Muka hensem, segak tapi sayang...

Baca tajuk tentu pembaca semua boleh agak yang hari ini saya terjumpa dengan orang yang kacak, kan? Memang pun, hehe. Bini orang pun ada lagi macam ni..bukan ape sebenarnya, kebetulan tadi terjumpa semasa pergi cuci kereta. Bukan sesaja tau....

Nak menunggu siap mat - mat bangla tu cuci kereta lama juga. Orang kacak ni saya agak dalam lingkungan umur 24-26 tahun kot. Dia pakai cermin mata gelap. Berkulit putih, muka bersih. Bukan nak tengok sangat pun kat dia sebenarnya. Tapi bila ada orang yang datang minta derma untuk anak yatim, dia cepat- cepat letakkan smart phone dia dan keluarkan duit daripada dompet. Dalam hati saya berkata, baik juga budak ni. Nampak muda, tapi murah hati nak derma. Waktu tu nak   aje rekemen mamat ni pada sesiapa yang belum kahwin lagi.

Tapi, ai.....part yang geramnya, bila dah siap mat bangla tu cuci motor mamat ni, tetiba je dia keluarkan sekotak warna merah, Malboro. Terus lak hidupkan api, terus hisap sambil hidupkan enjin motor. Kemudian dia pergi sambil sebelah tangan menghisap rokok dan sebelah lagi pegang handle motor. Ingat macho sangat la tu. Terus saya cakap dalam hati, "sayang tul, muka hensom, segak tapi merokok lak".

Bukan saya anti dengan orang yang merokok ni. Tapi , bagi saya tak berfaedah merokok ni. Bahaya merokok ni tak payah la cakap, budak tingkatan satu pun tahu. Kalau disuruh buat karangan pasal bahaya merokok, diorang dah boleh buat. Jadi, takkan orang dewasa pulak yang tak tahu.. Lagi satu, bakar duit sia-sia je dengan benda ni. Merbahayakan orang lain di persekitaran yang paling menakutkan tu. Kalau diri perokok tu je, tak kisah la. Kita yang di persekitaran ni boleh la buat tak tahu je. Jadi, bagi yang sayangkan diri dan orang di sekeliling anda, berhentilah merokok ye... Terutamanya yang muda-muda, boleh simpan duit rokok tu untuk belanja kawin atau pergi melancong. Kalau kata duit dah banyak sangat pun, banyak lagi cara boleh belanjakan duit yang banyak tu.. Jangan ingat ni pesanan riak atau berlagak, cuma mengingatkan saja..

Comments

  1. sayang nya lah. muka hensem tapi merokok. tak suka lelaki merokok. (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa sangka kan? Biasa org yg merokok, nampak kusam sikit.

      Delete
  2. sy xsklah dgn bau asap rokok ni.. busuk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun, tu yg xfhm knapa ramai yg merokok.

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1