Mandi lagi?

Ai, suka mandi ni hobi budak kecil agaknya.. Bukan hari ni saja, hampir setiap hari pun memang Naim ni macam tu. Paling sikit kena mandikan dia 4 kali sehari. Hari ni lak dah 6 kali dia mandi, termasuklah kerana yak.. Tak ada apa-apa sebab pun, kalau nampak pintu bilik air terbuka, dia cepat-cepat buka seluar dan masuk bilik air, buka paip. ee, bahaya tul kan? Alhamdulillah setakat ni memang ada perasan kalau dia masuk bilik air sendiri. Selalunya, memang akan pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup.


Jom kongsikan manfaat mandi.
  • Mandi air panas sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang – liang yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana ia berfungi membantu menurunkan aras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik. Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit.
  • Mandi dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan, dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius. Ini terbalik dengan mandi air panas kerana ia akan menyempit kan darah dan meningkatkan aras gula darah. Oleh sebab itu, pengidap diabetes tidak digalakkan untuk mandi air sejuk.
sumber : http://www.apakabardunia.com/2011/06/fakta-ilmiah-mengapa-kita-harus-mandi.html

Comments

  1. salam..kandungan gula saya rendah, mandi tiap kali pasti air panas..makin parah la saya kan?ekeke

    saya mmg tak suka mandi air sejuk

    ReplyDelete
  2. aku lebih suka air panas sejak akhir2 ni, yelah sejak asik hujan je..lebih menyegarkan.tp kalau terlalu panas pun x elok hingga boleh menyebabkan keguguran rmbut

    ReplyDelete
  3. @LM: situasi awk di tempat sejuk mungkin lain tu..kalu nak mandi dgn air sejuk jg, tak blh tahan kot..

    ReplyDelete
  4. ooo, baru plak saya tahu info mandi macam tu.. saya ni kalau ada ir terus ngap saja... mandi dengan senang hati.. ekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1