Posts

Showing posts from 2011

puisi renungan

Image
You can't upload love, you can't download time,  you can't Google all of life's answers.  You must actually live some of your life.  And You will never become who you want to be if you keep blaming everyone else for who you are.... imej: google p/s  Qada' dan Qadar Allah, kita sebagai perancang perlu redha dengan ketentuanNya..

Cikgu dalam kehidupan anda

Image
1. Cikgu yang terbaik dalam hidup adalah - Pengalaman. Ia merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini. 2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan. 3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini

Kalau anak tak nak makan di rumah...

Image
Assalamualaikum semua.. Rasanya ramai ibu bapa yang ada anak anak kecil dah biasa dengan situasi macam ni kan? Anak yang dihantar ke taska atau ke rumah pengasuh selalunya tak nak makan ketika di rumah. Mungkin ada makan, tapi kuantitinya sedikit. Sebagai ibu, tentu perkara macam ni sedikit membimbangkan kita kan? Risau anak tak mendapat khasiat yang sepatutnya. Risau juga anak nanti mungkin terbantut pembesarannya kalau asyik nak minum susu je. Nasi dengan protein, sayur dan zat-zat lain diorang tak nak. Risau juga takut imuniti badan diorang kurang sebab tak cukup zat. Kalau setakat makan sedikit sayur dan buah-buah setiap hari cukup ke? Kini saya pastikan Naim mengambil Scott Emulsion setiap hari dan paksa juga dia makan walaupun dua suap nasi. Untuk protein saya goreng ayam untuknya. Kadang-kadang dia nak , kadang-kadang langsung tak sentuh. Ada tak cara yang sesuai nak bagi anak makan lebih sikit. Rasanya umur hampir 2 tahun tak sesuai asyik minum susu je kan?

Hantu citer korea

Image
Syoknya cuti sekolah ni.. Selain ada lebih masa untuk berehat dan main-main dengan Naim, saya ada masa lebih untuk menonton drama Korea. Dulu saya memang peminat drama Korea, tapi semenjak kawin dan ada anak memang tak sempat langsung nak menonton. Tak ambil tahu pun apa drama terbaru. Tapi cuti kali ni saya memang ambil kesempatan untuk menonton drama korea. Maklumlah Naim dah pandai main sendiri. Mamanya berikan dia mainan dan sambil-sambil main depan tv, mamanya ape lagi, tengoklah drama yang digemari. Boleh tengok Naim main sambil mama tengok tv kan? Nanti buka sekolah tak boleh lagi macam ni...Jadi, nikmati masa yang ada, buat apa yang suka..

Papa: Pertanian kita berjaya!!

Ni nak kongsikan kisah suami bersembang dengan Naim. Maklumlah baru masuk rumah baru, sebulan dua ni memang seronok la. Ada tanah sikit kat belakang, nak bercucuk tanam. Papa: Naim, pertanian serai kita berjaya lah !! Nanti tak payah lagi beli serai. Ada ke patut, tanam serai 6 batang dianggap pertanian? Haha.. Saya gelak ajelah dengar perbualan dua beranak tu. Naim entah faham ke tak bila ditunjukkan pokok-pokok serai oleh papanya tu..

Maksud nama baju kurung

Image
Mungkin korang pernah tahu pasal ni.. tapi, ape salahnya baca lagi entry ni, mana tahu ada tambah pengetahuan lain kan? Saya lak, baru je tahu tadi tentang maksud nama ni. Pada hal dari kecil selalu je pakai baju kurung ni. Uniform masa sekolah baju kurung. Hari raya pun wajib buat baju kurung. Pergi kenduri atau ziarah orang pun selalu saya pakai baju kurung. Keluar saja-saja pun ada juga pakai baju kurung. Sekarang lagi lah, setiap hari pergi kerja pun pakai baju kurung. Pakai je, tak tahu pun asal nama baju ni. Menurut Fietri, rancangan MHI tadi, 'Baju kurung pun ada nilai adat. Kenapa dinamakan baju kurung? Sebab orang Melayu terkurung dengan adat. Apabila memakai baju kurung, zahirnya baju kurung tetapi di dalamnya ialah adat istiadatnya, budi bahasa, semuanya terikat dengan peraturan adat. ooo..macam tu maksudnya.. sepatutnya bila pakai baju kurung, orang yang pakai tu kenalah tunjukkan kelakukan yang baik kan?  tapi sekarang ni, macam-macam leh kita tengok.

First time is always the best

Image
Cakap pasal kali pertama tentu banyak perkara yang korang terkenang di memori korang kan? Tapi betul kan, apa saja yang kali pertama kita buat selalunya perkara tu mengujakan, semangat berkobar-kobar, seronok lebih-lebih dan terkenang-kenang.. imej : google Ingat kali betapa seronoknya kali pertama pergi ke sekolah? Kali pertama melancong? Kali pertama dapat gaji? Kali pertama beli kereta? Hari pertama beli I-pad, Iphone atau Galaxy Tab? kali pertama mengandung? Kali pertama dapat anak perasaan amat seronok walaupun sakit .. kalau kali pertama kawin, opps, itu saya no comments la... imej: google Seronokkan semua tu? Pengalaman saya kali pertama panjat gunung pada usia 19 tahun, seronok betul, perasaan teruja sampai tak tidur malam. Terpikir je tentang tempat yang bakal pergi. Tambah pula nak pergi ke gunung tu kena naik kereta api yang juga pengalaman pertama. Sudahnya dalam kereta api, saya tertidur kerana penat sangat. Selepas yang pertama, semuanya macam jadi kebiasaan.

Mandi lagi?

Ai, suka mandi ni hobi budak kecil agaknya.. Bukan hari ni saja, hampir setiap hari pun memang Naim ni macam tu. Paling sikit kena mandikan dia 4 kali sehari. Hari ni lak dah 6 kali dia mandi, termasuklah kerana yak.. Tak ada apa-apa sebab pun, kalau nampak pintu bilik air terbuka, dia cepat-cepat buka seluar dan masuk bilik air, buka paip. ee, bahaya tul kan? Alhamdulillah setakat ni memang ada perasan kalau dia masuk bilik air sendiri. Selalunya, memang akan pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup. Jom kongsikan manfaat mandi. Mandi air panas sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang – liang yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana ia berfungi membantu menurunkan aras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik. Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit. Mandi dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan, dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius. Ini t

Serba salah

Image
Ai, kenapalah dilanda perasaan serba salah? Nak cakap tak boleh takut lak disangka saya ni tak sporting atau berkira. Nak diterima lak, takut pula pihak lain yang berkenaan tu rasa saya ni tak fikir kebajikan dia... Ai, kalau berada di tengah-tengah macam ni kan susah.. Orang pertama dengan tegas minta bantuan saya. Kalau bantuan berkenaan saya je, lebih mudah buat pertimbangan. Dia lak guna kaedah psikologi yang menyebabkan nak bagi jawapan 'yes' tau 'no' pun tak sanggup. Ikut cara dia cakap, nak tak nak kena juga 'yes'.. Tapi yang pihak lain yang berkenaan nanti macam mana? Bikin pusing kepala...

Budak belum 2 tahun pun tahu ni

Image
Menjenguk ke blog seorang rakan tadi, saya tertarik dengan isu yang ditulis. Terus je dapat ilham nak kongsikan pengalaman tentang hal yang sama. Dah tiga hari lepas berturut-turut kitaorang, suami isteri bawa Naim jalan-jalan sekitar pukul 11 malam kerana dia asyik nak main sampai tak nak tidur malam. Terpaksalah korbankan sikit petrol dan duit tol, tapi berbaloi dia akan tidur tak berapa lama selepas tu.. Semasa bawa Naim keluar dua malam lepas, tetiba lak di simpang selepas keluar tol Putra Height tu ada polis tengah buat sekatan jalan raya. Dalam hati dah panik sebab, keluar tak bawa IC pun. Tak perasan pulak waktu tu tali pinggang keledar tak pakai. Naim lak, bila dia nampak polis tu, entah macam mana dia tarik tali pinggang keledar tu dan minta saya pakai. Depan-depan polis tu takkan nak pakai lagi. Buat tak tahu je lah. Senyum. Budak 21 bulan ni tak puas hati lagi. Dengan bahasa yang tak berapa leh faham tu sibuk je dia cakap , "Mama, ni, ni, ni"..sambil menarik da

Pilihan warna

Image
Cuba korang tengok ni, baju batik baru beli ni cantik tak? Ni hasil berjalan-jalan di Pasar Siti Khadijah semasa balik kampung aritu.. Waktu kat kedai dah terasa ni yang paling cantik dah. Sebab tu beli yang ni. Bila balik, kakak-kakak saya pulak bagi komen cakap saya selalu pilih warna gelap bila beli baju. Alamak, betul ke macam tu? Ditinjau-tinjau almari, ternampaklah tiga helai baju kurung yang dibeli pada waktu puasa aritu pun warna coklat dan ala-ala coklat. Betul rupanya kata diorang. Alahai, tak perasan lah pulak. Dah minat color ni nak buat macam mana. Takkan tak nak pakai disebabkan komen diorang tu. Bukan murah beli ni. Lagipun stok baju batik bukan banyak pun dalam almari tu.. Lagipun bagi saya , kalau beli kain baju dan buat baju kurung yang berwarna cerah ada lak masalah lain nati. Kena lah dialas atau kena pakai 'inner'. Lagi-lagi mengajar kat depan budak-budak sekolah menengah yang tengah membina jati diri tu faham-faham saja lah. Ada yang jenis tengok cik

Kelakar pun ada

Image
Baru ada masa nak menulis. Tadi bukan buat ape pun sebenarnya. Mula-mula duk bersembang dengan mak mertua. Dia dah nak balik pun. Tetiba pulak disuruh saya buat tempoyak sebab ada durian yang dibawa daripada kampung dah tak berapa elok. Bukan tu je, buah yang elok pula diminta buatkan menjadi kuah durian. Katanya boleh dimakan dengan roti nanti. imej: google Reaksi saya.....Alamak. Seumur hidup makan durian pun baru beberapa kali. Sebabnya tak minat sangat buah ni. Ini nak kena buat tempoyak dan kuah durian pulak? Pernah saya ceritakan kepada mak tentang makan gulai tempoyak kalau balik ke kampung suami. Gelak mak saya. Katanya, "itu sebab orang tua cakap jangan tak suka sesuatu, sebab nati mungkin benda yang kita tak suk tu kita kena buat. Dah dapat suami orang Perak kenalah belajar makan makanan berasaskan durian tu.." Mujur tadi jadi pembantu je. Mak mertua yang masak. Tapi sambil masak dia sempat pesan, dah tengok cara buat ni, lain kali boleh buat sendiri... ooo

Dalam percubaan

Image
Bagi pengunjung blog ini, kalau anda tertengok blog ni tentu rasa kelainan kan? Kalau ada lah, tak ada pun tak pe. Tahu pun, bukan ramai pun yang baca.. Sebenarnya saya tengah mencuba edit blog sendiri. Bukan pe, bosan tengok design lama tu. Lagipun masa belajar dulu saya memang jurusan IT sebenarnya. Ni kira asah bakat kembali. Nampaknya bagi orang yang tak mahir, kerja ni memerlukan banyak masa. Setakat sejam setengah berusaha ( sebelum tulis ni), nampak macam tak terurus lagi. Mujur kat sekolah tak kena ajar IT. Kalau tak entah ape jadi..Tak ape lah, usaha tangga kejayaan kan? Tukar templete baru maknanya banyak kerja susulan yang menanti..Tapi semuanya akan diusahakan dengan gigih. Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu. Penulisan Min amat membantu saya. Min ni pun juga tak lokek berkongsi sekiranya ada kemuskilan yang ditanya..  terima kasih sekali lagi ya..sila lah berkunjung ke blog cik adik ni ya...

Benci tapi malas

Bencinya tengok rumah berselerak tapi saya malas nak kemas, Bencinya kalau makan di luar tapi tak sedap tapi saya malas masak, Bencinya tengok permainan anak bertaburan tapi saya juga malas nak kemas, Bencinya pakai baju renyuk tapi saya malas gosok.. Bila penat dan letih melanda diri semua terasa malas... biar pun benci kemalasan ni... ai, bila lah nak berubah.. tolong la berubah mokcik oii...

selamat berkhatan untuk Mirul

Image
Imej: google Semalam semasa berada di rumah ni, Mirul ( anak buah) ditanya seronok tak bila akan berkhatan hari ni. Dia jawab ape tau tak? "Entahla". Bila ditanya lagi " ni ayah yang suruh ke Mirul yang nak berkhatan?". Jawapannnya "dua-dua". Sesambil tu, dia tekun je bermain online game. Budak sekarang tak takut. Berkhatan bagi diorang biasa je. Teringat lak sewaktu adik saya dulu, 16 tahun yang lalu rasanya..eh rasa tua lak..hehe.. Adik saya ni nakal orangnya semasa kecil. tapi dia selepas berkhatan tu, diam tak bergerak sehingga sembuh. Dalam hati ada juga saya gelakkan dia. Terfikir yang ada juga perkara yang dia takut. Tu dulu. Perubatan kini dah canggih, sehinggakan berkhatan dah jadi perkara yang budak-budak anggap satu kemestian, bukan lagi takut nak menghadapinya.. Selamat berkhatan buat Mirul... Kena kurangkan aktif untuk sehari dua ye..

Sejuk hati mama

Korang tahu tak? Naim ni memang aktif sungguh hari ni. Agaknya sebab ramai orang dalam rumah hari ni, dia seronok sangat. Main macam-macam sampai tak tertahan nak larang kadang-kadang. Bayangkan, sepanjang hari ni dia pakai 5 helai baju. Tu pun sebab ada beberapa ketika dia dibiarkan pakai baju basah sebab asyik nak main air je. Selain daripada tu, banyak tul helah dia nak main. Diambilnya lego sekotak, diselerakkannya berkali-kali. Tak cukup dengan itu, ditumpahkan serbuk susu sepupunya, Kak Hani yang waktu tu baru je sejam sampai ke rumah. entah berapa kali juga ditariknya rambut Kak Hani. Hani yang berumur 4 tahun lebih ni apa lagi, meraunglah bila dipukul oleh budak 21 bulan ni. Ai, anak mama ni. Pandai lak dia menggayakan cara pegang senapang sepupunya, Abang Mirul. Siap dia buat bunyi-bunyi senapang tu lagi.. entah dari mana dia belajar, sebelum ni tak pernah kami belikan dia senapang pun. Tapi sejuk hati mama menjelang malam. Walaupun terpaksa memandikan dia buat kali ke 5 h

Kenapa lelaki tak nak memberikan komitmen dalam perhubungan?

Image
Semasa ber'sms' dengan kawan lama tadi, dia meluahkan rasa tak puas hati kerana kawan lelaki yang dia berkawan sejak lebih tiga tahun masih lagi berikan alasan bila ditanya soal kahwin. Rasanya ramai perempuan yang mengalami situasi macam ni kan? Sama ada pernah mengalaminya sebelum bertemu jodoh yang sebenar atau pun masih lagi di situasi ni sehingga kini. Mungkin alasan yang selalu diberikan oleh lelaki macam ni ialah kerana banyak lagi perkara yang ingin dicapainya sebelum mendirikan rumah tangga. Bimbang komitmen terhadap perkara tersebut akan terganggu. Ada juga yang kata belum sampai masa. Saya siapalah sekiranya nak membuat kesimpulan tentang hal ni. Anda yang di situasi ni , diharap lebih memahami pihak lagi satu. Tenangkan fikiran, banyak berdoa kepada Allah supaya memberikan petunjuk. Yakinlah pada ketentuan Allah. Setiap yang ditentukan untuk kita ada hikmahnya yang tersendiri..

contest i love my blog

Image
orang lain dah berduyun join contest ni, kita lak baru nak join. Tak pe la, better late than never kan? Sebabnya saya memang suka blog saya. Menulis di blog bagaikan terapi diri. Nuffnang dh beberapa minggu saya buang... Sebabnya menulis diutamakan. Pengunjung yang datang bagi saya kegembiraan. Terima kasih semua..

