Mengidam ke?

Saya perhatikan diri sendiri, mengandung kali ni banyak bezanya dengan kali pertama dulu.. Beza masa taklah banyak sangat, tapi berbeza. Antaranya, alahan masa awal mengandung lebih sikit. Selain itu, dari segi makanan, banyak yang saya makan berbanding kali pertama. Banyak juga terasa nak atau mengidam makanan tertentu. Contoh, saya yang tak berapa suka makan durian ni, pada awal-awal kehamilan ni dulu, pernah memasak ikan masak tempoyak beberapa kali kerana terasa nak makan macam tu. Waktu tu terasa sedap sangat.

Kes ini memang dikatakan mengidam ke? atau ni tanda mengada-ngada? Maklumla masa mengandungkan Naim, saya masih lagi bekerja di Johor manakala suami tak tinggal di Johor. Jumpa pun kadang-kadang 2,3 minggu sekali, mengikut tahap banyak kerja atau tidak. Mungkin bila merasakan tiada orang nak mengadu, saya lebih berdikari. Tahu pulak ye? Sekarang ni, sensitif kalau tak dapat apa yang berkenan. Ai, anakku sayang, jangan ikut perangai tak elok mama yang ni ye. Sayang jangan mengada-ngan ye...

Comments

  1. wah...tahniah...

    namun tulah orang kata...pasti ada yang berlainan daripada sebelumnya

    ReplyDelete
  2. sy pun beza time alisha n skrg.. alisha dulu ada alahan yg ni xda alahan.. dulu alisha xda selera mkn sgt tp yg ni selera xhengat.. heheh

    ReplyDelete
  3. ha..ina dh scan blm? ni mmg bayi lain jantina kot...best la dpt sepasang nati..

    ReplyDelete
  4. selagi benda mampu nk beli...x ngada2 pun.mkn lah janji bendaberkhasiat,siapa lg tempat nk bermanja klu bkn suami.

    ReplyDelete
  5. LM: betul kan? tapi suami sy ni kadang2 btak layan pun..mcm 2,3 ari lepas saya mitak bli nasi kerabu, dia gelak je.. tak mengidam katanya, sbar je la..

    ReplyDelete
  6. blm scan lg... xtaulah boy or girl... nk kata pun xkene tp kalu spasang bestlah sbb at least hubby adalah geng jugak kn.. hehehee

    awk dh scan ek??.. eh... nak pggil apa ye...? :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1