Mencuba berus gigi colgate slimsoft

Apalah, berus gigi pun nak kecoh? Macam mana tak kecoh, kalau setiap hari gusi berdarah je, siapa boleh tahan, kan? Malah ada masanya ketika tak berus gigi pun gusi ada juga berdarah. Jadi kenalah usahakan sesuatu untuk mengatasi masalah ni.

Kebetulan semalam semasa di Giant, tengok-tengok apa yang nak dibeli, ternampak berus gigi ni. Tengok dengan reka bentuk bulunya yang nampak betul-betul halus daripada berus gigi yang pernah saya gunakan, saya pun beli lah. Dah cuba guna pun baru sekejab tadi.. ok, boleh tahan, sesuai dengan gusi mak buyung yang selalu berdarah ni. sebab lembut jadi gusi tak  berdarah lagi.. lega tul tadi..

Comments

Popular Posts