Jika tak mampu MENYOKONG ketika KALAH jangan BERSORAK ketika MENANG

Ayat menarik ni saya petik daripada FB seorang kawan. Semasa melayan Naim tadi sempat juga saya curi-curi menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik tadi.

Pada mulanya perhatian tertumpu dan jiwa seronok bila pasukan Harimau Muda menjaringkan dua gol awal. Bila skuad Bahrain mula menunjukkan taring, sampai 3 gol dalam 6 minit je, mulalah buat ayat-ayat bela diri.

" Ala, kita memang tak target pun nak masuk Olimpik sebenarnya, tak pe la".

" Macam ni la orang Malaysia main, dah mendahului je mula longgar pertahanan"

Tak memberikan komen yang negatif pun sudah ok. Jangan bersorak ketika menang je...Perlawanan akhir sukan SEA di Astro Arena boleh ditonton 3,4 kali kerana menang. Namun bila kalah, terus tutup tv. Mula bagi komen kurang baik. Perlawanan dah tamat. Skuad kita pun dah berikan yang terbaik. Anggap je la ni bukan untuk kita. Teruskan menyokong....

Comments

  1. betul tu. kalau setakat suka masa menang, baik tak payah.

    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1