Macam-macam di Luar Negara

Semasa menelaah berita luar negara tadi, aku tertarik dengan petikan berita berkenaan dengan hak wanita...Jom kita sama-sama tengok..

Raja Saudi batal hukuman sebat wanita memandu

JEDDAH 29 Sept. - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membatalkan hukuman 10 sebatan yang dikenakan ke atas seorang wanita kerana melanggar larangan memandu di negara ini, semalam.
Menerusi laman sosial Twitter, Puteri Amira al-Raweel yang merupakan isteri kepada Putera Alwaleed bin Talal menyatakan Raja Abdullah telah membatalkan hukuman tersebut.
"Syukur kerana hukuman sebatan terhadap Sheima (tertuduh) telah dibatalkan. Terima kasih kepada Raja Abdullah.
"Kami (kaum wanita) saling menyokong antara satu sama lain dan pembatalan hukuman tersebut menggembirakan semua wanita di negara ini," katanya.
Isnin lalu, Sheima Jastanian dijatuhkan hukuman sebat oleh mahkamah Jeddah selepas ditahan sedang memandu pada Julai lalu.

Dasyatkan?....Mujurla peraturan lama tu dah diubah.. kaum hawa di sana dah ada lebih kebebasan sekarang..Untuk maklumat lanjut boleh klik pada link kat bawah ye...
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Comments

Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1