Bayi koma terjatuh

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan kini koma selepas mengalami pendarahan dalam otak dipercayai terjatuh di pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, Isnin lalu.
Ibu angkatnya, Nazila Ahmad, 33, berkata, kecederaan dialami bayinya Nur Iris Arissa Mohd Amin diumpamakan doktor seperti tercampak keluar dari kereta yang terbabit dalam kemalangan dan peluang bayinya pulih sepenuhnya kabur.
Difahamkan, bayi malang itu baru sebulan diletakkan di bawah penjagaan pusat asuhan berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menceritakan kejadian itu, Nazila berkata, dia menghantar Arissa ke pusat asuhan berkenaan jam 8 pagi sebelum ke tempat kerjanya di sebuah syarikat swasta di Jalan Duta, di sini
.

petikan Metro Online.
....................................................................................................


Gerun bila dengar berita-berita macam ni..Kalau disertakan gambar atau video untuk kes berkaitan bayi dan anak-anak kecil, saya sering menutup mata. Bukan tidak berminat untuk lihatnya, tapi terlalu kesian kepada bayi atau anak-anak yang menjadi mangsa ini. Sebagai ibu, anak adalah segalanya. Letih macam mana pun daripada kerja, bila balik ke rumah, tenaga entah dari mana boleh kita gunakan untuk bermain dengan anak. Jelas membuktikan kasih dan sayang kepada anak.

 Kita yang perlu bekerja ni banyak yang menghantar anak- anak ke pusat asuhan. Bukan senang sebenarnya seorang ibu nak menyerahkan anak kesayangan ke pusat asuhan. Pelbagai yang difikirkan, lagi-lagi bila membaca kes-kes seperti ini. Doa pun tak putus-putus mengharapkan anak yang ditinggalkan akan selamat sehingga diambil kembali.

Dengan keadaan Naim tahun ni, yang hampir setiap hari dia akan mula menangis atau buat kelakuan tak nak pergi ke taska, saya sendiri sememangnya setiap hari menghantar Naim ke taska dengan perasaan berat hati. Banyak juga penyelesaian yang saya cuba buat untuk buat Naim lebih gembira untuk dihantar ke taska. Antaranya, mengejutkan Naim lebih awal agar lebih banyak masa dia di rumah dengan Mama dan video Upin Ipin yang disukainya.

Memangla kata orang malang tidak berbau, tapi seharusnya kejadian ini boleh dielakkan. Saya berdoa selalu semoga Allah melindungi anak saya daripada sebarang kesakitan...

Comments

  1. Tu la.. moga semua ank2 kita slmt.. walaupun alisha sy sendiri yg jg, tp tu la.. malang x berbau... bila nk jd, xkira siapa yg jaga kan..

    ReplyDelete
  2. Doakan selalu agr xjd hal yg bukan2 pd anak2 kita... Awk jg sdiri lg puas hati..ank membesar di depan masa, best tul.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts