7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.
1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya). |
2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya. |
3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah. |
4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah. |
5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak. |
6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya. |
7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami. |
Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.
Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;
Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan bahawa anda sememangnya menghargai isteri anda?Kepada para isteri, jangan ingat suami saja kena hargai anda. Cuba tanya diri anda ;
Apakah selama ini anda sudah benar-benar memainkan peranan anda sebagai seorang isteri yang baik? Cuba muhasabah diri, layakkah anda dihargai suami sedangkan anda sering culas dan cuai dalam melayani suami anda sendiri???sumber: http://pakarhowto.com/masalah-rumahtangga
Comments
Post a Comment
KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...