke bawah, Saya yang masih sedar dengan keadaan itu memang mendengar perbualan antara doktor dan jururawat yang bertugas. Katanya ni dah bukaan 10cm.. Dalam hati saya berkata, mungkin rasa terlampau sakit yang saya tanggung semasa menunggu di bawa ke bilik bedah tu yang menyebabkan bukaan jadi 10cm..Kalaulah saya sanggup menunggu lagi 2jam.....
Bersalin secara pembedahan ni lagilah menyakitkan. Sehingga hari ini masih lagi terasa kesukaran untuk baring ataupun bangun dari baring..Sekali sekala nak bersin atau batuk, Allah sahaja yang tahu rasanya. Perut yang berangin masih lagi dirasa sehingga hari ke 4.
dah bersalin rupanya..tahniah dear. selamat berpantang. jg diri baik2.takda dah kwn LM nak berlawan mengidam itu ini. awak dah bersalin dan LM keguguran jumaat lepas. jg diri baik2, jg mkn. kiss kan utk baby. tahniah sekali lg...huhu, tetiba rasa hiba. syukurlah awak selamat bersalin walau dibedah. lama sangat sakitnya tu. pasti letih. rest betul2 ye
ReplyDeleteThanks...LM pun sama ye, jaga diri baik2...jgn sedih2 tau..
Deletetahniah k.ain..aritu,mse tgh tulis tarikh kt w/board,t'ingt kt k.ain..dah bsalin @ lum..hehe..alhamdulillah..ahmad nazif, welcome..jgn nakal2 ye ngn abg ahmad naim..hehe..cian kt mama..
ReplyDeleteTahniah mendapat cahaya mata...sori lewat datang bertandang...
ReplyDeletefirstly tahniah..
ReplyDeletedah bersalin yer.. lama sy xjenguk sini.. sorry, keadaan skrg ni susah sikit utk sy mngadap kmputer lama2 :-)
Lama jugak ye tanggung sakit tu.. risau plak sy baca.. sy nnati ntah macamanalah agaknya..
btw, selamat berpantang yer...
tahniah ye cekguu !! :DD
ReplyDeleteMesti comel baby nnt tunjuk la dalam blog !
haishhh takut akak dibuatnya
ReplyDeletesaya ms anak first pon bb da nampak rambut.. tapi unlucky saya xberjaya jugak nak teran bb keluar, saya emergency czer, bb saya lemah slps dilahirkan dan dia kena dok dlm wad khas. lps 2 hari keadaan bb sy semakin baik dan br sy dpt tgk dia. skrg dia dah nk msk 6 thn dah.
ReplyDelete