Kisah seplastik penuh limau kasturi


Suka minum air limau kasturi? Ape ye lagi yang boleh dibuat dengan limau kasturi? Saya terfikirkan air limau, pencicah ikan bakar, masukkan dalam sambal belacan dan kalau nak masuk dalam apa-apa kerabu pun boleh juga.

Ni haa buah yang diambil dari kampung semasa balik aritu. Lebih tepat lagi buah yang diberikan oleh mak, saya pun tak jangka sebanyak ini jumlahnya...Nak makan pun dua orang je, Naim belum diajar dan dia memang  tak nak minuman yang masam....Korang nak sikit?

................................................................................................
khasiat limau kasturi:

1. Limau Kasturi Mengurangkan Lelah
- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminum jus limau kasturi pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara meminum jus limau kasturi seminggu sekali.
2. Limau Kasturi Melegakan Pening Kepala
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulit buah limau kasturi secara mentah.
3. Limau Kasturi Mengatasi Masalah Badan Berbau
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.
4. Limau Kasturi Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya buah limau kasturi digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
- Kacau campuran jus limau kasturi tersebut hingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.

5. Limau Kasturi Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian, gosokkan campuran jus limau kasturi dan garam tadi pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

Sumber: http://www.afiffuddin.com/tips-kesihatan/khasiat-limau-kasturi-apa-khasiat-limau-kasturi

Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts