Suka makan ubat ?

Siapa yang suka makan ubat? Angkat tangan korang... Kalau saya, ubat ni makan taklah payah atau tak suka, tapi cuma akan makan kalau betul-betul perlu je. Selagi boleh tahan, tak kan ambil ubat. Hehe, bukan takut makan ubat, cuma untuk kuatkan pertahanan diri ( hehe...alasan).

Tapi nak tahu tak, Naim ni memang mudah dan SUKA betul makan ubat. Kalau dia demam, tak payah nak pujuk dia dengan apa-apa. Bila tiba masa untuk makan ubat, keluarkan sahaja ubat-ubat tu, dia dah ikut dan  bersedia menunggu untuk makan ubat. Malah, kadang-kadang, dah habis pun, dia akan minta lagi.. Sabar aje lah.. Mula-mula dulu pelik juga. Ramai yang tegur tak pernah jumpa budak kecil seperti Naim yang mudah nak makan ubat. Nak kata mak ayahnya macam tu, tak pulak.

Menikmati ubat

Muka dan mulut tak sabar tunggu papa suapkan ubat.

Comments

  1. bagusnya senang mkn ubat!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pjn. Siap mtk lbh lg. Kdg2 on the way blk dr klinik Naim dh mkan ubt dia.

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts