Sejuk hati mama

Korang tahu tak? Naim ni memang aktif sungguh hari ni. Agaknya sebab ramai orang dalam rumah hari ni, dia seronok sangat. Main macam-macam sampai tak tertahan nak larang kadang-kadang. Bayangkan, sepanjang hari ni dia pakai 5 helai baju. Tu pun sebab ada beberapa ketika dia dibiarkan pakai baju basah sebab asyik nak main air je.

Selain daripada tu, banyak tul helah dia nak main. Diambilnya lego sekotak, diselerakkannya berkali-kali. Tak cukup dengan itu, ditumpahkan serbuk susu sepupunya, Kak Hani yang waktu tu baru je sejam sampai ke rumah. entah berapa kali juga ditariknya rambut Kak Hani. Hani yang berumur 4 tahun lebih ni apa lagi, meraunglah bila dipukul oleh budak 21 bulan ni. Ai, anak mama ni. Pandai lak dia menggayakan cara pegang senapang sepupunya, Abang Mirul. Siap dia buat bunyi-bunyi senapang tu lagi.. entah dari mana dia belajar, sebelum ni tak pernah kami belikan dia senapang pun.

Tapi sejuk hati mama menjelang malam. Walaupun terpaksa memandikan dia buat kali ke 5 hari ni pada pukul 9.15 malam tadi, rasanya berbaloi. Pada mulanya dia mengamuk kerana nak main berus gigi tapi dipaksa oleh mama untuk keluar dari bilik air. Kemudian, Naim menunjukkan isyarat nak minta diambil Surah Yassin. Ni mungkin sebab seminggu di kampung Tok Ayah selalu mengajar Naim mengaji. Lantas Naim meminta nak dipakaikan songkok. Dengan diam dia tepuk-tepuk paha mamanya minta dibacakan ayat-ayat suci. Tak pernah lagi sebelum ni kami di situasi macam ni. Mama membacakan surah Al FAtihah 7-10 kali dan Naim dengan diam duduk baik-baik di riba mama dan mengikuti bacaan surah tersebut dengan baik sekali.

Walaupun Naim belum tahu dan tak faham yang muka surat yang dibuka tadi bukan Surah Al Fatihah yang dibacanya, tapi reaksinya yang baik tu sekali gus buat hati mama sejuk dan hilang rasa letih sepanjang hari menjaga Naim yang nakal ni..Walaupun masih berbekas lagi gigitan yang dibuat oleh Naim selepas waktu asar tadi, namun semuanya rasa terubat. Terima kasih Allah.

Comments

  1. amboi...macam2 kerenah naim ni...he3

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...naim budak baik...

    ReplyDelete
  3. itulah AHMAD NAIM..alhamdulillah..sjuk prut mama..maybe, ade kaitn mase k.ain prgnt dlu..skmo bce quran n xtdo lps sbuh..tahniah mama..haha

    ReplyDelete
  4. hehe..syukur la kan? arap2nya makin besar pun makin rajin la dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1