hati berbelah bahagi

tetiba terasa tak boleh nak tidur....nape ni? tadi ok je tidur lena dengan Naim. ooh, agaknya tadi tidur awl sangat, kul 10.30 mlm dah lena semasa menidurkan Naim. ni lah padahnya, kul 3 pg dah tak boleh nak pejam kan mata.. bila tak boleh nak tidur ni, ada sajalah perkara yang terpikir nak dibuat. 

semenjak dua menjak ni, hati ni mmg terasa berbelah bahagi nak meneruskan kerjaya sekarang...memangnya dah lama menyimpan hasrat nak menukar kerjaya tapi xada keberanian nak meneruskan niat tu... tapi seminggu ni, dengan beberapa perkara yang berlaku semacam menyuruh2 hati ini meneruskan niat tu.. terasa diri ni mmg xbagus dalam kerja sekarang...terlalu kerdil kalau nak dibandingkan dengan kawan2 yang lain..ya, memang rasa tensen untuk menghadapi karenah anak2 murid yang bermasalah tu mmg la dh biasa, tiap2 ari memang macam tu, dan aku dh agak lali sebenarnya. melihat kwn sebelah, zilla dan nasriah yang beriya-iya meneliti borang permohonan untuk menyambung pelajaran lagi, hati ini adalah sedikit jealous tp kalau nak belajar lagi, byk faktor kena difikirkan, macam tak sesuai untuk diri ni buat masa ni...jadi kalau aku betul bertekad nak tukar kerja pun, pilihan yang patut diambil ialah cari kerja lain, bukan sambung belajar.

mungkin aku wajar menghantar borang permohonan untuk menukar jawatan lain.borang yang dah lama tersimpan tu mungkin patut dikeluarkan... tapi hati ni masih ada keraguan untuk meneruskannya..bimbang takut keputusan ni xla sebaik yang dijangka..bimbang juga dengan pendapat daripada ahli keluarga sekiranya aku tekad buat keputusan ni... rasanya kena ambil lebih masa untuk berfikir lebih tentang keputusan ni...borang permohonan ni rasanya elok disimpan dlu. kalau dah rezki tentu xkan ke mana, kn?

Comments

Popular Posts