Wasiat ibu

Nak ceritakan sedikit pengalaman semasa balik kampung seminggu yang lalu.. Terjumpa sesuatu yang mengimbau kembali kenangan lama...Saya ni semasa belajar dulu pernah menjadi pemegang amanah.hehe, canggih tul gelaran tu.. sebenarnya bukan ape. Disebabkan saya anak perempuan bongsu, saya yang banyak berada di rumah pada waktu tu. Jadi, semasa tu dengan takdir Allah, mak saya telah jatuh sakit. Semasa mak sakit tu, mak ada mintak saya tuliskan wasiat dia. Takut tak sempat jumpa semua anak cucu..Bukan nak dedahkan wasiat tu.. Tapi, selepas 7 tahun berlalu, bila saya saya jumpa kembali kertas yang saya catatkan wasiat tu, saya menyedari sesuatu... Betapa besarnya kasih seorang ibu kepada anak-anaknya.. di saat menangggung kesakitan masih lagi ingat tentang anak-anak.. Masih lagi memikirkan nasib cucu yang dijaganya.. Dan kini mak saya dah sihat. cara ibu menjaga dan memanjakan Naim sepanjang satu minggu kami berada di kampung buat saya rasa gembira dapat menggembirakan dia.. Orang t

Resepi ikan taucu padang

Entah betul atau tak nama ni...hehe, ni kesnya bila baca buku resepi kawan, hafal dalam kepala je bahan dan cara masak, takut tangan lenguh nak salin. Tapi ape pun bila cuba buat kat umah, hasilnya memang sedap. Korang pun, kalau rajin cuba lah. Resepi ni saya rasa ada sedikit berbeza daripada resepi asal, sebab dah lupa sukatannya. Kuantiti yang tercatat ialah mengikut apa yang saya masak hari tu. Bahan-bahan 1. Ikan tenggiri ( 2 potong) 2. Taucu ( 1 setengah sudu besar, dilenyek sebelum masak) 3. Halia ( seinci, ditumbuk) 4. Bawang merah ( 2 ulas, ditumbuk) 5. Bawang putih( 1 ulas, ditumbuk) 6. Cili boh ( 2 sudu) 7. Bawang besar ( sebelah dipotong dadu kecil) 8.Cili merah 9. Kicap soya manis ( sesedap rasa) 10. Kicap pekat 11. Serbuk kunyit 12. buat tomato ( separuh biji dipotong dadu kecil) 13. Garam dan gula 14. sos tiram 15. secawan air Cara memasak: 1. Ikan yang dibersihkan perlu diperap dengan serbuk kunyit dan garam sedikit selama 2-3 minit. 2. Sediakan ku

Bestnya balik kampung

Memang terasa gembira sangat bila dapat berada di kampung halaman sendiri. Setelah lama tak balik ( kali terakhir hari raya Aidilfitri baliknya), seboleh-bolehnya terasa nak bergolek-golek kat katil. Terasa nak makan semua makanan yang ada. Malah, memang dua hari ni saya cukup banyak makan. Tak percaya? Betul, bahkan makan tengah hari tadi makan bertambah. Orang yang dah bersuami dan ada anak ni sebenarnya sesuai tak ada perasaan nak bermalas-malas dan bermanja-manja bila balik kampung? mestilah boleh kan? selagi mak ayah masih ada ape salahnya kita nak bermanja-manja kan? Jadi, apa lagi, anak bagi papanya jaga, saya duk makan atau bersembang dengan mak dalm bilik. Saja tak nak orang kacau.. Banyak yang nak disembangkan dengan mak..

Kenapa tak nak derma pada tabung kosong?

Image
Dah beberapa kali saya perhatikan perkara ini berlaku. Masyarakat kita ni kalau diletakkan tabung kosong yang transparent dilabel kat luar derma ape-ape, payah tul nak menghulurkan bantuan. Kenapa saya sebut tabung transparent? sebabnya kalau yang tak nampak di dalam ada ape, selalu akan dapat derma wang kertas RM 1 je.. Contohnya di sekolah, buat hari terbuka untuk ibu bapa datang ambil keputusan peperiksaan anak-anak diorang. Diletakkan tabung kosong, alamatnya akan sikitlah derma atau ada kalanya memang tak dapat satu sen pun. Tapi sebaliknya, kalau cikgu tu sengaja letakkan modal ( duit sendiri RM50 contohnya) , tak payah kita cakap ape-ape, cukup dengan label tu je, akan ada ramai ibu bapa yang bagi sumbangan. Selalunya diorang akan masukkan RM 5 minimum.. Jarang ada RM 1 lagi bila tabungnya transparent. Ni kes malu dia tak bagi kalau orang lain bagi ke? Heran bila fikirkan, tapi sekurang-kurangnya akan dapat sumbangan yang boleh digunakan untuk kebajikan sekolah dan murid se

Ape nak buat lepas abis SPM?

Amboi, macam remaja je saya tanya macam tu.. Bagi orang yang mengawas peperiksaan SPM macam saya ni tentulah seronok sangat-sangat kerana dah habis bertugas arini. Mulai esok boleh relax je menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah.. arini pun kami dah dalam perjalanan balik ke kampung.. Kampung mana lagi, kampung Kelantan lah.... Jadi bagi adik-adik yang tak terfikir lagi apa yang nak buat sementara menunggu keputusan SPM nati, boleh la baca. Kot-kot dapat idea sikit sebanyak. 1. Bekerja sementara Bekerja sementara ni bagus tau. Selain dapat duit tambahan, korang dapat menambahkan kenalan. Tentulah juga akan menambahkan pengalaman korang. Bila bekerja nanti, baru korang tahu betapa susahnya nak dapat duit sendiri.. dengan tu, korang akan jadi lebih menghargai duit. Kalau bekerja juga korang akan rasa pengalaman kena marah, kena tekan supaya buat kerja yang baik atau cepat. Ni juga memupuk sifat kepimpinan, kepatuhan, amanah dan rajin.. 2. Menyertai kursus kemahiran Bagi yang tak mi

Hadiah ape yang sesuai agaknya?

Image
Korang mesti rasa resah bila nak pilih hadiah bagi seseorang kan? Aa sama lah kita. Saya kalau nak belikan hadiah buat sesiapa je lah tak kira untuk suami, mak ayah, mertua atau kawan-kawan selalu rasa resah. Bukan ape, bimbang hadiah yang dibeli tak sesuai dengan diorang. Pernah bila saya bagi hadiah orang tu terima tapi tak pernah menggunakan hadiah yang diberikan. Bukankah tu bermakna dia tak berkenan dengan hadiah tersebut? Kecik hati saya. Tak beli pun salah, beli lagi salah, kan? Rugi duit saya... Lainlah kalau orang tu bagitahu siap-siap apa yang dia inginkan. Tu senang bagi kita. Tapi kalau bagi hadiah macam tu tak la terasa cabarannya, kan? Kalau dia mintak yang bukan-bukan, lagi naya kita. Tak ke terasa orang tu demand lak? Jadi moralnya, mungkin kita kena tengok orang dan budget kalau nak beli hadiah untuk orang lain. Yang penting ikhlas. InsyaAllah, Ahmad Naim akan saya didik supaya menghargai pemberian orang lain..

Disember bulan hari jadi

Image
Masuk bulan Disember ni maknanya kita dah semakin menghampiri penutup tahun 2011. Bulan ni bulan yang meriah bagi keluarga saya sebenarnya. Ramai ahli keluarga yang kebetulan telah di lahirkan pada bulan Disember. Mula-mula, bulan ni adik tunggal saya Lukman, yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 20 Dis. Kemudian, yang keduanya ialah anak sulung Kak Ngah iaitu Muhammad Kamil menyambut ulang tahun kelahiran pada 2 Dis. Begitu juga dengan anak kedua Kak Ngah, Nurul Atiqah yang dilahirkan pada 8 Dis. Ada lagi tau, salah seorang anak Kak Ja pula, iaitu Nadirah juga telah lahir dalam bulan ini iaitu 5 Dis. Ramaikan? Kalau semua orang dapat berkumpul dan kita dapat raikan sama-sama kan best? Tapi banyak halangan, semua dah semakin besar, ada urusan sendiri... Apapun, selamat hari lahir buat korang semua. Semoga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga dipermudahkan urusan harian dan diberikan kegembiraan, kesihatan serta dapat capai apa yang ingin dicapai.. p/s : doa ada, hadiah tak a

Apa yang perempuan cari pada lelaki

Tetiba nak kupas isu hubungan. Pada yang belum kahwin boleh amik perhatian tentang ni ye. 1. Lelaki yang penyayang  Mula-mula, untuk memilih pasangan perempuan akan cari calon yang penyayang. Perempuan ni kan lembut sifatnya, yang selalu nakkan perhatian daripada pasangannya. Jadi, tunjukkan sifat penyayang dalam diri anda supaya perempuan pilihan anda tertarik. 2. Lelaki yang matang Perempuan juga suka sekiranya lelaki pilihan mereka itu matang. Ini dapat dilihat dalam proses membuat keputusan. Sekiranya lelaki tu dapat membuat keputusan yang baik dengan tenang tanpa bantuan sesiapa, itu lagi baik. 3. Lelaki yang kukuh kewangan Konsep kukuh kewangan ni maksudnya ada pendapatan yang tetap. Mungkin gaji suami lebih rendah daripada isteri tapi si suami tu kenalah pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada isteri. Ini kena ada perbincangan daripada peringkat sebelum kahwin lagi supaya tiada masalah selepas perkahwinan. 4. Lelaki yang

Learn from yesterday

Pengalaman semalam mengajarku supaya berhati-hati, Peristiwa semalam juga mengajarku supaya 'prepare for the worst', Supaya bertolak ansur dengan yang lain, Semalam juga ku tahu sikap manusia, Yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai tujuan, Namun, ku yakin ada hikmahNya kejadian semalam. Ku yakin ibuku yang penyayang sentiasa di sampingku ..

Padah mengantuk ketika memasak

Image
Nak jadi wartawan kejab.. . Nak tulis kisah benar ni tau. Nak berkongsi kejadian yang berlaku kepada rumah kawan yang sama-sama mengawas peperiksaan SPM. Menurut kawan kejadian ni terjadi hari Sabtu yang lalu. Apa yang berlaku ialah salah seorang rakan serumahnya yang pada mulanya merebus 4 ketul ayam telah meninggalkan periuk rebusan itu di atas dapur kerana terlalu mengantuk. Dia yang memasak pada sekitar pukul 8 malam mula menyedari kejadian yang berlaku setelah terjaga pada pukul 5 pagi. Bayangkan 4 ketul ayam yang direbus selama 9 jam? Hasilnya bau busuk  terbakar yang tak dapat nak huraikan macam mana baunya menyelubungi kawasan rumah. Ayam tu? Nasibnya hangus rentung la jawabnya.. daripada 4 ketul dah tinggal dua je. Itu pun dua yang hampir mereput juga. (Tah betul tak guna istilah tu nak terangkan situasinya. ) Kawan saya yang sama-sama menjaga SPM ni sebenarnya tak ada di rumah. Dia cuma balik pada petang semalam. Masih lagi terbau busuk tersebut sehingga ke pagi tadi. Y

