belajar dari kesilapan hari ini

Entah ape xkena petang ni...masa nak balik td, terketar2 drive sebab rasa macam lapar sesangat. Mula2 pikir nak beli je makanan kat kedai, cepat boleh makan. Tapi bila menghampiri kawasan rumah, teringin pulak nak makan ikan masak taucu, jadi cancelkan lah hajat nak beli makanan di kedai makan..

jadi, balik je cepat2 masak taucu ikan cencaru. tengok dalam peti sejuk ada kailan, jadi masak lah pulak kailan ikan masin.. bila siap masak Papa Naim dan Naim pun balik. Tanyalah pada Papa, ada nak tambah lauk x? Papa Naim cakap buat telur dadar pun ok dah.. so, dengan senang ati, aku pecahkan telur dan gorenglah telur dadar lak..

Bila makan tau ape jadi? kailan ikan masin terasa sedikit pahit dan warna kuahnya tak menarik. lupa letak sos tiram rupanya..telur dadar lak tak letak garam..sabar aje lah.. kuah taucu ikan cencaru pulak warnanya kuning, ini sahla masa garamkan ikan tu, aku terlebih letak serbuk kunyit.. tapi, memandangkan dah lapar, pejamkan je lah mata, makan ape yang ada... nak kata kalut sangat masa masak, xlah jugak. nak kata Naim kacau, memang dia xkacau pun. nak kata xpernah masak masakan tu, pun tak lah jugak. Di sekolah arini pun xlah tensen... ape je lah yang aku pikir masa tengah masak tadi sampai banyak betul kelupaan masa masak tadi..mujur la suami tak jenis garang,cerewet dia makan je( walaupun makan xbanyak sangat dan ada komen membina) kalau jenis particular tentang makanan macam adik aku, kalau dia yang makan tadi tu, mesti dia dah tinggal macam tu je makanan tadi tu lepas makan sesuap.... "lecah"- mesti dia akan komen gitu...so pengajarannya kenalah lebih berhati2 walaupun buat benda yang biasa sebab kita xtahu apa yang boleh terjadi sekiranya kita alpa...

# lecah -istilah org Kelantan untuk makanan yang tak cukup rasa..

Comments

Popular Posts