Walrus...The Boxing Punching Bag

wah..tetiba tajuk arini dlm BI...huhu..ni nak citer pasal gelagat Naim dengan alat mainan terbarunya. Jeng-jeng jeng, ni dia memperkenalkan Mr Walrus..the boxing punching air bag...ala-ala belon la benda ni, tapi dekat bawahnya macam ada pemberat yang membolehkan melantun kembali bila tumbuk...Comelkan benda ni? Patutla Naim tertarik..

Tadi, sebenarnya kami pergi ke Giant. Tengah-tengah memilih barang-barang dapur tu, tetiba Naim menonong pergi ke satu tempat...dia nak jumpa Mr Walrus rupanya..ada banyak punching bag macam ni yang display kat situ..zirafah ada, monyet ada, tazmania ada, gajah ada, tapi dia berkenan kat Mr Walrus je..berkali-kali diajak pergi dari situ pun tak nak..duk main je dengan Mr walrus ni..ajar dia tumbuk benda ni, gelak besar dia bila Mr Walrus langgar dia, sampaikan orang yang lalu lalang pun senyum tengok gelagat dia tadi..


masa duk main tu, bukan 1 yang Naim angkut, tapi dua sekali yang dia angkut...bawa ke sana ke sini sambil buat muka seronok dan air mulut meleleh, macam nak tunjuk kat papa yang dia memang nak sangat main dengan benda tu...
Tengok tu, gaya seronok sangat main......sampai terduduk !!!! Nak tak nak kena lah papa belikan Mr Walrus ni..mujur harga murah je, RM 9.99.. kalau mahal, fikir banyak kali jugak nak beli belon ni...tak nak pulak benda ni masuk troli...dia nak tarik sendiri benda ni.rela dia.sambil tarik sambil dia gelak seronok...macam-macam ragam budak kecik ni..

Comments

Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1