Terharu

Assalamualaikum.. Hari ni sebenarnya agak sibuk bagi saya. Pagi-pagi lagi dah keluar sebab hari ni menjadi pengiring ketua pengawas untuk mengambil soalan SPM di bilik kebal. Kena sampai di bilik kebal dalam pukul 7 pagi. Peperiksaan hari ni lak ada sampai petang, jadi habis pukul 3.30. Kemudian kena ikut ketua pengawas lagi, untuk hantar semua jawpan ke bilik kebal sekali lagi dan amik kereta yang ditinggalkan di sana. Bila balik rumah, terus je tengok blog... Wah, terharu dah ada 100 follower... Jumlah yang jauh sikitnya berbanding blog lain, tapi bagi saya dah banyak... Sesuai dengan ayat-ayat di About Me.. Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya ni. Dalam kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan anda.. Nak saya senaraikan semua nama, rasanya memakan masa.. Yang penting saya tahu bila anda baca ni anda tahu saya terharu dengan sokongan anda semua... Menulis kerana minat. Menulis kerana ingin berkongsi ilham. Saya

Apa, Ahmad Naim nama kampung?

Image
Korang angin tak kalau dengar orang komen nama anak kesayangan buah hati korang 'nama kampung' ? Amboi-amboi sedapnya mulut dia! Walaupun ada air liur meleleh tetap nampak comel kan? Walaupun tak melenting tapi geram juga bila ada orang komen macam tu. Anak saya, suka saya lah nak letak nama ape, kan? Si comel ni nama Ahmad Naim ada sebab. A tu sebab nama papa start dengan A. Kemudian N tu pulak nama mama dia.. Ahmad dipilih sebabnya ialah dalam buku agama dan ceramah agama ada bagitau yang nama anak lelaki seelok-eloknya Ahmad atau Muhammad. Jadi kami pilih Ahmad sebab simple dan bermakna. Lagipun ini info yang saya dengar dari Astro Oasis, yang cakap ni ialah Ustaz Hassan Din...." tugas memberi nama yang baik kepada anak ialah tugas ayah. Dan sekiranya seorang ayah itu ada 3 orang anak lelaki tetapi tiada satu pun yang namanya bermula dengan Muhammad atau Ahmad, seolah-olah ayah gagal dalam melaksanakan tugasan itu(beri nama)". Saya pilih Naim sebab nama ni a

Gaji wajib dizakat

Image
Semasa mengemaskan beg sekolah tadi, tetiba terjumpa surat ni.... Tahu tak yang k ewajipan berzakat bukan hanya dikenakan ke atas petani serta pemilik ternakan lembu dan kambing tetapi juga kepada mereka yang berpendapatan tetap. Jadi maknanya semua yang bekerjaya perlu membayar zakat sekiranya setelah dikira dia didapati layak. Jadi, adik-adik pun kalau baca ni boleh tambah pengetahuan. Sekarang ni mudah, macam-macam cara boleh bayar. Ini termasuk melalui potongan gaji, pembayaran secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Surat kat atas tu, maknanya saya dah buat pembayaran zakat melalui pemotongan gaji..korang dah ke belum? Perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengiraan untuk menentukan sama ada pendapatan dimiliki itu layak atau tidak perlu dikenakan zakat. Kalau anda dapat surat macam ni, pihak PPZ dah tolong kita kira ikut gaji bulanan kita.. Jadi boleh pilih  sama ada setuju dengan amaun yang diberi. Ataupun nak mintak kurangkan amaun

Wanita Hari Ini

Image
Wanita hari ini ialah wanita yang berani. Wanita hari ini ialah wanita yang boleh berdikari. Tak kurang juga wanita hari ini ialah wanita yang berjaya. Bukan lagi cuma surirumah biasa, namun pelbagai kerjaya telah wanita hari ini cuba. imej : google Wanita hari ini mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki. Mampu melakukan hampir apa sahaja kerjaya yang dahulunya dimonopoli oleh lelaki. Malah ada wanita yang yang lebih berjaya daripada lelaki. Tak kurang juga ada wanita yang lebih tinggi daripada lelaki.. Google imej Sekian..

kek keju !!!

Image
Kecur air liur pagi-pagi tengok gambar kek keju..Yum yum, dah lama tak makan kek keju.. Aha hati nak makan makanan kek keju pagi-pagi ni. Mana ada kedai buka lagi. Tapi alhamdulillah walaupun tak dapat lagi makan kek keju dah ngup roti bakar sapu kaya pun ok jugak... Selamat pagi untuk semua dan selamat bersarapan. Makan ape ye korang pagi ni?

Jika tak mampu MENYOKONG ketika KALAH jangan BERSORAK ketika MENANG

Image
Ayat menarik ni saya petik daripada FB seorang kawan. Semasa melayan Naim tadi sempat juga saya curi-curi menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik tadi. Pada mulanya perhatian tertumpu dan jiwa seronok bila pasukan Harimau Muda menjaringkan dua gol awal. Bila skuad Bahrain mula menunjukkan taring, sampai 3 gol dalam 6 minit je, mulalah buat ayat-ayat bela diri. " Ala, kita memang tak target pun nak masuk Olimpik sebenarnya, tak pe la". " Macam ni la orang Malaysia main, dah mendahului je mula longgar pertahanan" Tak memberikan komen yang negatif pun sudah ok. Jangan bersorak ketika menang je...Perlawanan akhir sukan SEA di Astro Arena boleh ditonton 3,4 kali kerana menang. Namun bila kalah, terus tutup tv. Mula bagi komen kurang baik. Perlawanan dah tamat. Skuad kita pun dah berikan yang terbaik. Anggap je la ni bukan untuk kita. Teruskan menyokong....

