Hati-hati : Kosmetik tiruan ancam wanita

Membaca petikan akhbar hari ini, saya tak terkejut dengan berita ini. Walaupun saya ni bukan orang suka bermekap, namun kekadang bila melalui premis-premis di pasar malam atau gerai-gerai tak berlogo di sekitar pasaraya (bukan di dalam pasar raya ye), selalu saya meragui ketulinan produk yang dijual.

Berita melaporkan bahawa kemungkinan terdapat campuran formula ‘rahsia’, tetapi berbahaya di dalam kandungan produk yang bukan sahaja boleh merosakkan kulit dan wajah, tetapi organ dalaman secara perlahan-lahan.

Jangan kerana nak bergaya, melawa dan jimat wang kita kaum wanita menggadaikan kesihatan kita untuk jangka masa akan datang ye...

Comments

Popular Posts