Semua nak, tauke pun leh bangkrap!!

Naim sekarang di fasa semua nak...  Anak sorang je, kalau nak keluar takkan tak bawa ye? Bawa lah, tapi akan ada pula masalah lainnya.

Papanya citer, setiap petang bila diambil dari taska, Naim akan tunjukkan gerai pisang goreng yang ada di jalan bertentangan. Sebelum balik dia minta nak pergi taman permainan sebab ada taman permainan di perjalanan balik. Kalau ada orang bermain layang-layang, kena duduk kat luar dulu sebab jiran-jiran selalunya petang-petang akan main layang-layang. Kadang-kadang taknak masuk rumah lagi walaupun dah pukul 7, selagi pakcik-pakcik kat luar tu tak beredar.

Kalau bawa dia ke pasar raya, atau kedai runcit di BSP ni pun, mamanya memang kena beribu kali sabar. Macam semalam, Naim mulanya elok je duduk dalam troli Giant tu.. Tapi, bila nampak sabun, "mama, nak sabun.".  Jalan lagi, nampak berus gigi, dia nak berus gigi. Kat tepi tu ada tuala wanita, dia pun tegur, " Mama punya...". tapi yang ni dia tak ambil, hehe, tahu juga rupanya. Jalan lagi, nampak biskut, terus 3 jenis biskut dicapainya. Lalu lak bahagian susu kanak-kanak, Naim capai dua paket susu yang  dia selalu minum. Bukan tu je, barang-barang yang tak ada dalam senarai beli belah kami pun banyak yang diangkutnya. Contoh, kordial anggur, fabuloso, magee, pencuci tangan, pencuci muka dan susu kotak.

Lupa nak ambil gambar semalam, penuh troli sebab barang-barang yang diangkut oleh Naim semalam. Dilarang ambil, dia akan bising. Malah, disebabkan saya meletakkan balik magee yang diambil oleh Naim tu, dia jerit, "Jangan usik, mama," boleh papanya cari kami berdua. Katanya suara nyaring Naim ni berguna guna, senang nak cari bila tak jumpa, sabar aje lah....Bila dia tak perasan, yang mana tak perlu kami tinggalkan je.

Ai, anak.....perlahan-lahan kamu kena diajar bersederhana ye. Bukan semua benda dalam dunia ni akan boleh kita dapat. Elok ajar dia perkara ni sebelum dia membesar jadi memberontak sebab tak dapat apa yang diingini. Keinginan dan keperluannya pada masa hadapan belum lagi kita tahu macam mana kan? Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Comments

  1. hihihi...bijak.semua dia nak wat stok kat umah ye

    ReplyDelete
  2. LM: bt stok ok lagi, tapi angkut semua tu yg tak tahan tu.. dilarang, dia jerit lak, malu saya kat public ...

    ReplyDelete
  3. Wow! Pandai jugak Naim shopping ya? Heheheheheh! Ada gaya dominan di situ; HAIPPP! JGN AMIK YA?

    =P

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1