Senyum, tak perlu kata apa-apa

Senyum, tak perlu kata apa-apa Senyum, tak perlu kata apa-apa Sejak dua menjak ni, kalau dengar je lagu ni, (entah ape tajuk) Naim akan bergedik-gedik menyanyikan lagu ni dengan bahasa dia. Perkataan dia yang jelas cuma 'senyum'. Antara lain, lagu ni juga ada sebut ' kalau saya senyum, awak pun mesti senyum sekali'. Tapi ada orang yang mahal sangat senyuman. Entah kenapa susah sangat nak melontarkan senyuman kepada orang lain yang terlebih dahulu berikan senyuman kepada dia. Kalau dia tak nak senyum pada orang lain tu kira kau punya pasal lah, kan? Tapi, kalau orang senyum kau buat tak endah je, ini dah ada masalah ni.. kan? Saya ada pengalaman kawan sekerja yang mahal senyuman. Tapi saya tak putus ada untuk beberapa bulan cuba senyum pada dia dengan iklhas. Selepas tu sekarang saya pun buat tak endah je bila jumpa dia. Anggap je dia memang jenis tak nak senyum pada orang lain, abis cerita.

a guy who knows to cook is really hensome guy

Image
Dah lupa kat mana saya pernah jumpa petikan ayat macam tajuk tu. Tapi ni nak citer pasal makanan tengah hari ni. Menu kami satu famili ialah nasi ayam. Yang masak ni ialah Papa Naim. Hehe, ni bukan saya ada kenakan ape-ape helah hari ni tau. Tak tipu ni. Tercetusnya idea nak masak nasi ayam sebab masa beli barangan dapur pagi tadi, terjumpa sayur ni.. Papa Naim memang suka kalau masak nasi ayam ikut resepi keluarganya. Berkali-kali pergi ke kedai nak melengkapkan bahan untuk memasak. Kena cukup lengkap semua baru leh masak. Salah satu bahan yang kena ada ikut resepi Tapah ialah sayur yang kat atas tu. Berpeluh-peluh la papa masak. Tapi alhamdulillah akhirnya dapat kami makan nasi ayam. Terima kasih papa..walaupun 1 je masakan, tapi syukurlah. Mana tahu lain kali dia nak masak lg.   naim makan tapi akhirnya byk yg tumpah daripada masuk mulut. 

Ukhwah

Image
Assalamualaikum semua. Selamat menyambut hari pertama dalam tahun baru hijrah. Sempena hari tahun baru ini, entry pertama hari ini adalah tentang semangat ukhwah. Saya masuk ke dunia menulis di blog ni tanpa sesiapa mendorong sebenarnya. Tak ada ahli keluarga yang menjadi blogger. Tak ada juga kawan rapat yang aktif sebagai blogger. Kalau ada pun cuma seorang kawan. Itu pun saya dapat tahu dia seorang blogger selepas dia follow blog saya yang baru nak merangkak ni. Namun, alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kepadaNya. Melalui blog, setelah 4 bulan lebih , saya dah mendapat beberapa kawan baru. Kawan-kawan  yang langsung tak dikenali sebelum ini.  Beberapa kawan ni sanggup berkongsi tips, pengalaman dan perasaan melalui komen dan penulisan mereka. Wujud ukhwah walaupun tak mengenali secara langsung. Terima kasih semua . Semoga ikatan yang terjalin akan lebih erat.

ingat dengan permainkan perasaan orang lain baik ke?

Image
Heran betul dengan orang yang kemain mudah melontarkan kata-kata. Kalau ada sesuatu terus berjanji akan lakukan walaupun tiada niat yang ikhlas yang menunaikannya. Kemudian orang yang sama juga dengan tak ada perasaan bersalah tak menunaikannya bila tiba masa tersebut. Apa, ingat orang yang dia janji tu kanak-kanak yang boleh buat tak kisah macam tu je. Lagi satu hal, orang yang lain lak sesenang je melawak tentang sesuatu. Langsung tak fikir sensitiviti orang lain di sekeliling... Dah makin berusia nape pemikiran tak jugak ubah..hati berding dong bila fikirkan..

Tanda ego atau kaedah psikologi yang berkesan?

Kalau disuruh tolong kerja rumah, si suami selalunya bagi banyak alasan. Bukan semua suami yang begitu tapi rata-rata macam tu lah. Kalau suami orang lain saya tak tahu, tapi kalau suami saya, kaedah suruh dan perintah ni memang tak jalan. Alih-alih saya jugak yang kena buat. Tapi kalau kena cara psiko dia, semua dia boleh buat. hehe, tak jahat kan? tak juga salah ikut hukum. Tak salah berkongsi kerja rumah kan? Saya pun bekerja, masa yang ada nak uruskan rumah tak banyak. Contoh cara yang pernah berjaya, sengaja ceritakan kisah kawan yang suaminya suka tolong isteri kemas rumah. Secara tak langsung, suami pun lebih rajin sikit tolong, walaupun beberapa hari je berkesan teknik ni. Kalau nak buat ni, cara cerita tu kena bersahaja, buat macam tak sengaja tercerita. Kalau beriya-iya nati suami perasan lak tujuan kita.. ni yang katakan ego lelaki. Bukan diorang tak leh buat sebenarnya. Dapat tahu suami orang buat dia nak pulak buat. Lagi, masak sedap-sedap. Bila suami puji sedap, ami

