Pemandu wanita

Kekadang bila mendengar kaum lelaki menyalahkan kecuaian kaum wanita semasa memandu, saya agak terasa bengang. Bukan semua pemandu wanita cuai tau!! Tak sesuai sebab segelintir, semua mendapat label yang sama.

Tapi kalau bab kerosakan kenderaan, saya memang mengakui pemandu wanita ni memang lemah. Walaupun ada yang mahir, namun ada ramai pemandu wanita yang hanya tahu pandu je, sedangkan bila sesuatu yang tidak kena berlaku kepada kenderaan mereka, maka masalah ni diadukan kepada suami, keluarga dan orang lain yang bersesuaian.

Macam semalam, saya singgah di kedai baiki kereta (kononnya, rupanya tu kedai tayar). haha.. mintak diorang periksa apa masalah kereta semenjak dua menjak ni kuat bunyinya. Suami pernah cakap tu mungkin masalah tayar. Kawan di sekolah pula cakap mungkin tu masalah gear box, macam kereta dia yang tengah dibaiki sekarang. Risau tu, bawalah pergi kedai. Tapi bila dah masuk kedai tayar, tentulah diorang akan periksa tayar je....ai, pemandu wanita ni... budak kedai tu bagitahu " akak, ni ada masalah bearing sebelah kiri depan. U mahu repair RM170, satu jam setengah siap".

Tapi taklah saya terus setuju. Cakap dengan diorang nak datang hujung minggu. Bila balik, cakap dengan suami macam orang di kedai baiki tu cakap. Suami pula tanya, "ape masalah bearing tu? Pecah ke? Senget ke? Saya jawab, "tahla, cina tu tak cakap pun."  Nape tak ditanya? kena lagi dengan suami...


Ai pemandu perempuan... ni ha bendanya nama bearing...bagi yang tak tahu macam saya..baru je tahu ni..

Comments

  1. Replies
    1. Tahla, byk tu benda dlmman kereta..

      Delete
  2. betul tu akak..perempuan kena tau kan..kalau ape2 jadi senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong, takla kena bharap pd org lain sentiasa.

      Delete
  3. sy ni hnya tau bwk.. bila rosak mula gelabah.. adrhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kan betul, ni sama laah kita

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts