Senyum, tak perlu kata apa-apa
Senyum, tak perlu kata apa-apaSejak dua menjak ni, kalau dengar je lagu ni, (entah ape tajuk) Naim akan bergedik-gedik menyanyikan lagu ni dengan bahasa dia. Perkataan dia yang jelas cuma 'senyum'.
Senyum, tak perlu kata apa-apa
Antara lain, lagu ni juga ada sebut ' kalau saya senyum, awak pun mesti senyum sekali'. Tapi ada orang yang mahal sangat senyuman. Entah kenapa susah sangat nak melontarkan senyuman kepada orang lain yang terlebih dahulu berikan senyuman kepada dia. Kalau dia tak nak senyum pada orang lain tu kira kau punya pasal lah, kan? Tapi, kalau orang senyum kau buat tak endah je, ini dah ada masalah ni.. kan?
Saya ada pengalaman kawan sekerja yang mahal senyuman. Tapi saya tak putus ada untuk beberapa bulan cuba senyum pada dia dengan iklhas. Selepas tu sekarang saya pun buat tak endah je bila jumpa dia. Anggap je dia memang jenis tak nak senyum pada orang lain, abis cerita.
agaknye,gigi die rongox kot..sbb tu xsnyum..haha..
ReplyDeletehaha...mungkin jg kot.. macam-macam orang ni..
ReplyDelete