Menghayati erti Maal Hijrah

Ha, semua mesti dah tahu yang esok hari terakhir bagi tahun hijrah sekarang. Menjelang Ahad akan bermulanya tahun Hijrah yang baru... Yang ke berapa ek? Ha, rasanya ada yang agak-agak tak tahu ni.. Dia tahu tahun 2011 je...amboi-amboi. Tak nak bagi tau, cari sendiri! Rasanya kalau tak ingat tarikh tahun hijrah ok lagi, berbanding dengan orang yang langsung tak tahu lusa kita akan menyambut tahun baru hijrah.. jangan terkejut tau, memang ada orang yang macam ni... Jadi, jangan lupa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun esok tau.. dinyatakan bahawa sesiapa yang membaca doa akhir tahun maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya sepanjang tahun itu. Jika selepas maghrib, sekali lagi kita membaca doa awal tahun, maka sekali lagi syaitan menyatakan celaka ke atas dirinya kerana anak adam telah mendapat perlindungan dan keredhaan Allah s.w.t.

Best bihun kari ikan salmon

Image
Pernah dibuat orang ke? Ape nak kira, dah nak masak tengah hari yang gempak-gempak, siapa je yang ada kat umah sekarang. Naim je. Bukan Naim tahu banyak makan pun. Jadi, memeras otak sambil blogwalking tadi, teringat makan mee kari ketam yang best di Seksyen 7. Pernah makan tak? best, teringat je terus terasa nak buat. Tapi tengok stok dalam peti sejuk ni, tak ada lak bahan yang sesuai. Ikan salmon lak ada lah seketul bahagian isi.. Ape lagi, hentam aje la. Potong sikit isi ikan tu terus ceng ceng ceng...Kita yang nak makan, tak kisah la mee kari ketam jadi bihun kari salmon. haha, sebabnya mee pun tak de (sedih tul). Jadi, hasilnya....ta da.... tak nampak menarik sangat sebab tak ada hiasan kan?  Bihun pun tak nampak. Tapi rasanya ok la, walaupun tak leh banding rasa mee ketam seksyen 7 tu.. maklum la chef tak bertauliah yang masak..

Update : Serius, tak tahu fakta ni

Image
Korang tahu tak yang akar serai sebenarnya banyak khasiat dan tak seharusnya dibuang sekiranya nak digunakan dalam masakan kita? Ini akan menyebabkan masakan kita lebih wangi. Serius akak ni tak tahu sebelum ni.. Sebelum ni, kalau tengok serai tu ada akar, terus je buang akar tu, tinggalkan batang serai je. Kononnya bersih.. Tau macam mana leh tahu? Bapak mertua yang bagi tau minggu lepas. Ari yang sama juga tengok program Masterchef Malaysia, pun ada juga tips yang sama.. Better late than never, kan kan kan??

pesanan orang tua untuk mengelak daripada menjadi papa

Pernah dengar tak pesanan yang bertujuan untuk mengelakkan daripada menjadi papa ( miskin). 1. Jangan menyapu sampah keluar rumah pada waktu malam 2. Jangan membazir makanan 3. Jangan menjahit pakaian yang sedang dipakai 4. Jangan membayar hutang pada waktu malam Ada tak amalkan? ke sekarang zaman moden, tak perlu nak ikut lagi pesanan lama?

mula bosan

Image
Cuti baru je start. Tambahan pula ada bertugas mengawas peperiksaan Spm. Tapi dah mula rasa bosan, tak tahu nak buat apa waktu petang. Dah terbiasa bekerja waktu petang agaknya. Tak faham betul, masa kerja terasa nak cuti, tapi bila cuti dah lebih 3 hari mula rasa bosan lak...ai, manusia ni memang tak pernah cukup apa yang ada kan? Mula lah buat rancangan nak isi masa lapang. Nak ajar tuisyen, tak ada kenal orang sangat pun di tempat baru ni.. kalau tak, boleh juga tambah duit sikit di samping isi masa lapang. Lagi, nak balik kampung pun kena tunggu bulan Disember, sebab suami dapat cuti masa tu..sabar la dulu. Jadi, sementara ni menulis dan berblog la yang dapat mengisi masa lapang....

macam mana nk balik kg ni??

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan terus bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 8 pagi ini dilaporkan bertambah kepada 785 orang berbanding 416 orang malam tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata mereka terdiri daripada 189 keluarga yang dipindahkan ke 18 buah pusat pemindahan. Mereka yang baru dipindahkan ialah seramai 35 orang di daerah Kuala Krai, 306 (Kota Baharu), 101 (Machang), 197 (Pasir Mas), 21 (Pasir Puteh), dan 125 (Tanah Merah). Sehingga pukul 8 pagi ini, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard melebihi paras bahaya iaitu 9.99 meter (paras bahaya 9 meter) di Rantau Panjang dan 16.12 meter (16 meter) di Jambatan Guillemard dengan paras air dilaporkan semakin meningkat. sumber: http://www.hmetro.com.my

Jurnal syukur hari ini (1)

Image
Naim pada umur 1 hari, 23.3.2010 Bersyukur kerana hari ini aku diberikan hidayahMu Ya Allah, untuk menyedari betapa berharganya anugerah anak kepadaku. Semoga aku tak leka dan mensia-siakan anugerahMu ini...  Semoga anak ini dapat ku didik dengan penuh kesabaran dan bertanggungjawab. Terima kasih Allah.

7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.

Image
1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya). 2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya. 3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah. 4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah. 5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak. 6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya. 7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami. Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu. Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ; Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah ya