Boboi demam...

Alahai, malam ni terasa sunyi lak. Tak macam biasa yang terdengar je ayat2 manja dan mengada2 Naim. Naim tengah demam ni...walaupun dah makan ubat, malam ni badan Naim masih lagi panas.sejak semalam dia dah tunjuk tanda2 nak demam, badan panas dan tidur pun merengek2 je semalam. 

Mmg terasa lain bila Naim tak aktif macam biasa. dia melentok je di tepi mama. Mulut Naim diam je, tengok je ke arah mama sambil senyum kalau dia ditegur..Diberi apple dia gigit apple tu sikit2, sambil tengok mama sedang taip ayat2 untuk entry ni..kalau ari biasa, xda nya dia nk tengok saja, mesti dia nak kacau je mama dia mengarang ayat2 di blog. akan ditekan macam2, sampai mama terpaksa mengalah utk tak menaip lagi dan kena main dengan Naim lak.
                                        naim gigit apple dengan muka tak bermaya

ni baru anak satu..umur dia pun baru je nak masuk 18bulan. terasa sayang dan tak lengkap hidup kalau dia tak ada..Bayangkan mak kita yang telah menjaga kita sejak lahir sampai dh beranak pinak. Patutla mak menangis je bila tau anak dia sakit atau bila kita balik kampung setelah lama tak balik. dah mengalami sendiri baru la lebih menghargai pengorbanan ibu bapa..

Comments

Popular Posts